Kari Kerang Bersama Kentang
Tengahari semalam terlebih rajin pula nak masak kari kerang.Lama sungguh tak makan kerang ni, sejak dua menjak harga kerang bukan main mahal ni lah. Ke kedai runcit belakang rumah dengan suami terpandang kerang agak sederhana saiznya. Ana tanya sekilo berapa? Jawabnya RM6.50. Murah lah juga berbanding sebelum ni sekitar RM12 ke RM 10 sekilo. Bukan apa, kerang ni berat kulitnya, saizpun kecil-kecil selalunya, tak berbaloi pula nak membeli. Kali ni jumpa yang saiz sederhana dan harga pun okay, ana terus beli.
Dan nak merendang macam leceh pula banyak proses.Last-last buat masak kari jelah. Suami pula nak ayam goreng kunyit, kenalah ada kuah kari buat basahkan nasi. Ana rebus air, bila mengelegak ,matikan api, masukkan kerang yang telah dibersihkan, tutup dengan tudung periuk yang tak berapa pandai menari..:) Ini antara cara untuk mengelakkan isi kerang kecut bila direbus dan kurang manis bila di masak.Petua lah juga kan, ana pelajari dari rakan lama yang berniaga nasi lemak sambal kerang di Ukay Perdana dulu. Sebabnya sambal kerang Kak Noor ni memang besar-besar isinya tak kecut.
Resepi Kari Kerang
Puaslah juga mengupas kerang sekilo ni bersama kak long.Kak long pun slow kan main mengupas kerang, ibu dah sepuluh dia baru tiga.. tak kisahlah ada juga pembantu.Namun macam biasa lah sambil kupas tiga masuk mangkuk,dua masuk mulut meratah kerang rebus.
Sebenarnya masak kari kerang ni sama sahaja masak kari lain seperti ikan,ayam,daging atau udang. Sama juga cara masak kuah mee kari, cuma bila masak kuah mee kari pastilah cair sedikit kuahnya kan. Semalam bila ana posting di Facebook, ada juga sahabat facebook yang bertanyakan resepinya, dan ana kongsikan di www.anajingga.com. Kadang kala senang dan mudah bagi kita namun ada juga yang tercari-cari di carian enjin untuk mendapatkan resepinya.Waallahu a'lam, semoga bermanfaat buat seseorang.
Bahan-bahan masak kari kerang:
Kerang - direbus,dikupas
Kentang - potong dadu ( untuk memekatkan kuah dan tambahan isian kari sahaja)
Bahan tumisan:
Bawang merah,bawang putih,halia - di tumbuk
Rempah kari daging
Serbuk cili (jika perlu)
Air asam jawa
Santan
Garam
Cara memasak kari kerang:
Bahan tumisan yang telah di tumbuk,gaulkan dengan serbuk rempah kari dan serbuk cili. Cairkan dengan air asam jawa sedikit untuk mengurangkan bau rempah.Panaskan minyak dan tumis sehingga pecah minyak.
Kacau selalu dan masukkan kentang. Kemudian bolehlah masukkan santan. Apabila telah mendidih barulah masukkan isi kerang dan matikan api.Kacau selalu dan rasakan dengan garam. Siap.. senang je kan.
30 Comments
Emmm dapnya Ana..
ReplyDeleteBuat Mee kari kerang pun sedapkan ..
Lama akak tak makan mee kari kerang ni.
Boleh tahan mahal harga kerang sekarang ni ye Ana..
haah boleh je sebagai kuah mee kari CH , sedapkan sesekali makan mee kari dengan kerang ni :)
DeleteLama jugak x beli kerang ni kak ana, oo wani baru tahu petua tuh,, biasa rebus terus sekali dengan kerang, patutla nape kecut. Hii tq kak ana :)
ReplyDeleteye wani, dulu kak ana pun rebus sekali dengan kerang tapi tu lah isinya kecut dan hilang manis.:)
DeleteSedapnyaa kak Ana. Tetiba teringat mee kari kerang :)
ReplyDeletejom nani masak mee kari kerang pula pasni :)buat juadah iftar
Deletesedap2..ni kalau ada balance kan kak...sllu letak bihun ke mee ke..pun sedap..abah el lah ngajo buat cam tu haha
ReplyDeletekan El, letak je mihun atau mee dah jadi menu lain, buh lak taugeh sikit..wallaaaa :)
Deletesedapnya kerang..biasa makan kerang sambal je, xpenah lg rasa kerang kari..hihi
ReplyDeleteerm boleh sahaja Mizz ErMa, rendang, sambal, kari dan masak lemak pun boleh :)
Deletesedap-sedap..bila boleh singgah makan kat sana ya hehehe
ReplyDeletemeh singgah CP, naik ETS turun stesen Rawang ,kak ana jemput :)
Deletennti nk try lah..xpenah masak lg ni
ReplyDeletetry test tengok Sha, nanti hupdate kat belog :)
DeleteErrmmm sedapnya.. Nampak kerang tu macam besar juga... Boleh la try..selalu rebus aje..
ReplyDeleteagak besar juga saiznya Diana, haa dah rebus tu, masakkan kari..sedappp :)
DeleteKalau makan dengan mee, dah boleh jadi mee kari... :)
ReplyDeletekann kakcik buat juadah iftar nanti hihi :)
Deletemacam tingin je nak makan kerang ni ana sedapp lah kalau dpt yg isi besar tu kan
ReplyDeletecuba kak noor adjust lagibagi lebih sedap, nanti share balik kay..master chef puan noor :)
Deletesedapnya sis :)
ReplyDeletesedap Suki, jom masak :)
Deletesedapnya kari kerang tu..tp nak kupas kerang yg xbape rajin..hihi
ReplyDeletehihi samalah ami, kak ana pun malas gak tapi dah lama tak makan kerang ni gagahkan juga lah
Deleteterbayang cicah lempeng..nyummm
ReplyDeletekannn Mar..sedap tu :)
DeleteBiasa buat sambal kerang jer kak ana..nnt nak cuba laa resepi kari kerang kak ana
ReplyDeletecuba lah lya sedap :)
Deletebaru nak cuba..tq
ReplyDeletebestnya, sini payah nak dapat kerang sekarang ni. Selamat mencuba JS :)
Delete