Sana'y Wala Nang Wakas




Payah kan kalau kaki telenovela ni, nak-nak lagi drama telenovela dari Filipina. Ana memang peminat setia drama-drama siri dari sana. Pelakon paling feveret Marian Rivera dan Kristine Hermosa. Kalau ulang semulapun pasti melekat depan tv layan episod demi episod. Dan baru-baru ni Astro Bella menayangkan semula telenovela paling awal ana ikuti dulu sekitar 2004-2005 kalau tak salah selain Pangako Sayo iaitu drama siri airmata Sana'y Wala Nang Wakas. Ada yang pernah layan tak siri ni? Best sangat kan ...nangis hari-hari, tengok ulangan pun nangis lagi. Jom kita throwback drama best Sana'y Wala Nang Wakas atau maksudnya I Wish It Will Never End.



Sinopsis Sana'y Wala Nang Wakas


Kisah cinta hebat dan airmata antara Ara dan Christian. Saling menyintai antara satu sama lain selepas keduanya terperangkap di sebuah pulau selama seminggu. Namun tak semudah itu kerana kesilapan masa silam kedua ibu bapa mereka dan kisah silam permusuhan keluarga Ara dan Christian memaksa mereka mengubah haluan hati masing-masing. Cinta dan dendam menjadi plot kisah yang mengajak kita terus mengikuti kisah ini hari demi hari. Selain status sosial antara mereka yang bagai langit dan bumi.

Kerana kisah silam keluarga mereka, akhirnya Ara dan Christian berpisah dan menjalani kehidupan yang berbeza. Dendam Ara membakar jiwanya dan mengenali Leo dan Christian bersama Mary Ann. Namun satu waktu, cinta mereka kembali bertaut. Dapatkah dendam dikuburkan atas nama cinta dan pengorbanan. Menarik sangat plot kisah cinta mereka. Jom kita layan sekali lagi siri throwback ni di Astro Bella, Isnin hingga Jumaat. Tengahari jam 3-4petang manakala ulangannya malam 11:00-12:00 malam.





Pelakon Sana'y Wala Nang Wakas

 

Jericho Rosales - Christian Soriano (Christian)

 



 

Kristine Hermosa - Arabella Grace Garcia (Ara)

 

 

Diether Ocampo - Leonardo Madrigal (Leo)


Angelika Dela Cruz - Mary Ann Santos


Marvin Agustin - Newton

Kaye Abad - Shane Diwata

Semua cantik-cantik dan segak-segak pelakon siri Sana'y Wala Nang Wakas ni. Kita layan sampai episod akhir nanti kay... lama tau dekat dua ratus episod kalau tak silap ana .. :)

Episod akhir drama siri Sanay Wala Nang Wakas terdapat dua episod iaitu episodke 100 dan 101. Penonton di beri pilihan untuk memilih ending sama ada Ara akhirnya membuat pilihan sama ada berkahwin dengan Christian ataupun Leo.Terdapat dua adengan perkhawinan yang amat cantik dan ana difahamkan ketika tayangannya di Filipina, penonton diminta mengundi ending yang mana pilihan ramai. Dan bagi ana pastinya akan memilih episod 101 di mana perkahwinan antara Gracie atau Ara bersama Leo Madrigal.. :)

27 Comments

  1. lama tak menyinggah blog kak ana...byk yg dh tertinggal..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye Saif, haah lama tak jenguk kakak kan.. :)

      Delete
  2. feberet kite jugak kak ana..ingat lg dulu balik sekolah terus bukak tv sbb nk tgk ara ngn christian..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan zatie, kan main syokje layan telenovela ni dari dulu lagi :)

      Delete
  3. Mujur Mrs. A tak terjebak dengan citer ini. Kalau tak mesti berebut channel dgn anak-anak. Amboi! banyaknya episod.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A, ni untuk suri rumah macaam kak ana je hihi :)

      Delete
  4. masa first drama ni tayang, sy kt universiti.kalau ptg xde kelas je memang mengagau cari tv.hehe.minat gila jericho rosales

    ReplyDelete
  5. Dulu saya layan jugak cite filiphine ngan indon ni. Sekarang ni macam tak sempat ja, nak plak dia punya episod makan sampai ratusan. Tak sanggup nak tunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinoy ni kak ana boleh lagi layan mama,indon tak pernah pula nak follow tak tahu kenapa :)

      Delete
  6. Salam akak..mcm mane yerr nak download cerita ni? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak dear, tak pasti tentang donlod mendonlod ni sebab Aj menontonnya di tv terus episod demi episod hihi :) sorry ye :)

      Delete
  7. Dah x tertengok dah citer-citer gini kak ana.. Sha skrg duk layan novel dgn drama korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm kak ana memang rajin Sha layan drama pinoy ni, :)

      Delete
  8. Kalau ikut astro bella die bg 2 ending.satu kawen ngn christian satu lg kawen ngn leo.sbb klu bace wikipedia pon dulu mmg diorg ade buat vote kt filipina nk ara kawen ngn sape

    ReplyDelete
  9. Akhir nya Ara kawin dgn siapa sebenar2nya

    ReplyDelete
  10. Yup unknown..it's a never ending story drama telenovela SWNW ni, ada dua versi ending antara perkahwinan Ara dan Christian dan Gracie dan Leo..pilihan pada penonton sendiri, kalau AJ pastinya pilihan perkahwinan Ara dan Leo... I Like :)

    ReplyDelete
  11. Alaa kalo betulla ara pilih khai...xnk la tgok smpi abis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Adi yang di tulis di atas versi Filipina, versi Melayu kita tunggu hingga ke episod akhir nanti kay :)

      Delete
    2. Kannnn....rugi tengok sampai 100 episod kalau ara kawen ngan khai...

      Delete
    3. kita tunggu versi Malaysia macam mana ending nya Milea

      Delete
  12. aku prefer khai lg...dari mukhriz...kikikki...kesian khai..dapat harapan pelesu dari bella..hati kat org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dah habis pun kan siri 100 episod ni.. siapa ye pilihan Ara dalam versi drama Melayu nya ? :)

      Delete
  13. pilih ending 100😀
    Ara dan Christian❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilihan paling popular masa siri tu di tayang kan hehe :)

      Delete