Servis Pertama Perodua Axia


Pejam celik pejam celik dah pun bulan ke tiga bersama cik Axia ana. Tempoh menunggu untuk dapatkannya dahulu benar-benar mencabar kesabaran. Tiga bulan baru dapat memiliki cik Axia ni, dan kini dah sampai masanya untuk diservis buat kali pertama apabila ia telah mencapai 5000km atau tiga bulan penggunaan mana yang dahulu. 

Hakikatnya ana bukanlah orang yang sesuai bercerita tentang kereta ni, perkongsian di www.anajingga.com kali ini ialah pengalaman ana menemani suami untuk servis kereta Perodua Axia kali pertama. Maklumlah, suami dah kata ni kereta ana, jadi bila nak servis kenalah temankan cik Axia ana ni. Sedangkan sebelum-sebelum ni tak pernah hayatpun nak temankan suami servis kereta yang satu lagi tu, sesaja je kan..Dan mungkin juga perkongsian pengalaman disini akan memberi manfaat buat orang lain, In Shaa Allah.


perodua rawang


Kami memilih untuk ke Perodua Sales and Servis yang terletak di Bandar Rawang untuk servis kereta Perodua Axia buat kali pertama ni. Tak jauh dari kediaman dan sepupu ana sendiri adalah salah seorang kakitangan disini. Perodua Sales and Servis ni terletak berdekatan dengan Hospital KPJ Rawang dan jalan menghala ke Sungai Choh. Baru sahaja beroperasi tahun lepas jika tak salah ana.


Perodua Sales and Servis Centre, Rawang



Perodua sales and servis centre rawang


perodua rawang

Kami sampai awal pagi lagi, pejabatpun belum dibuka. Memandangkan kami cuma 'walk-in' dan tidak membuat temujanji terlebih dahulu, kami perlu mendaftar dan menunggu giliran di ruang menanti yang sangat selesa di sini. Turut disediakan minuman dan sarapan pagi percuma untuk pelanggan. Suami sempatlah menjamah sebungkus nasi lemak sambil menunggu nama di panggil. 

Apabila tiba nama kita dipanggil, staff Perodua akan memeriksa dahulu keadaan luar dan dalam kereta kita. Menurut suami, ia prosedur biasa jika terdapat sebarang calar atau kerosakan pada kereta sebelum di bawa ke pusat servis. Kemudian kereta akan di bawa masuk ke pusat servis dan kerja servis penyelenggaraan akan dilakukan oleh staff yang berpengalaman.


perodua servis rawang


Servis Pertama Perodua Axia


Untuk servis kali pertama Axia kali ini, ia tidak mengambil masa yang lama, dalam setengah jam selesai urusan servis di bengkel. Apa yang diservis tu ana kurang pasti, sebab suami sahaja yang tahu tentang penyelenggaraan kereta ni. Ana difahamkan untuk servis pertama ini adalah percuma kecuali jika kita membuat penambahan aksesori pada kereta akan di kenakan bayaran tambahan.Menurut suami,kali ini bayaran yang dikenakan cuma RM75 sahaja kerana suami ana membuat penambahan aksesori pada bahagian kereta,apa yang di tambah ana tak tahu...:). Bayaran boleh dilakukan secara tunai, kredit kad ataupun debit kad terpilih seperti dibawah.




Sebenarnya dan seharusnya kita perlu membuat temujanji sebelum menghantar kereta untuk diservis di sini. Ia akan lebih memudahkan urusan dan pengendalian masa. Memandangkan servis pertama kali ni hanya minor servis dan tidak mengambil masa yang lama, ia bolehlah dilakukan secara 'walk-in".Namun untuk servis di masa akan datang yang mana mungkin banyak pertukaran akan dilakukan amatlah perlu untuk kita membuat temujanji terlebih dahulu. Untuk membuat temujanji di Perodua Servis Rawang, sila hubungi nombor yang tertera di dalam gambar di bawah. Mudah dan mempercepatkan urusan kelak. In Shaa Allah.




Berikut juga  ana sertakan sekali waktu operasi di Pusat Jualan dan Servis,Perodua Rawang untuk memudahkan urusan pembaca yang singgah ke sini untuk mendapatkan matlumat. Semoga perkongsian ana kali ini bermanfaat buat mereka yang singgah.



~:~