Ana ni bertuah sangat apabila berjiran dengan Man dan Ida yang rajin bawa kami jalan-jalan cari makan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Mereka memang mahir sangat kat mana ada menu-menu makanan unik dan sedap untuk dinikmati. Kali ini kami ke Damansara Perdana untuk makan tengahari selera Pantai Timur atau lebih ngam lagi selera ore' Kelate'. Memang pure masakan Kelantan di sini. Dimana?? Di Che Mat Delights, Damansara Perdana.

Che Mat Delights - Selera Kelantan

 

masak lemak ayam kampung

Amacam?? Ni baru intro gambarnya...belum tengok depan mata lagi. Uniknya sajian menu di Che Mat Delights ni tidak menyajikan jumlah menu yang banyak. Maksud ana, terdapat lebih kurang sepuluh menu untuk makan tengahari kami hari tu, antaranya yang ana ingat ayam kampung masak lemak, ikan patin masak lemak tempoyak, singgang ikan, ayam kampung goreng, ikan goreng, ulam-ulaman, sambal dan paling best encik budu lah. Itu sahaja seingat ana, namun ia memudahkan kita membuat pilihan untuk di makan bersama nasi putih. Mudah dan pasti kena dengan kombinasi makan tengahari yang simple sebegini.



Lihat sahaja salah satu sajian makan tengahari yang kami ambil ni, gabungan ayam kampung masak lemak dengan kuah dan ulam-ulaman di cicah budu sudah cukup mengenyangkan dan menambah selera makan. Tak perlu mengambil pelbagai menu dalam satu pinggan, sudah cukup sedap untuk dinikmati. 


sambal dan ulam-ulaman
Sambal dan ulam-ulaman segar


Deretan budu yang paling memikat hati

Ana sebenarnya sebelum berkahwin dengan suami yang berasal dari Kelantan ni, memang tak pernah makan budu. Maklumlah kami orang utara, nak-nak lagi anak jati Perak pastinya penggemar tempoyak. Tapi yelah dah sebumbung dengan orang yang makan budu, sekali mencuba makan budu sampai hari ini terus berkenan. Malah anak-anakpun suka makan nasi bersama budu. Cuma budu yang sedap dan sesuai dengan selera kami pastinya cap ketereh. Kalau yang lain-lain tu agak kurang sedapnya. Budu ni di makan bersama hirisan cili api, bawang merah dan perahan asam limau. Di Che Mat Delight disajikan dengan ulam mangga muda dihiris halus. Lagilah sedap....


Ayam kampung goreng dan singgang ikan

singgang ikan
Singgang ikan

Ikan goreng

teh ais


Ermm cuba pandang gelas air ni, ianya teh ais yang memang betul-betul kaw, pekat manis sedap gilerrr... Menu minuman disini juga tidak banyak, memang kelaziman orang Kelantan kita minuman wajibnya teh o dan teh o ais. Menurut Man yang telah beberapa kali makan di sini, terdapat juga teh hijau, cuma bukan rezeki ana hari tu kerana tiada disediakan untuk hari tersebut. Man juga memberitahu minuman disini boleh diisi semula, atau refill, wah ni dah bagus sangat.Adik Ika siap refill dan bawa balik, percaya tak sampai esoknya diletakkan dalam petisejuk masih terasa kaw lagi teh ais ni. Gelasnya pula bersaiz besar tau, bukan saiz selalu jual di pasar malam tu...


senarai harga makanan  di che mat delights

Ini pula senarai harga menu di Che Mat Delights ni, harga adalah tertakluk pada perubahan. Yang ana paparkan disini ialah pada hari entri ini diterbitkan. Namun ianya sangat-sangat berbaloi dengan keenakkan makanan yang disajikan. Tuan kedai amat peramah dan melayan setiap pelanggan yang makan dengan mesra. Bagai tak percaya bila kami makan berlima tengahari tu cuma dicaj RM 45 sahaja. Mungkin kerana adanya Man yang merupakan pelanggan tetap disini agaknya. Terima kasih Man dan Ida.. :) 


Suasana sempoi di dalam kedai, penuh pelanggan tengahari tu

Luar kedai Che Mat Delight tanpa papantanda

Namun untuk mencari kedai makan Che Mat Delight ni agak payah sikit bagi yang pertama kali ke sini kerana ia tidak menggantung signboard atau papan tanda perniagaan. Ramai juga yang merungut untuk mencari di mana kedai ni, mungkin ada sebab kenapa tuan  kedai tidak menaikkan papan tanda, harap-harap akan datang bolehlah dipertimbangkan untuk meletakkan papan tanda kan, bagi memudahkan orang ramai datang ke sini, In Shaa Allah.


Alamat ke CheMat Delights

Instagram dan FB CheMat Delights

Untuk memudahkan pencarian lokasi dan juga bertanyakan menu-menu harian boleh sahaja menghubungi nombor whatsapp yang tertera di atas, serta melihat sajian menu lain yang ada di laman-laman sosial Instagram dan Facebook Che Mat Delights. Khas untuk orang-orang Kelantan dan Pantai Timur yang merindui menu masakan kampung, bolehlah ke sini menjamu selera. Bagi ana sendiri, masak lemak ayam kampung disini memang sedap sangat, first class dan masih terasa hingga ke hari ni...