Percutian yang tak dirancang sama sekali. Lepas solat Dhuha, suami tanya nak pergi mana cuti ada lagi tiga hari, kak long pun masih bercuti seminggu, macam-macam lokasi kami cadangkan, akhirnya suami yang buat keputusan, jom Cameron Highland, kut-kut sejuk kat sana katanya. Dengan segera kami kemas beg, manalah tahu takut berubah fikiran pula cik abang saya ni, kak long dan adik Ika dah terlebih seronok. Bertolak dari Rawang dalam jam 11.30 pagi, menempuhi sedikit jem di Plus menuju ke Tapah dan Alhamdulillah lebih kurang pukul 3 petang kami sampai ke Tanah Rata, Cameron Highland. Dan entri pertama di Cameron Highland yang ingin ana kongsikan di www.anajingga.com ialah kunjungan ke Mardi, Tanah Rata,Cameron Highland.

MARDI - Cameron Highland 



Antara lokasi yang wajib di kunjungi apabila kita ke Cameron Highland ialah Mardi atau Taman Agro Teknologi di Tanah Rata. Tempat ni merupakan pusat penyelidikan pertanian , namun ia dibuka untuk kunjungan orang awam. Apa yang menarik di Mardi , Cameron Highland ialah disini kita seolah-olah dapat melihat seluruh keistimewaan yang ada di tanah tinggi ini. Dari pelbagai kuntuman bunga-bungaan yang jarang dapat kita lihat di mana-mana tempat, tanaman strawberri, sayur-sayuran, pokok epal, kilang teh, dan yang paling teruja kali ini, kami dapat melihat dengan mata sendiri pokok dan buah anggur yang sedang lebat bergayutan di dahan-dahannya.




Sebenarnya ana telah pernah masuk ke Mardi ni beberapa kali sebelum ini. Dari rombongan sekolah lagi hinggalah ke hari ini, setiap kali ke Cameron Highland pasti akan singgah semula ke sini.Sebelum ini ana pernah terbaca di laman web harga tiket masuk ke Mardi, Cameron Highland ialah RM5, namun apabila sampai di kaunter tertera harganya jauh lebih murah iaitu cuma RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak sehingga umur 17 tahun. Berbaloi sangat kerana kita akan dapat melawat sebuah kawasan yang agak luas disekitar taman Mardi ini. 


harga tiket ke Mardi,Cameron Highland

Kali ini, apa kata biar gambar sahaja yang berbicara tentang kawasan sekitar di Mardi, Cameron Highland. Dari puluhan foto yang sempat ana ambil disini, setelah dipilih dan di edit ana kongsikan beberapa keping sebagai tatapan kita bersama. Percayalah..bila kita berada disini, tak puas melihat keindahan bunga-bungaan yang perlbagai warna, spesis dan pastinya amat cantik ciptaaan Allah swt yang amat sempurna. Subhanallah..itulah kalimah yang tak kering dibibir apabila melihat cantiknya ciptaan Mu.


Antara tarikan yang ada di Mardi, Cameron Highland










Taman Periuk Kera, Mardi,Cameron Highland

Pokok Periuk Kera pelbagai saiz yang ada di Mardi,Cameron Highland

bunga ladies shoes
Antara bunga yang paling cantik di Mardi,Cameron Highland

Ini lah antara bunga yang paling cantik dan unik pernah ana lihat disini. Ada yang memanggilnya bunga 'ladies shoes' atau kasut wanita. Unik berwarna biru dan jarang dapat dilihat dikawasan selain dari bumi Cameron Highland. Mungkin sahabat blogger Kak Mala Saad yang pakar tentang pokok bunga-bungaan ada jawapan kepada soalan ana ni.. nama sebenar pokok bunga ni?? 


mawar jingga
Mawar jingga

pokok tomato
Seronok melihat pokok tomato yang lebat berbuah dan besar-besar

pokok anggur cameron highland
Pokok anggur

Melihat buah anggur bergayutan dari dahan-dahannya yang menjalar sesuatu yang amat teruja buat ana. Ialah tak pernah lagi ke luar negara kan, bila dapat melihat pokok anggur depan mata pasti sangat suka sekali. Subhanaallah, kalaulah ada di belakang rumah macam ni, mesti best, nak anggur petik sahaja dari pagar.



Disini juga terdapat sebuah kedai yang menjual pelbagai makanan wajib beli jika ke Cameron Highland seperti teh, jeruk-jeruk strawberri, coklat, aiskrim strawberri, sayur-sayuran segar dan macam-macam lagi. Harga setelah ana bandingkan dengan diluar lebih kurang sahaja, tak jauh beza.



Juga terdapat jualan pokok-pokok bunga disini yang memang pasti akan terpikat untuk membelinya. Ana sempat membeli sepasu bunga ros 'pink' sebagai percubaan untuk dibawa balik dan ditanam di halaman rumah. Tak mahal harganya cuma RM10.60 sepasu.


bunga lavender


bunga mawar merah


bunga dahlia




bunga mawar merah


bunga tahi ayam
Geram tengok bunga ni gemuk-gemuk sangat




bunga matahari




Cantik-cantik kan?? Sebenarnya banyak lagi foto-foto yang ingin ana kongsikan, namun In Shaa Allah akan dilampirkan di lain entri nanti. Bagi peminat dan pencinta alam seperti ana, pasti kunjungan ke Mardi, Cameron Highland adalah salah satu destinasi wajib jika bercuti ke sini. Teruja dan sangat kagum dengan ribuan tanaman dan bunga-bungaan ciptaan Allah swt yang sangat indah-indah. Maha Suci Allah..