Resepi asas Kek Mentega
Semalam, terlebih rajin pula nak membakar kek. Mula-mula cadang nak buat kek carrot tetapi tak cukup bahan pula, gula perang tak ada dalam stok kabinet.Maka ana buatkan sebiji plain butter cake mudah sahaja untuk sajian petang keluarga. Basic sangat penyediaan untuk membuat sebiji kek mentega mudah ni. Dan sebenarnya ini lah asas resepi sebiji kek. Dan tersaji lah sebiji butter cake yang di hidangkan panas-panas dari oven.
Resepi kek mentega
Bahan-bahan untuk butter cake @ kek mentega
250g butter atau mentega ( ana guna buttercup)
250g tepung kek naik sendiri
180g gula kastor
4 biji telur
1/2 cawan susu segar (pilihan- tak guna pun okay)
esen vanila
Cara-cara:
- Panaskan dahulu oven
- Pukul butter dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan esen vanila
- Ayakkan dahulu tepung kek, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
- Masukkan susu segar.
- Alaskan dulung dengan baking paper atau sapukan mentega pada dulang pembakar.
- Bakar dalam oven pada suhu 180' selama 45 minit atau tambah masa sehingga masak.
~ Selamat mencuba ~
19 Comments
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletesedap NH makan time panas-panas dengan teh O .. :)
DeleteAna minggu lepas pun acik teringin nak buat kek carrot..gula perang tak de acik guna gula castor je Ana
ReplyDeletealahai acik, tak terfikir pula nak gantikan dengan gula kastor tu, pasni nak cuba lah acik, terima kasih ye bagi idea :)
Deletepaling senang nak buat..
ReplyDeletekan Roziah, cepat di masak sedap di mamam hhihi :)
Deletesenang nak buat....antara rajin dengan malas saje
ReplyDeletetu lah azie, kena tunggu mood rajin baru lah menjadi kan :)
Deletesimple je =) rajin dengan tak rajin je ni.. hehe
ReplyDeleteyup betul tu aina :)
Deletesimplenye bahan dia..bleh cuba..mgkin budk2 suka..
ReplyDeletesimple sangat Sha, buat lah weekend ni :)
DeleteSedapnya..lama dah x membakar kek
ReplyDeletetu lah ,AJ pun lama gak tak membaking ni, baru ni start ada mood balik :)
Deletetunggu masa dan mood nak buat jugak ni
ReplyDeletehaha resepi kak noor pasti lagi wallaaaa.. :)
Deletesaya pun suka butter cake
ReplyDeletekan raihannah sedap makan homemade kek ni sekali sekala :)
DeleteNi kek asas ni...
ReplyDeleteminum ptg. Dgn kopi panas... nyamannnn...