AMEZ CARE - KESELESAAN, KEBERSIHAN PENJAGAAN DALAMAN WANITA
Setiap bulan pastinya sebagai wanita kita menghadapi saat getir dalam kitaran haid atau menstruation.Keadaan fizikal mengalami ketidak selesaan dengan aliran haid yang kadang-kala begitu banyak, mengundang rasa ke arah gangguan kestabilan emosi juga. Wanita ada yang terlebih emosi seperti cepat marah, rasa gelisah dan sebagainya.Inilah yang sering kali kita lalui dan wanita yang normal pasti mencari kaedah alternatif yang baik untuk mempastikan aktiviti harian tidak sama sekali terjejas mestipun sedang kedatangan haid. Apa yang perlu ada dan wajib di gunakan ketika haid ialah tuala wanita atau sanitary pad.
Banyak pilihan tuala wanita yang terdapat di pasaran masa kini. Namun ada satu pilihan yang bijak untuk menggunakan tuala wanita yang benar-benar memberi rasa selesa, segar malah menjaga kebersihan dan kesihatan dalaman intim wanita. Hari ini, ana nak kongsikan satu produk yang telah berada di pasaran yang sebelum ini dijual secara online namun kini kita berasa bertuah kerana produk tuala wanita ini boleh dibeli di pasaran tempatan.Inilah dia tuala wanita dengan inovasi herba semulajadi iaitu AMEZ CARE.
TUALA WANITA AMEZ CARE
Dari pengalaman ana sendiri menggunakan tuala wanita AMEZ CARE ini, ianya amat-amat berbeza malah jauh lebih selesa daripada tuala wanita yang biasa ana gunakan sebelum ini. Pertamanya kita akan berasa bersih sepanjang hari biarpun ketika aliran haid sedang banyak khasnya pada hari kedua dan ketiga. Bahagian intim wanita yang sedang menstrual lazimnya akan mengeluarkan bau yang tidak enak kerana darah yang keluar dengan banyak. Apabila ana menggunakan tuala wanita AMEZ CARE, kandungan herba seperti peppermint dan ekstrack lavendernya menghidari bauan yang hanyir kepada rasa selesa pada tubuh badan kita sendiri.
Sudah tentu keselesaan ini hanya kita yang dapat merasai dan membezakannya. Ia memberikan lebih keyakinan diri untuk wanita menjalani aktiviti harian mereka tanpa keterbatasan biarpun sedang dalam kitaran haid yang banyak.Gabungan teknologi moden seperti ion negatif, far infrared dan nano silver di adun bersama herba semulajadi yang amat diyakini keberkesanannya didalam memberi kebersihan dan kesihatan dalaman wanita seperti aloe vera, peppermint, tea plant dan haruman chamomile serta lavender menjadikan AMEZ CARE satu produk yang sesuai dan memberikan kesan positif buat semua golongan wanita.
Dari segi fizikal nya pula tuala wanita AMEZ CARE mempunyai ciri-ciri keselamatan dari kebocoran yang sangat baik. Lihat sahaja lapisan demi lapisan yang terdapat pada setiap helaian tuala wanita AMEZ CARE yang memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Semua keistimewaan pada tuala wanita AMEZ CARE ini adalah untuk menjadikan kita sentiasa bersih, selesa, haruman yang segar sepanjang hari ketika tempuh kedatangan haid. Best dan segar sangat apabila ana sendiri menggunakannya.
Tuala wanita AMEZ CARE di jual dengan 4 pilihan yang sesuai untuk semua wanita aktif serta yang mementingkan kebersihan dan keyakinan di luar sana.
1. AMEZ CARE DAY USE - RM12.90
2. AMEZ CARE NIGHT USE - RM12.90
3. AMEZ CARE PACK (TRAVEL PACK) - RM 9.90
4. AMEZ CARE PANTYLINER - RM 11.90
Sebenarnya kilang asal AMEZ CARE telah pun berada di pasaran untuk pelbagai produk sanitary seperti lampin bayi, tuala dengan jenama lain sejak tahun 2006 lagi namun kini ia memperkenalkan AMEZ CARE kepada umum dan boleh di beli di mana-mana farmasi dan pasaraya terpilih di serata Malaysia.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang produk AMEZ CARE yang awesome sangat ni, bolehlah layari ke laman-laman sosial seperti di bawah :
Laman web : www.amezcare.com
atau
Facebook : www.facebook.com/AmezCare/
atau
Instagram : www.instagram.com/amezcare/
Jangan berlengah lagi, dapatkan keselesaan dan penjagaan bahagian intim wanita dengan AMEZ CARE kerana apabila kita segar dan selesa pastinya kita dapat melangkah dengan yakin setiap hari biarpun ketika waktu kitaran haid. :)
20 Comments
wah cam best je kak ana...nanti nak try cari la teringin gak nak cuba pakai dan rasai sendiri...sy time period emosi memang ke lautan dalam terus peginye...kikiki
ReplyDeletememang best bila memakainya Sha, selesa dan rasa bersih sangat
DeleteBestkan Ana, Amez ni..Yang pantliner dia tu, saya suka..nipis je..yang penting tak gerak smpai masuk ke celahan muntot..hehe
ReplyDeleteyup betul tu Fieza, selesa dan meyakinkan sangat
Deletesalam..
ReplyDeleteyaya singgah melawat =)
waalaikumsalam yaya, tq so much :)
DeleteMacam pernah nampak jer...
ReplyDeleteMrs. A pun nak cubalah nanti
sekarang mudah terdapat difarmasi-farmasi utama serata tempat Mrs A :)
DeleteTak sabar nak cuba.... hope tak sensitif macam tuala perempuan yg lain... ena memang ada masalah sikit bab2 ni
ReplyDeleteoo ye ke ena, AMEZ CARE memang selesa dipakai
Deletesalam jumaat Ana..
ReplyDeletemuga di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yg baik..
Amiin, terima kasih KY :)
DeleteSalam perkenalan...
ReplyDeletememang kena pilih yang berkualiti untuk keselesaan dan kesihatan kita.
salam ukhwah Amy, betul tu :)
Deletewow...pilihan baru...
ReplyDeleteyup Sha, pilihan terkini yang ada dipasaran
Deletekak ana.. jue suka pantyliner dia rasa berangin gitu..
ReplyDeletesebab jue tak pakai pad laa nii kan huhu :)
DeletePenjagaan dalaman wanita mesti sempurna agar ianya tidak berbau.
ReplyDeletePembersihan yang terbaik perlu dipilih agar sentiasa wangi.
tepat sekali KS :)
Delete