kredit foto: vividscreen.info


Bagaimana Mengajar Anak Membaca Di Awal Usia 


Lain orang lain cara dan kaedah dalam mendidik anak-anak. Semuanya berkisar dari latar belakang ibu ayah, taraf pendidikan serta persekitaran anak-anak itu membesar. Dan tak kurang juga faktor ekonomi masa kini di mana jurang pendapatan turut sedikit sebanyak mempengaruhi sesetengah ibu bapa dalam mendidik anak masing-masing. Namun pastinya setiap dari zuriat yang kita lahirkan ingin di asuh dan di didik sebaik mungkin agar menjadi insan yang cemerlang dari dunia hingga akhirat. 

Mendidik anak adalah tanggung jawab besar bagi kedua ibu bapa. Jika dahulu tanggung jawab mendidik lebih cenderung kepada si ibu, namun desakan hidup masa kini memerlukan kedua-dua individu ini memikul amanah yang diberi disamping menyediakan keperluan hidup keluarga. Ibu bapa yang bekerjaya pasti kurang ruang dan waktu untuk berada disisi anak-anak dari awal usia hinggalah ke peringkat menuju alam kedewasaan. Namun usah gentar kerana di mana ada usaha disitu ada caranya.

Pendidikan awal bermula di peringkat bayi masih di dalam kandungan lagi. Ibu bapa perlu memberikan perhatian dan kasih sayang semasa bayi masih belum dilahirkan. Pemakanan, emosi serta sebagai umat Islam amalan-amalan yang baik hendaklah diamalkan di mana ia akan terus bercambah hinggalah anak dilahirkan ke dunia kelak, In Shaa Allah.

Tidak dinafikan juga ramai ibu bapa yang bekerja berhadapan dilema dalam mendidik serta mengajar anak-anak diperingkat awal usia. Kerana faktor masa dan kerjaya, mengasuh dan mengajar anak-anak khasnya dalam peringkat 3 M  iaitu membaca, menulis dan mengira, telah kita serahkan kepada pengasuh ataupun guru Tadika. 

Dari pengalaman ana sendiri mendidik anak-anak untuk mengenal huruf di peringkat awal, ana menggunakan teknik flash card . Selain dari itu, ana juga suka membelikan buku-buku yang bergambar dan bersaiz besar atau big book. Mulakan dengan gambar-gambar yang besar, mudah dan menarik perhatian mereka. Seperti kedua-dua anak perempuan ana, carilah buku-buku dengan tema princess serta kartun-kartun comel. Ia juga memudahkan mereka mengenal dan mempelajari huruf dan nombor.

Buku mewarna juga dapat mendidik anak-anak dengan mudah untuk menulis kelak. Apabila mereka bijak menggunakan pensil warna, pasti dengan mudah menulis dan membentuk huruf kemudiannya. Itu kaedah lama, kini dengan kepesatan teknologi lebih banyak bahan-bahan elektronik dapat membantu anak-anak belajar. Dan untuk ibu bapa juga perlu belajar, salah satu caranya dengan memiliki ebook. 

Generasi kini bukan lagi seperti zaman kita dahulu, di mana setelah masuk ke alam Tadika baru pandai membaca. Anak-anak kini kebanyakkannya telah mula kenal huruf, menulis malah mengira sebelum di hantar ke Tadika.Dengan ini, mereka tidak akan ketinggalan dan mudah menerima pelajaran. Namun tidak semua anak-anak bernasib baik, tetapi janganlah bimbang kerana kepesatan teknologi masa kini membolehkan kita belajar sesuatu ilmu hanya dihujung jari. Dengan sedikit modal, In Shaa Allah, kita sebagai ibu bapa juga akan dapat ilmu dan tips bermanfaat dalam kaedah mendidik anak-anak dari dalam kandungan hinggalah tips dan panduan mengajar anak membaca seawal usia lima tahun. 

Jawapannya ada di sini. 
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!