Resepi Kek Pisang 

 



Lama dah tak baking membaking ni kan, atas faktor kemalasan yang melanda jiwa raga sejak dua menjak ni.  Tiba-tiba minggu lepas tergerak hati nak makan kek pisang, memandang kan banyak pula pisang berangan di jual di kedai runcit. Dan terhasillah sebiji kek pisang yang gebu geban dan enak di makan begitu sahaja sebagai sajian petang bersama teh o suam. Cuaca panas-panas ni tak daya nak menghirup teh panas kan. Jom ana kongsikan di www.anajingga.com satu resepi mudah dan Alhamdulillah menjadi sebiji kek pisang.



Bahan-bahan untuk membuat kek pisang:


4 biji pisang emas atau pisang berangan
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung kek ( tepung naik sendiri )
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula castor
1 cawan minyak masak
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam

Cara-cara membuat kek pisang :


- lenyekkan pisang terlebih dahulu, pisang ni ikut saiz kalau kecil boleh sahaja tambah.
- pukul telur dan gula hingga kembang.
- masukkan pisang yang telah dilenyek.
- ayakkan dahulu tepung kek bersama tepung jagung dan soda bikarbonat.
- masukkan tepung yang telah di ayak ke dalam adunan.
- masukkan minyak dan secubit garam.
- bakar di dalam oven pada suhu 160' selama 40 minit atau satu jam sehingga masak.
- sejukkan dan bolehlah disajikan untuk keluarga.

~ selamat mencuba~