Okay, minggu ni ana balik kampung halaman tercinta, mana lagi Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan lah kan. Balik untuk majlis kenduri anak buah dan langsung untuk mengambil kak long dari Tapah untuk cuti sem. Pagi Ahad semalam, ana dan suami macam biasa jalan-jalan cari sarapan di Medan Selera, Padang Speedy, Teluk Intan.Suami wajib cari apam manisnya dan ana pula kali ni,makan idli dengan kuah. 'Rare' sedap sebab lama dah tak makan. Kenal tak idli ni, jom ana kongsikan apa itu idli.





Idli dan Kuah Kari


Kali ni ana makan idli bersama kuah kari. Kuah kari ni kari udang. Sedap kuah karinya.Idli merupakan sejenis makanan tradisional India. Menu ni selalu di sajikan ketika perayaan Deepavali.Gerai makan ni milik saudara kita seorang abang India Muslim. 

Idli ni diperbuat daripada tepung beras. Resepi nya tak usah tanya lah, memang ana tak tahu. Kalau Google mungkin boleh dapat resepi ni. Ia sedap di cicah dengan kuah kari. Paling best dengan kari ayam tanpa santan tu. 

Sekeping idli ni cuma berharga 40 sen sahaja. Tapi memang mengenyangkan. Alhamdulillah. Kena pula dengan kopi o. Memang ngam. Kalau nak tukar selera sarapan pagi bolehlah cuba cari idli ni di restoran mamak.

16 Comments

  1. oh..Idli namanya.x pernah tau plak.selalu amik je 'kuih kaler putih'..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye cik Sal, namanya cik idli, kuih puteh pun bolehh lahh hihi :)

      Delete
  2. Wah bestnya.. Sha selalu suka tosei dan capatti.. nanti boleh try Idli nie pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best Sha, beza sikit rasanya dari tosei dan capati tu :)

      Delete
  3. Kak Zai pun suka makan idli kena dgn kuah kari sedapnya.

    Ana kat mana Teluk Intan? Hubby kak Zai pun asal sana tp org tua dah takde jd jarang balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan kak zai, kampung ana di Jalan Changkat Jong kak, berhampiran Hospital Daerah tu :)

      Delete
  4. xpernah makn lg...ni pestime dgr ade mknan nama idli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha nanti kalau terjumpa cik idli ni try lah :)

      Delete
  5. tak pernah makan..saya ingatkan tadi kuih pau..pertama kali saya tahu idli tu apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ma ye Mar, haah ia sejenis makanan tradisional orang India Mar, sama seperti tosei,capati dll :)

      Delete
  6. kak ana saya selalu je baca atau dengo orang2 cakap pasal makanan yg bernama idli ni tapi sampai sekarang blom sekali je saya cuba2 makan...camne la gamaknye rase dia...ada cam rase tosey ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang Malinda, ada rasa masam ala-ala tosei cuma ia gebu geban bila di makan :)

      Delete
  7. Replies
    1. makanan tradisional kaum India ni kak Mala, sedap juga di makan dengan kuah kari.

      Delete
  8. Tak pernah jumpa lagi kuih ni. Apatah lagi nak merasanya. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelah pantai timur memang jarang nak jumpa kedai mamak kan mama, kami pernag ke trengganu cari kedai mamak tak jumpa hihi :)

      Delete