Taman Wetland, Putrajaya


Apa yang ada di Wetland, Putrajaya? Sebenarnya ana singgah ke sini kerana ingin membawa anak-anak ke Pusat Penghayatan Alam di Wetland, Putrajaya ni. Dah terbaca pun yang hari Isnin ia tutup, namun memikirkan bahawa Isnin tu hari kedua cuti umum Tahun Baru Cina, saja lah cuba-cuba kalau-kalau ia dibuka, tetapi ternyata memang tutup. Ramai pengunjung yang datang dengan anak-anak kecil senasib dengan ana tidak dapat berpeluang masuk ke sini. Moral of the story, google dulu baru pergi ke sesuatu tempat yang agak jauh destinasinya supaya tidak kecewa kay. Dah terlanjur sampai ke sini, kami pun pusing-pusinglah sekitar Taman Wetland, Putrajaya ni.




Tarikan utama di Wetland,Putrajaya ini ialah sebuah menara tinjau atau lebih dikenali sebagai menara pandang  jauh yang dibina di tengah-tengah kawasan rekreasi. Menara empat tingkat, kalau tidak salah ana, membolehkan kita mendaki hingga ke puncak untuk melihat keindahan alam semulajadi disekitar kawasan taman Wetland. Adik Ika dan suami sahaja berjaya sampai ke puncak dan mereka menyatakan memang sejuk dan berangin sekali bila berada di atas menara. Mereka juga dapat melihat pemandangan indah kehijauan alam semula jadi dari sana.

Dari pembacaan ana di carian google, terdapat pelbagai aktiviti riadah yang boleh dilakukan disini dihujung minggu. Antaranya berbasikal yang boleh disewa, memancing, aktiviti sukan air dan sebagainya. Juga terdapat tasik burng yang mana kita boleh menikmati keindahan alam semulajadi dan kehadiran burung-burung disekitar taman. Memang redup dan tenang sekali apabila kita berada di sini. Pokok-pokok yang merimun dan menghijau seindah mata memandang. 



Pemandangan dari tingkat satu menara tinjau di Wetland, Putrajaya







Taman Wetland, Putrajaya terletak di Presint 13 . Ianya dibuka secara percuma untuk pengunjung.Kelihatan petang itu, ramai juga keluarga berkelah di kawasan sekitar sambil melakukan aktiviti riadah bersama keluarga, paling tidak pun berjoging kan. Bagi mereka yang tinggal di kawasan berhampiran Putrajaya, pastinya Taman Wetland merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk santai hujung minggu. Dan jika tersesat ke Putrajaya, bolehlah singgah sambil menikmati pemandangan hijau yang damai di sini sambil berselfie wefie


pokok kekabu
Pokok kekabu yang lebat berbuah