Sana'y Wala Nang Wakas




Payah kan kalau kaki telenovela ni, nak-nak lagi drama telenovela dari Filipina. Ana memang peminat setia drama-drama siri dari sana. Pelakon paling feveret Marian Rivera dan Kristine Hermosa. Kalau ulang semulapun pasti melekat depan tv layan episod demi episod. Dan baru-baru ni Astro Bella menayangkan semula telenovela paling awal ana ikuti dulu sekitar 2004-2005 kalau tak salah selain Pangako Sayo iaitu drama siri airmata Sana'y Wala Nang Wakas. Ada yang pernah layan tak siri ni? Best sangat kan ...nangis hari-hari, tengok ulangan pun nangis lagi. Jom kita throwback drama best Sana'y Wala Nang Wakas atau maksudnya I Wish It Will Never End.



Sinopsis Sana'y Wala Nang Wakas


Kisah cinta hebat dan airmata antara Ara dan Christian. Saling menyintai antara satu sama lain selepas keduanya terperangkap di sebuah pulau selama seminggu. Namun tak semudah itu kerana kesilapan masa silam kedua ibu bapa mereka dan kisah silam permusuhan keluarga Ara dan Christian memaksa mereka mengubah haluan hati masing-masing. Cinta dan dendam menjadi plot kisah yang mengajak kita terus mengikuti kisah ini hari demi hari. Selain status sosial antara mereka yang bagai langit dan bumi.

Kerana kisah silam keluarga mereka, akhirnya Ara dan Christian berpisah dan menjalani kehidupan yang berbeza. Dendam Ara membakar jiwanya dan mengenali Leo dan Christian bersama Mary Ann. Namun satu waktu, cinta mereka kembali bertaut. Dapatkah dendam dikuburkan atas nama cinta dan pengorbanan. Menarik sangat plot kisah cinta mereka. Jom kita layan sekali lagi siri throwback ni di Astro Bella, Isnin hingga Jumaat. Tengahari jam 3-4petang manakala ulangannya malam 11:00-12:00 malam.





Pelakon Sana'y Wala Nang Wakas

 

Jericho Rosales - Christian Soriano (Christian)

 



 

Kristine Hermosa - Arabella Grace Garcia (Ara)

 

 

Diether Ocampo - Leonardo Madrigal (Leo)


Angelika Dela Cruz - Mary Ann Santos


Marvin Agustin - Newton

Kaye Abad - Shane Diwata

Semua cantik-cantik dan segak-segak pelakon siri Sana'y Wala Nang Wakas ni. Kita layan sampai episod akhir nanti kay... lama tau dekat dua ratus episod kalau tak silap ana .. :)

Episod akhir drama siri Sanay Wala Nang Wakas terdapat dua episod iaitu episodke 100 dan 101. Penonton di beri pilihan untuk memilih ending sama ada Ara akhirnya membuat pilihan sama ada berkahwin dengan Christian ataupun Leo.Terdapat dua adengan perkhawinan yang amat cantik dan ana difahamkan ketika tayangannya di Filipina, penonton diminta mengundi ending yang mana pilihan ramai. Dan bagi ana pastinya akan memilih episod 101 di mana perkahwinan antara Gracie atau Ara bersama Leo Madrigal.. :)