Kad Yang Merbahaya
Perkongsian ini ana dapat dari salah sebuah group di whatsapp yang mengingatkan kami semua berhati-hati dan cuba elakkan diri jika terlihat individu menghampiri dengan sekeping kad berwarna hitam. Kad ini boleh bertukar menjadi senjata merbahaya, sebilah pisau yang tajam. Nauzubillahi Min Zalik... Semoga dijauhkanlah olehNya dari terjadi dikalangan kita semua... Aamiin..
Kadang-kadang terfikir juga lah oleh akal fikiran yang tidak berapa pandai ni, kenapa lah perlunya ciptaan yang sedemikian rupa, yang jelas-jelas digunakan untuk keburukkan. Semakin maju semakin banyak perkara yang tak terjangkau fikiran boleh berlaku. Sebenarnya, amaran dan penyebaran sebegini banyak kebaikannya. Sekurang-kurangnya kita telah berwaspada pada persekitaran.
Jenayah kini datang dalam pelbagai cara, menakutkan sungguh. Walaupun kita berada di perkarangan rumah sendiri, kenalah sentiasa beringat dan senjata kita sebagai seorang Islam pastinya berdoa setiap ketika mohon dijauhkan dari segala keburukkan dari dunia hingga akhirat.Sentiasa juga beringat, peka pada persekitaran dan sedaya upaya mempastikan sekeliling kita selamat dari sebarang perilaku yang boleh mengundang bahaya. In Shaa Allah.
22 Comments
dasyatnye...dari sekeping kad bole betuko jadi senjata...betol tu hanya mampu berhati2 dan mohon perlindungan dari DIA
ReplyDeletekan Malinda, berdoa, usaha dan minta dijauhkanNya , amiin :)
Deletetu dia eh..takutnya
ReplyDeletekan sal :(
DeleteAllahhuAkbar...
ReplyDeleteada sahaja idea para penjenayah ni... :(
tu lah kan kak cik ,menakutkan
Deleteboleh buat pelindung diri
ReplyDeleteboleh yaya, tapi banyak yang disalahgunakan :)
Deleteminta perlindungan dariNya saja yg kita mampu kan.dan sentiasa berwaspada
ReplyDeleteamiin Ya Rabb .
DeleteMacam2 teknologi yang dia orang cipta. Kalau yang ke arah kebaikan tak apalah juga.Moga sentiasa dalam peliharaanNya.
ReplyDeleteItu lah kan zaitun, semakin maju semakin gusar kehidupan manusia mencari kesenangan dengan pelbagai kaedah :)
Deletebahayanyerr., huhu2
ReplyDeletekan wakkk :(
Deletebahaya takut disalah gunakan
ReplyDeletebetul tu arz, kebanyakkannya di salah gunakan ke arah keburukkan , Nauzubillahi min zalik
DeleteHuishhh bahaya ni
ReplyDeletekan alia .
DeleteBahaya ini..
ReplyDeletebetul tu Sha .
DeletePErghhh.... mana nak dapat nih? nak bawak pegi merewang... potong bawang.. ha ha ha...
ReplyDeletehamboi SS kan main nak merewang dengan pisau gini hihi :)
Delete