Tiga hari www.anajingga.com terbiar sepi, sempat menerbitkan dua 'schedule entries' sebelum balik kampung untuk bersama keluarga tercinta. Dan pagi ini, baru sempat kembali ke arena maya yang amat ana sayangi ni. Berkongsi lagi setiap catatan perjalanan yang baik-baik bagi ana untuk mengisi ruang. Macam rutin kebiasaan, tiap kali balik Teluk Intan, maka entri pun berbau kampung halamanku. Inilah gaya perkongsian AJ, rentak iramanya sentiasa kembali ke laman tradisi dan padanya yang penuh nostalgia. Faktor usia barang kali, gemar menyingkap memori lama.

Pagi Selasa yang damai ni, ana berkongsi satu menu sarapan pagi yang agak unik yang jarang dinikmati jika berada di sini. Kalau di sekitar Rawang atau Kuala Lumpur, lazimnya kita sarapan dengan nasi lemak beraneka pilihan yang lauk pauk yang ada, pagi Sabtu lepas, ana dan suami berdating sarapan di Medan Selera Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Apa yang unik sangat tu, jom teruskan pembacaan di www.anajingga.com.


medan selera padang speedy



Medan selera ni terletak di hadapan pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan, bersebelahan dengan Mini Stadium atau lebih dikenali sebagai Padang Speedy bagi orang-orang tempatan. Pelbagai gerai ada di sini dengan pelbagai sajian yang sedap dan menu-menu yang memang popular sekitar penghuni bandar Teluk Intan. Dan pagi itu, kami memilih untuk sarapan apam manis bersama bubur gandum.Pernah dengar atau rasa tak ?? 

Apam manis dan bubur 


apam manis, bubur gandum
Apam manis dan bubur gandum


Haa!!Tu dia apam manis dan bubur gandum. Apam manis ni menurut abang yang menjualnya di medan selera tersebut diperbuat daripada tepung beras. Rasanya tidak terlalu manis dan lebih pada rasa tepung beras. Nipis dan garing dibahagian tepinya dan gebu di bahagian tengah. Sering kali di makan bersama bubur kacang hijau atau bubur gandum. Pagi itu, kami memilih untuk menikmatinya bersama bubur gandum. Sedap dan mengenyangkan. Sangat sesuai untuk bertukar selera dari kebiasaan. 

Harga untuk sekeping apam manis ni cuma RM1 sahaja dan harga bubur lupa pula nak tanya sebab ana turut menapau beberapa keping apam manis dan bubur untuk anak-anak dan mak abah dirumah.Unik kan... Jarang kita jumpa disekitar bandar disini.Malahan di restoran mamak sekali pun jarang yang menyediakan menu ini. Sajian ini antara menu masyarakat India Muslim lazimnya. Dan jika terjumpa di mana-mana gerai yang menyajikan menu apam manis dan bubur ni, bolehlah mencuba kelainan sarapan pagi yang agak unik bagi ana. Sesekali kita tukar selera pula kan.


42 Comments

  1. Bubur gandum tu sy penah makan tapi apam manis tu pestime dengo dan tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malinda, haha bubur memang biasa kan kita makan ni kira berkaloborasi dengannya lah..betul ke ejaan kak ana tu hihi :)

      Delete
  2. Saya tak pernah lagi makan apam manis dan bubur gandum. Xde jual kat sini. Dulu masa saya menetap kat Ipoh selalulah juga ke Teluk Intan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm pernah lah ke kampung halaman kak ana ye shameel, memang sesetengah tempat tak ada menu2 macam ni kan :)

      Delete
  3. Apam manis sama tak dengan apam lenggang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apam lenggang tu macam mana kak CP, kalau dibuat dari tepung beras gak, lebih kurang lah kut kan hihi :)

      Delete
  4. Replies
    1. tq acu yuhan, in shaa allah nanti ke sana :)

      Delete
  5. Dapnya. Tapi tak pernah try lagi makan dengan bubur gandum. selalunya makan apom tu saja. In sha allah kalau jumpa nanti kena cuba gak.

    ReplyDelete
  6. wak tenok gmbr pon dh sedap yee., ;p

    ReplyDelete
  7. Apam manis ni, last sekali saya makan masa sekolah rendah di Perlis. Kat Teluk Intan pun ada ya, boleh la jalan-jalan nanti. Saya kat Lumut je ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada Yati, dekat dah tu Lumut ke Teluk Intan, nanti cuba ye :)

      Delete
  8. Kak anaa.. Lissa singgah sini , tak lari punya dari blog AJ nii.. hehe apam manis tu Lissa tak pernah try la kak.. napi mesti sedap kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay lisa stay dengan kakaknya..hihi, tengkiu sayammm :)

      Delete
  9. Replies
    1. oo ye ke anis, mesti anis selalu masakkan untuk suami tersayang kan :)

      Delete
  10. apam manis dan bubur memang best dan menarik....budak budak pun suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu arz , sedap kan makan sesekali tukar selera dari kebiasaan.

      Delete
  11. Sedap juga sarapan ni. Tak terlalu berat tapi mengenyangkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Sha satu menu yang sesuai untuk sarapan yang sihat kak ana rasa :)

      Delete
  12. sedapnye....dah lama tak makan bubur gandum...

    ReplyDelete
  13. Kat tempat kak, kedai mamak je jual apam manis ni...sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak Mala, di Teluk Intan ni pun penjualnya mamak juga kak :)

      Delete
  14. sedapnye bubur n apam tu kak, terliur yumida dibuatnya
    yumida dah terbit 2 entry mkn masa, nak pikir ayat sampai berjam2..penat gak kan klo kita schedule entry, sbb nak jana idea tu 1 cabaran
    selamat bercuti kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh tu yumida, schedule entri ni sekadar ada entri sahaja selalunya, tak begitu dekat di hati seperti menulis dan publish. terima kasih, kak ana dah kembali ke KL semula semalam :)

      Delete
  15. seriously nampak sedap.. Tapi still nak breakfast nasi lemak.. Yang tu boleh buat desert untuk breakfast.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah mr doctor suka nasi lemak nampaknya.. ermm kipidap :)

      Delete
  16. dua dua aida x pernah makan.
    and lom pernah sampai ke teluk intan :)
    in shaa Allah. one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah aida, ada rezeki sampailah dan bolehlah mencuba bubur dan apam manis ni jika terjumpa di mana-mana gerai yang menjualnya kan :)

      Delete
  17. apam manis tu kg lela panggil kuih cucur

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yeke leyla, lain tempat lain panggilannya kan :)

      Delete
  18. apam manis panas2 dengan susu =D
    nyummeh..

    ReplyDelete
  19. Apam manis sha x pernah makan lagi.. Tapi bubur gandum memang feveret sha... Pergh!! Tetibe rasa cam nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Sha kombinasi kedua menu ni dijadikan sarapan pagi .:)

      Delete