KUIH SAGU MERAH
Dalam mengharungi cuaca panas sepanjang beberapa bulan ni, antara menu makanan yang menjadi kegemaran ramai pastinya kuih-muih yang sejuk-sejuk kan. Bukan apa buat penambah selera di petang hari ketika suami dan anak-anak ada di rumah. Nak goreng menggoreng, kita sendiri pun dah tak larat nak menghadap api lama-lama.
Puas juga memikirkan menu demi menu yang hendak di sajikan buat minum petang sekeluarga. Kadang-kadang teringat semula kuih muih tradisional yang selalu mak-mak kita buat ketika kita masih kecil atau tinggal bersama mereka. Antara yang sering mak ana buat ialah kuih lompang atau kasui, kuih seri muka, kuih talam dan juga kuih sagu merah ni. Dulu kami panggil kuih ni kuih golek gelantang. Sebab apa, sebab kuih ni kan lembik longlai, bila nak makan kita kena golek-golekkannya atas kelapa parut. Maka jadilah namanya kuih golek gelantang. Maksudnya dalam bahasa Perak, golek sakan lah lebih kurang :)
Ana membuat kuih sagu ni sebenarnya tanpa sukatan. Main agak-agak sahaja. Namun ana kongsikan resepi nya disini yang di ambil dari blog Azie Kitchen (kredit resepi). Mungkin boleh membantu mereka yang ingin mencubanya kelak.
Resepi kuih sagu
Bahan-bahan :3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah.
Kelapa parut di gaul dengan garam
Cara-caranya :
Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Bila air dah telah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga pekat.
Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 - 30 minit).* Ada juga yang tidak perlu mengukusnya, jika sagu yang masak telah jernih sepenuhnya.
Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih. Siap untuk dihidangkan.
24 Comments
Dah mula dah blogger2 tayang kuih2 penyejuk tekak x pun puding2 panas2 cam ni kan hii.. Wani buat sekali je sagu merah ni ..sedapnya panas2 ni laju jer masuk tekak kalo sejuk2
ReplyDeletekan wani, memang laku resepi sejuk2 camni, penyegar tekak :)
DeleteSangat sedap..:)
ReplyDeletesedap kan SP :) makan sesekali :)
DeleteFamily kite panggil kuih telur katak ni..hehee
ReplyDeleteagak kejam bunyi mas haha :)
Deletekuih ni SA suka kak ana...tapi susah nak dapat yang betul2 sedap...
ReplyDeletehaah kena masak sagu tu betul2 masak supaya tak ada bintik2 putihnya lagi, sebab tu menurut resepi azie kitchen ni dia kukus semula SA, dan kelapa parut tu kak ana suka guna kelapa muda dan buh garam, baru lemak gitu kan :)
Deletekak ni kuih feberet saya ni dan kuih ni la kuih pertama saya belajo buat dgn mak time masih anak dara trang tang tang dedulu tau...saya panggil kuih ni "kuih telo katak" kikiki :p
ReplyDeleteish ish sian namanya jadi telo katak walaupun memang macam teko katak pun haha :)
DeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleteSaya suka makan kuih sagu Pn Ana...ditambah lagi dengan kelapa parut yang banyak...tapi tak tau nak buat bila...
waalaikumsalam Fida,
Deletememang sedap, kak ana pun suka makan gaul dengan kelapa parut banyak2 nak-nak kelapa yang muda kan lagi lemak :)
my favourite :)
ReplyDeletesedapkan Linda ,makan sejuk dari dalam peti ais :)
DeleteMak CP selalu buat bila bulan Ramadhan sebab kuih ni yang dicari. Kalau bulan lain jarang sangat nak makan.
ReplyDeletetu lah kak ana bagitau, kalau dulu2 inilah antara menu yang mak-mak kita sajikan di bulan Ramadan.. buat seloyang sedekah jiran2 sebelah rumah kan..
Delete
ReplyDeletesedap nyaaa.. suka mkn tapi yang mak aina buat. sbb kalau dekat luar payah nak cari yg sedap. =)
mestilah aina, air tangan ibu kan lain dari yang jual tuu :)
DeleteSedap... dulu masa kecik kecik mak selalu buat kuih ni...rasanya skng nj mcm susah nk jumpa je. Kalau nk mkn kena buat sendiri. Baru puas.. Hihi....
ReplyDeletekalau ada pun time bulan puasa di bazar Ramadan kan Cik la
DeleteKak Ana... Kita Ada tag Kak Ana tau..
ReplyDeletehttp://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/03/segmen-cek-ungu.html
wokay cik la, selamat bersegmen :)
DeleteKak ana ohhh kak ana....ni juvak salah satu kuih feberet lya kak ana hehehe
ReplyDeletesedap kan Lya, sejuk je masuk mulut nanti :)
Delete