Unik sangat bentuk aiskrim dari Korea ni, namanya Jipangi.. erm sekali pandang ketika mula-mula di Instagram oleh beberapa rakan Instagramers memang nampak pelik. Dan dari keunikkan dan kepelikkan rupa parasnya lah yang membuatkan ana ingin mencuba sendiri apa pula kelainan rasa aiskrim Jipangi yang kian popular ni? 


Ketika kami ke Setapak Central baru-baru ni dalam misi mencari wallpaper di Kaison, terjumpa pula kiosk aiskrim Jipangi di tingkat bawah. Dan terpampang di sana logo halal dari Jakim, ana dan adik Ika terus memesan aiskrim Jipangi dua batang. Aiskrim ini dijual dengan empat perisa iaitu strawberi, coklat, pisang dan vanila. Namun lain-lain perisa masih belum membeku, terpaksalah kami mengambil perisa vanila ini sahaja. Harga untuk saiz junior ialah RM6 dan saiz biasa RM7 kalau tak silap. Memang lupa nak ambil gambar sekitar kiosk ni.Dah jalan ke tingkat atas baru teringat nak ambil gambar aiskrim Jipangi ni.Mujur juga masih belum dingap ke dalam mulut.


Aiskrim Jipangi ni merupakan snek yang popular di Korea. Ia juga dikenali sebagai aiskrim tongkat atau aiskrim rotan di sana.Yang panjang melengkuk menyerupai huruf J tu ialah sneknya atau lebih kurang kon aiskrimnya lah. Ia rangup dan berperisa sama seperti snek jagung. Aiskrim dari pelbagai perisa yang dipilih akan dipaipkan ke dalam kon tersebut dan inilah dia aiskrim Jipangi. Sedap tak aiskrim Jipangi ni?

Sedaplah pada ana dan adik Ika. Rasa vanilla sangat enak dan wangi sekali aromanya. Tekstur aiskrimnya juga lembut dan sedap bila dimakan bersama snek jagung lapisan luarnya itu. Bagi yang suka mencuba kelainan, bolehlah membeli aiskrim jipangi, kini terdapat di kebanyakkan kiosk di pusat membeli belah serata Kuala Lumpur amnya.