Jipangi Aiskrim Korea Yang Unik
Unik sangat bentuk aiskrim dari Korea ni, namanya Jipangi.. erm sekali pandang ketika mula-mula di Instagram oleh beberapa rakan Instagramers memang nampak pelik. Dan dari keunikkan dan kepelikkan rupa parasnya lah yang membuatkan ana ingin mencuba sendiri apa pula kelainan rasa aiskrim Jipangi yang kian popular ni?
Ketika kami ke Setapak Central baru-baru ni dalam misi mencari wallpaper di Kaison, terjumpa pula kiosk aiskrim Jipangi di tingkat bawah. Dan terpampang di sana logo halal dari Jakim, ana dan adik Ika terus memesan aiskrim Jipangi dua batang. Aiskrim ini dijual dengan empat perisa iaitu strawberi, coklat, pisang dan vanila. Namun lain-lain perisa masih belum membeku, terpaksalah kami mengambil perisa vanila ini sahaja. Harga untuk saiz junior ialah RM6 dan saiz biasa RM7 kalau tak silap. Memang lupa nak ambil gambar sekitar kiosk ni.Dah jalan ke tingkat atas baru teringat nak ambil gambar aiskrim Jipangi ni.Mujur juga masih belum dingap ke dalam mulut.
Aiskrim Jipangi ni merupakan snek yang popular di Korea. Ia juga dikenali sebagai aiskrim tongkat atau aiskrim rotan di sana.Yang panjang melengkuk menyerupai huruf J tu ialah sneknya atau lebih kurang kon aiskrimnya lah. Ia rangup dan berperisa sama seperti snek jagung. Aiskrim dari pelbagai perisa yang dipilih akan dipaipkan ke dalam kon tersebut dan inilah dia aiskrim Jipangi. Sedap tak aiskrim Jipangi ni?
Sedaplah pada ana dan adik Ika. Rasa vanilla sangat enak dan wangi sekali aromanya. Tekstur aiskrimnya juga lembut dan sedap bila dimakan bersama snek jagung lapisan luarnya itu. Bagi yang suka mencuba kelainan, bolehlah membeli aiskrim jipangi, kini terdapat di kebanyakkan kiosk di pusat membeli belah serata Kuala Lumpur amnya.
47 Comments
macam2 design da
ReplyDeletehaah ada kelainannya NH :)
DeleteUnik unik unik ! *blogwalking here :)
ReplyDeleteterima kasih singgah Cik Pa'in :)
Deleteassalamualaikum ana...mcm2 paten ais krim skg ni..;)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, tu lah pelbagai inovasi dari segi bentuk dan rasa :)
Deleteteringin nak rasa nnt :)
ReplyDeletekalau terjumpa boleh mencubanya Farhain :)
Deletewah,menarik..kat perak x jumpa lagi~
ReplyDeletebelum lagi agaknya yong norliza :)
Deleteteringin jugak nak cuba tapi kat melaka ni takde lagi rasenye...
ReplyDeletebetul tu.
Deleteaida x pernah terserempak kedai jual eskrem ni.
mungkin sikit masa lagi ada kut Malinda, aida..selalunya kiosk terdapat di dalam shopping mall :)
Deletewah..boleh try ni
ReplyDeleteboleh je ija, jumpa nanti try test tengok haha :)
DeleteKak Zai jumpa ice cream ni diSunway Pyramid. Tengok halal terus suruh anak beli. Rasanya memang sedap.
ReplyDeletekena ke s.piramid la ni.
Deleteand sgt lama x ke situ :)
misi mencari jipangi...
tu lah kak zai, masa nak beli tu memang jelas sijil halal dipamerkan, yakin untuk mencuba dan merasainya.. mai lah sunway piramid aida, sambil shopping sambil misi mencari jipangi hihi :)
DeleteUniknya.. nak carilah nanti.. tq share kak ana..
ReplyDeletesama-sama SHa, turun Kl boleh je jalan jalan cari Jipangi kay ;)
Deleteooo ada di midvalley tp suki tak pernah try hihi
ReplyDeleteada rasanya di midvalley kan suki :)
DeleteDah try dah, sedap. Hehehe !
ReplyDeletekan Nani, kak ana suka tekstur aiskrim dia lembut sangat kan :)
DeleteAlaaaaaaaaaaaaaa bila lah nk g mkn ni.
ReplyDeletehiihii kat KL banyak kiosknya Rara, nanti lanjer princess makan Jipangi kay :)
Deletekat sini mana nak carikkk
ReplyDeletehihi nanti adalah tuu azie :)
DeleteAiskrim tongkat ahaha..
ReplyDeletehaah SP aiskrim tongkat kalau di korea sana :) hihi
DeleteAina da cuba perasa coklat. Sedap! Tekstur ais cream halusss =)
ReplyDeletetu lah lembut sangat kan, erm masa kak ana beli coklat tu belum beku jadi tak meraa lagi hat perisa coklatnya aina :)
DeleteHaih..aiskrim tu dh okey rasanya..tapi bentuk dia tu kan..hmmmm..
ReplyDeletehaha Fieza, kan bentuk huruf J tu untuk Jipangi :)
Deletemacam2 design skrg..makin kreatif..
ReplyDeletekan CCC menarik :)
Deletemenariik...mcm2 sekarang idea org bniaga produk makanan kan..
ReplyDeletetu lah LYA kena ada kelainan kan dalam bisnes ni :)
Deletewah boleh cuba la nanti ni.menarikk..^^
ReplyDeleteCuba ros, unik ni :) sedap pun sedap gak
Deleteunik dan sedap kan kak ana...
ReplyDeleteHaah SA kak ana suka teksturnya halus sangat :)
Deletesalam , unik bentuk nya
ReplyDeletewaalaikumsalam Yana, haah unik bentuknya huruf J tu untuk jipangi
Deletehik3..muka teruja zaryth
ReplyDeleteHaah Sha, kak ana tengok kat IG tadi hi hi kan main lagi muka zaryth pandang Jipangi haha :)
Deleteyang panjang tu ape kak ana? kon or ice cream jugak?
ReplyDelete