Servis Pertama Perodua Axia


Pejam celik pejam celik dah pun bulan ke tiga bersama cik Axia ana. Tempoh menunggu untuk dapatkannya dahulu benar-benar mencabar kesabaran. Tiga bulan baru dapat memiliki cik Axia ni, dan kini dah sampai masanya untuk diservis buat kali pertama apabila ia telah mencapai 5000km atau tiga bulan penggunaan mana yang dahulu. 

Hakikatnya ana bukanlah orang yang sesuai bercerita tentang kereta ni, perkongsian di www.anajingga.com kali ini ialah pengalaman ana menemani suami untuk servis kereta Perodua Axia kali pertama. Maklumlah, suami dah kata ni kereta ana, jadi bila nak servis kenalah temankan cik Axia ana ni. Sedangkan sebelum-sebelum ni tak pernah hayatpun nak temankan suami servis kereta yang satu lagi tu, sesaja je kan..Dan mungkin juga perkongsian pengalaman disini akan memberi manfaat buat orang lain, In Shaa Allah.


perodua rawang


Kami memilih untuk ke Perodua Sales and Servis yang terletak di Bandar Rawang untuk servis kereta Perodua Axia buat kali pertama ni. Tak jauh dari kediaman dan sepupu ana sendiri adalah salah seorang kakitangan disini. Perodua Sales and Servis ni terletak berdekatan dengan Hospital KPJ Rawang dan jalan menghala ke Sungai Choh. Baru sahaja beroperasi tahun lepas jika tak salah ana.


Perodua Sales and Servis Centre, Rawang



Perodua sales and servis centre rawang


perodua rawang

Kami sampai awal pagi lagi, pejabatpun belum dibuka. Memandangkan kami cuma 'walk-in' dan tidak membuat temujanji terlebih dahulu, kami perlu mendaftar dan menunggu giliran di ruang menanti yang sangat selesa di sini. Turut disediakan minuman dan sarapan pagi percuma untuk pelanggan. Suami sempatlah menjamah sebungkus nasi lemak sambil menunggu nama di panggil. 

Apabila tiba nama kita dipanggil, staff Perodua akan memeriksa dahulu keadaan luar dan dalam kereta kita. Menurut suami, ia prosedur biasa jika terdapat sebarang calar atau kerosakan pada kereta sebelum di bawa ke pusat servis. Kemudian kereta akan di bawa masuk ke pusat servis dan kerja servis penyelenggaraan akan dilakukan oleh staff yang berpengalaman.


perodua servis rawang


Servis Pertama Perodua Axia


Untuk servis kali pertama Axia kali ini, ia tidak mengambil masa yang lama, dalam setengah jam selesai urusan servis di bengkel. Apa yang diservis tu ana kurang pasti, sebab suami sahaja yang tahu tentang penyelenggaraan kereta ni. Ana difahamkan untuk servis pertama ini adalah percuma kecuali jika kita membuat penambahan aksesori pada kereta akan di kenakan bayaran tambahan.Menurut suami,kali ini bayaran yang dikenakan cuma RM75 sahaja kerana suami ana membuat penambahan aksesori pada bahagian kereta,apa yang di tambah ana tak tahu...:). Bayaran boleh dilakukan secara tunai, kredit kad ataupun debit kad terpilih seperti dibawah.




Sebenarnya dan seharusnya kita perlu membuat temujanji sebelum menghantar kereta untuk diservis di sini. Ia akan lebih memudahkan urusan dan pengendalian masa. Memandangkan servis pertama kali ni hanya minor servis dan tidak mengambil masa yang lama, ia bolehlah dilakukan secara 'walk-in".Namun untuk servis di masa akan datang yang mana mungkin banyak pertukaran akan dilakukan amatlah perlu untuk kita membuat temujanji terlebih dahulu. Untuk membuat temujanji di Perodua Servis Rawang, sila hubungi nombor yang tertera di dalam gambar di bawah. Mudah dan mempercepatkan urusan kelak. In Shaa Allah.




Berikut juga  ana sertakan sekali waktu operasi di Pusat Jualan dan Servis,Perodua Rawang untuk memudahkan urusan pembaca yang singgah ke sini untuk mendapatkan matlumat. Semoga perkongsian ana kali ini bermanfaat buat mereka yang singgah.



~:~


41 Comments

  1. Salam, lama tak singgah sini! Apakhabar kak? Hehe..wah servis axia ye..okay lah jugak, murah.maybe sbb rosak sikit je kot...best tak pakai axia? dorang ckp mmg betul jimat minyak ye?

    P/s: owh rumput karpet tu lembut je kak...tp ade certain tempat dia jual rumput yg jenis keras gila...tu utk letak kat taman luar kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rosak Lynn servis wajib bila dah 5000km ni, best pada kak ana sebab dia kecil dan comel senang nak parking haha.. minyak tu jimatlah juga sebab dia ada eco system penjimatan, tq info tentang rumput karpet ni ,cantik juga :)

      Delete
  2. alhamdulillah ada benda ni...

    ReplyDelete
  3. Kak Zai pun tak pernah ikut hubby buat service kereta walaupun kereta sendiri.Alasannya malas nak menunggu tp bagus juga kan sekurang2nya ada ilmu bab kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak zai, ni sebab suami ajak kena lah pii lagipun dekat je dengan rumah :)

      Delete
  4. saya pon sejak menunggang belalang hitam 9 tahun yg lalu baru dua kali je mengikut cik boss pi servis kete...hahaha...mengelat sungguh saya ni...tapi kete saya jarang yg bergerak kak asyik terperap je kat rumah...sesekali je guna untuk anto anak ke sekolah atau ke pasa ikan...tu yg manja semacam je...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak banyak gerak lambat lah servisnya kan Malinda.. btw belalang itam tu apaaaa?? haha ada je Malinda ni tau :)

      Delete
  5. Lbh kurng mcm kat cne juga servicenya..lya slalu juga ikut husbnd pi perodua

    ReplyDelete
  6. Sangat bermanfaat sekali isi postingan diatas, makasih banyak ya?

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. haah servis pertama ni free, kami kena bayar sebab ada penambahan aksesori oleh suami sahaja :)

      Delete
  8. Besar pusat servis Perodua ni. kat Tawau kecik comey je. Tapi servis masih lagi tip top. :)
    Yang best siap disediakan sarapan pagi tuu. Memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Sha besar juga tempat ni, mungkin ikut bandar jugalah keperluan yang banyak besarlah tempatnya kan , janji servis gred A :)

      Delete
  9. Hii x pe kak ana kaum hawa pun patut tahu gak sal kereta nih

    ReplyDelete
  10. saya servis viva saya di perodua servis sampai 5 tahun..lepas 5 tahun, servis kat luar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya macam tu kan Mar, kena habiskan varantynya baru boleh servis di luar :)

      Delete
  11. macam saye...meter da 15000 x service lgi....aga2 brqpe ye kena...risaw plak...huhuhu...ni keta adq...tp sye yg pgg

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoiyai miafifi dah wajib servis dah tu,berapa kena call perodua tanya, AJ tak ada informasi tentang bayaran, tapi kalau yang first servis ni sepatutnya percuma kecuali ada penambahan aksesori :)

      Delete
  12. Sha masa pakai Viva dulu servis sendiri je Kak Ana tapi bukan Sha yang buatlah.. Encik Suami.. Sha pun macam Kak Ana, bukannya reti sangat.. hehehe.. Tau bawa je..

    Kak Ana, sha tag kak ana kat sini..
    http://kasihkuamani.blogspot.com/2016/02/segmen-sesi-mengenali-ahli-blogger-2016.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke Sha, rasanya semasa dalam varanty kena servis dengan perodua lagi, ok Sha TQ :)

      Delete
  13. Salam kak kita nak tanya akak sikit pasal service axia first time. Akak boleh tak whatsapp kita 0178838336

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Diana , Diana boleh email AJ di anajingga72@gmail.com atau pm di FB www.facebook.com/anajingga15 , terima kasih ye.

      Delete
  14. kak nk tnye bkn ke klu dh smpai 1000km yg first kne tukar minyak hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk tnye soalan yg sama jugak..please bg suggest bru angkat axia bru..skrg da 1600km da..abg ipar ckp kena tukar.
      tpi dlm manual ckp 5000km first servis..mne satu ni?

      Delete
    2. Untuk pengetahuan anda berdua, AJ servis pertama pada 5000km, ini yang AJ kongsikan disini. Kalau nak kan lebih kepastian boleh sahaja hubungi Perodua Servis berhampiran anda untuk kepastian. AJ sekadar berkongsikan pengalaman servis pertama pada km 5k. Terima kasih sudi singgah di sini :)

      Delete
    3. tular, entri salah paham disitu., biasanye perodua (dan company kete lain) rekomen 1st service at 1000km, tapi cik AJ nih servis kete dia bila dh capai 5000km., tu je., kete dia, dia punye sukela bila nak servis., kan mkcik AJ kannn., hehe

      Delete
    4. haha Wak, AJ ikut pemberitahuan dari perodua je wak, call sebelum datang servis untuk lebih kepastiannya.:)

      Delete
  15. Hye akk..nak tnya pusat service yg kat rawang ni bukan yang dekat kawasan rawang integrated industrial park tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hat tu tempat lama , sekarang ni berhampiran Hospital KPJ Rawang tu, jalan menghala ke Sg Choh :)

      Delete
  16. Biasanya warantry utk servis kereta brp lama AJ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 tahun kalau tak salah AJ, maybe boleh comfirm kan hubungi sahaja pihak Perodua :)

      Delete
  17. salam ana..
    saya baru pertama kali nak service kreta axia.
    boleh sya mntk tip x .??
    saya xtahu apa berkenaan service..
    maksudnye dari segi bayaran ke dan sebagainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, rasanya semua dah AJ cerita di dalam entri di atas ye.. semoga bermanfaat :)

      Delete