Puding Raja




Dah lama sangat mengimpikan nak merasa makan puding raja ni. Sebelum ni, ana selalu melihatnya di televisyen dan juga perkongsian sahabat-sahabat di facebook. Nampak pun dah menyelerakan. Namun dua hari lepas, Alhamdulillah, ana dapat juga menikmati kesedapan puding Raja ni. Terima kasih sangat buat adik sepupu ana, Ain sudi membawanya ke kampung setelah ana menempah dari kawannya yang menjual puding Raja ni di sekitar Kuala Kubu Bahru.


Memang sedap sangat pada selera ana. Enak di makan sejuk. Lapisan bawah merupakan pisang, tak pasti sama ada di salai atau di sira gula. Kemudian di lapisan seperti kuih jala emas yang halus-halus kekuningan tu. Manakala di lapisan atas sekali adalah kacang gajus yang di panggang, buah ceri dan buah prun.

Puding Raja ini, di makan bersama kuahnya. Kuah puding Raja seperti kuah puding kastad yang biasa kita makan. Menurut info dari pembacaan ana  di laman web atau tontonan televisyen, puding Raja merupakan salah satu resepi dari istana Pahang. Pembuatannya juga nampak rumit, namun jika ada bahan yang diperlukan tak mustahil untuk membuatnya sendiri di rumah. 

Bagi yang berminat untuk merasa sendiri puding Raja ni bolehlah mencuba memasaknya. In Shaa Allah banyak resepi puding Raja boleh di dapati dari laman-laman blog. Dan untuk yang tinggal di sekitar Kuala Kubu, Rawang dan berhampiran yang ingin memesan dan membeli puding Raja , boleh hubungi kawan sepupu ana, iaitu Rosfeza di talian whatsapp : 017- 647 7036. Cubalah ..... pasti memikat kalbu.