Puding Raja




Dah lama sangat mengimpikan nak merasa makan puding raja ni. Sebelum ni, ana selalu melihatnya di televisyen dan juga perkongsian sahabat-sahabat di facebook. Nampak pun dah menyelerakan. Namun dua hari lepas, Alhamdulillah, ana dapat juga menikmati kesedapan puding Raja ni. Terima kasih sangat buat adik sepupu ana, Ain sudi membawanya ke kampung setelah ana menempah dari kawannya yang menjual puding Raja ni di sekitar Kuala Kubu Bahru.


Memang sedap sangat pada selera ana. Enak di makan sejuk. Lapisan bawah merupakan pisang, tak pasti sama ada di salai atau di sira gula. Kemudian di lapisan seperti kuih jala emas yang halus-halus kekuningan tu. Manakala di lapisan atas sekali adalah kacang gajus yang di panggang, buah ceri dan buah prun.

Puding Raja ini, di makan bersama kuahnya. Kuah puding Raja seperti kuah puding kastad yang biasa kita makan. Menurut info dari pembacaan ana  di laman web atau tontonan televisyen, puding Raja merupakan salah satu resepi dari istana Pahang. Pembuatannya juga nampak rumit, namun jika ada bahan yang diperlukan tak mustahil untuk membuatnya sendiri di rumah. 

Bagi yang berminat untuk merasa sendiri puding Raja ni bolehlah mencuba memasaknya. In Shaa Allah banyak resepi puding Raja boleh di dapati dari laman-laman blog. Dan untuk yang tinggal di sekitar Kuala Kubu, Rawang dan berhampiran yang ingin memesan dan membeli puding Raja , boleh hubungi kawan sepupu ana, iaitu Rosfeza di talian whatsapp : 017- 647 7036. Cubalah ..... pasti memikat kalbu.

30 Comments

  1. acik pun dah dapat merasa sekali Ana..beli online jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah acik, sedapkan, nak buat agak payah sikit tapi memang sedap sangat :)

      Delete
  2. Replies
    1. tak manis sangat Sha, sedang molek je rasa dia.. :)

      Delete
  3. Ya Allah kat melaka mana ada jual puding raja camni agaknye ek...tolong...tolong...hahaha...kak ana saya pon dah lama sangat2 nak makan puding camni...dedulu saya selalu baca kat satu blog (sori lupe pulak blog yg mana) setahu saya pisang yg di gunakan untuk lapisan bawah tu nama nya "piang abu" sila betol kan kalau saya silap...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaa sian malinda, cuba cari yang online malinda, kut2 dapat merasa. oo yee kak ana pun tak pasti pisang tu pisang apa, tapi sedap lah malinda :)

      Delete
  4. Replies
    1. nani duk pahang memang senang nak dapat kan :)

      Delete
  5. Ya Allah..
    Akak pun dah lama teringin nak makan puding di raja ni Ana..
    Macam nak cara juga..
    Tapi jauh di Pahang pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak CH cuba lah cari kut2 ada yang jual online, contact no tu mana tahu dia boleh pos kan hihi :)

      Delete
  6. tulah kan..nampak menarik sangat-sangat,,seindah namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mar, royal sangat lah puding raja ni hihi :)

      Delete
  7. salam ,
    sedap eh kak,
    selalu tengok kat tv hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap yana, haah kak ana pun kenal dari tv dan blog juga ,baru ni dapat rasa :)

      Delete
  8. Selalu tengok tapi tak pernah rasa lagi. =)

    ReplyDelete
  9. Macam best je nampak.Apa rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kamal, rasa dia ada rasa pisang, pastu gabungan jala emas dengan buah-buahan kering kat atas tu di nikmati bersama kuahnya yang lemak manis :)

      Delete
  10. Replies
    1. haa hat tuu baru original dari kerabat diRaja Pahang kan Eaddy :)

      Delete
  11. ky pun pernah makan sekali pada bulan puasa lepas. terjumpa direstoran temerloh sek 15 shah alam. harganya..mak ai mahal. makanan dirajalah katakan. sedap sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kawan sepupu ana jual satu tapau tuu RM10 KY, ada macam-macam saiz untuk di beli.

      Delete
  12. Puding raja ? seindah nama.. sekuning rupa.. tak pernah jumpa lagi..

    ReplyDelete
  13. sebelum ni asyik tengok orang post la kak ana tapi tak pernah merasa apatah lagi nak buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. wani, rasanya wani mungkin boleh try buah sebab resepinya berat hala pantai timur tu :)

      Delete
  14. Nampak cantik.. Tapi x pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Sha, kalau nak try boleh lah contact no kat entri tu :)

      Delete
  15. Salam kak .. masih jual lagi ke sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Pieka, kak AJ tak jual, cuba hubungi nombor di atas dalam entri tu kut2 masih di jual dan lokasinya di Kuala Kubu , Selangor, ye :)

      Delete