Perkongsian ini ana dapat dari salah sebuah group di whatsapp yang mengingatkan kami semua berhati-hati dan cuba elakkan diri jika terlihat individu menghampiri dengan sekeping kad berwarna hitam. Kad ini boleh bertukar menjadi senjata merbahaya, sebilah pisau yang tajam. Nauzubillahi Min Zalik... Semoga dijauhkanlah olehNya dari terjadi dikalangan kita semua... Aamiin..


Kadang-kadang terfikir juga lah oleh akal fikiran yang tidak berapa pandai ni, kenapa lah perlunya ciptaan yang sedemikian rupa, yang jelas-jelas digunakan untuk keburukkan. Semakin maju semakin banyak perkara yang tak terjangkau fikiran boleh berlaku. Sebenarnya, amaran dan penyebaran sebegini banyak kebaikannya. Sekurang-kurangnya kita telah berwaspada pada persekitaran. 


Jenayah kini datang dalam pelbagai cara, menakutkan sungguh. Walaupun kita berada di perkarangan rumah sendiri, kenalah sentiasa beringat dan senjata kita sebagai seorang Islam pastinya berdoa setiap ketika mohon dijauhkan dari segala keburukkan dari dunia hingga akhirat.Sentiasa juga beringat, peka pada persekitaran dan sedaya upaya mempastikan sekeliling kita selamat dari sebarang perilaku yang boleh mengundang bahaya. In Shaa Allah.