Okay, minggu ni ana balik kampung halaman tercinta, mana lagi Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan lah kan. Balik untuk majlis kenduri anak buah dan langsung untuk mengambil kak long dari Tapah untuk cuti sem. Pagi Ahad semalam, ana dan suami macam biasa jalan-jalan cari sarapan di Medan Selera, Padang Speedy, Teluk Intan.Suami wajib cari apam manisnya dan ana pula kali ni,makan idli dengan kuah. 'Rare' sedap sebab lama dah tak makan. Kenal tak idli ni, jom ana kongsikan apa itu idli.





Idli dan Kuah Kari


Kali ni ana makan idli bersama kuah kari. Kuah kari ni kari udang. Sedap kuah karinya.Idli merupakan sejenis makanan tradisional India. Menu ni selalu di sajikan ketika perayaan Deepavali.Gerai makan ni milik saudara kita seorang abang India Muslim. 

Idli ni diperbuat daripada tepung beras. Resepi nya tak usah tanya lah, memang ana tak tahu. Kalau Google mungkin boleh dapat resepi ni. Ia sedap di cicah dengan kuah kari. Paling best dengan kari ayam tanpa santan tu. 

Sekeping idli ni cuma berharga 40 sen sahaja. Tapi memang mengenyangkan. Alhamdulillah. Kena pula dengan kopi o. Memang ngam. Kalau nak tukar selera sarapan pagi bolehlah cuba cari idli ni di restoran mamak.