Indahnya Suasana Kampung Tradisional Melayu - Bota,Perak
Gambar-gambar ni ana ambil ketika beraya di Kampung Senin, Bota,Perak Syawal yang lepas.Lama dah tersimpan sebagai kenang-kenangan namun hari ini ana kongsikan semula di sini buat tatapan pembaca setia yang singgah di www.anajingga.com. Cantik sangat dan semakin hari semakin payah untuk kita lihat senibina rumah Melayu tradisional di sekitar tempat tinggal kita. Malah di kampung halaman ana sendiri di Teluk Intan, tak banyak dah kelihatan senibina rumah sebegini. Unik dan ada ciri-cirinya yang tersendiri.Rumah arwah Tok ana pun dah tinggal separuh sahaja yang masih mengekalkan senibina lama separuh lagi telah diubah suai menjadi rumah batu kerana faktor usia yang telah lebih enam puluh tahun usianya, banyak bahagian yang telah reput dan untuk memudahkan pembaikan, Wancu menukarkan bahagian dapur kepada rumah batu.
Cuba kita lihat pada seni hias ukiran kayu pada bahagian anjung atap rumah ni. Bukan mudah nak menyiapkannya. Susun atur seperti gerbang kemudian terdapat corak kayu-kayu kecil mencipta motif yang sangat cantik dan unik.Jarang dah rumah-rumah sekarang mempunyai cita rasa senibina begini. Kemudian ana tertarik pada anak tangga batu yang seperti mengalu-alukan kedatangan tetamu ke dalam rumah. Cantik sekali. Diikuti pula anak tangga kayu di bahagian atasnya yang masih mengekalkan ciri-ciri rumah tradisional Melayu Lama. Alhamdulillah.
Kemudian dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan, ana terpandang sebuah lagi rumah tradisional Melayu lama yang tidak kurang cantiknya.Berwarna hijau di tengah-tengah laman yang amat luas tanpa dipagari sekadar ditemani pokok-pokok hijau yang merimbun. Sejuk sekali mata memandang. Seronoknya apabila adik-beradik saudara-mara balik sesekali memenuhi ruang laman yang luas ini.Indahnya mata memandang keindahan desa.Kerana di persekitaran sebeginilah ana di besarkan suatu masa dahulu.Bermain di laman rumah bersama sepupu, main masak-masak sambil memetik pokok bunga di keliling rumah.Nostalgia sungguh.
Kami singgah solat Asar di salah sebuah masjid yang ada di perjalanan Bota ke Teluk Intan ni.Ana tak ingat pula di mana lokasi sebenar masjid indah ini, kalau tak silap di Padang Tenggala sebab teringat lirik lagu nyanyian Os satu masa dahulu, mungkin ana tak pasti lokasi masjid ini. Sebuah masjid yang cantik bersaiz sederhana. Di kawasan masjid ini terdapat beberapa buah pusara yang ana tak tahu milik siapa.
Apapun yang ingin ana konsikan disini, betapa rindunya pada suasana kedesaan Melayu tradisional yang hanya terdapat di beberapa daerah di negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Banyak tinggalan warisan yang masih ada di kampung-kampung Melayu lama ini yang kian hari kian terpinggir.Waallahu a'lam.
36 Comments
Cantek kan seni bina rumah melayu tapi sekarang ni sukar temui walaupun di kampung2.Anak2 kita banyak dah tak kenal rumah2 tradisi ni.
ReplyDeletebetul tu saniah walaupun di kampung jarang dah yang masih mengekalkan senibina rumah tradisional sebegini.
DeleteCantiknya rumah hijau tu..
ReplyDeleteKan sha ,sejuk mata memandangnya
Deletek.ana, zie rasa pernah lalu sini,sebab pernah solat kat masjid tu,bumbung dia hijo tu yg buat ingat..hahaa
ReplyDeletepernah ye zie, hihi masjid ni tepi jalan je kan :)
Deletebest suasana kampung tenang tak buzy buzy.(>.<)Hi sertai segmen ucing mencari binatang :cool:
ReplyDeletebest ucing, tq in shaa allah :)
Deleteteringin nak ada rumah gini
ReplyDeletetu laa suki kan cantik je :)
DeleteZaman sekarang ni susah dah nak tengok rumah tradisi .. Huu design sekarang pun moden2 dah...
ReplyDeletebetul tu wani:)
DeleteWah, interesting! Best untuk belajar serba sedikit sejarah and of course ambil gambar. Wehoooo!
ReplyDeletekalau Pojie pergi sini memang pasti cantik2 laa gambarnya :)
Deletecantik rumah tu kak ana..teringin rasanya nak g jalan2 kat sana..
ReplyDeletekan cantik kan zatie :)
DeleteRumah yang hijau tu cantik!
ReplyDeletekan Hami luas sangat lamannya
Deleteater kampung teman ler ni kak ana... hehe..
ReplyDeleteye ke lia, sekapei la kita yer hihi :)
Deletecantiknya rumah kg..:)
ReplyDeletecantik dan mendamaikan :)
DeleteMemang cantik..
ReplyDeletekan bunda ,sejuk mata memandang
Deletedah lama xsinggah sini...
ReplyDeletehai aneez, lama tak jengok kak ana yer :)
Deletecantik..ciri-ciri rumah melayu lama..
ReplyDeletebetul tu mar, ciri-ciri tradisionalnya yang amat unik
DeleteAna kak memang suka tengok rumah & banggunan lama di Perak.Berek2 lama pun masih ada...
ReplyDeletemasih ada kak di sesetengah kawasan di negeri Perak ni kak :)
DeleteSuka tengok rumah traditional perak..entah bila dapat bergambar kat situ...
ReplyDeleteSA semasa anak kak ana belajr di kuala pilah dulu, kak ana minat sangat dengan senibina rumah kampung di sekitar Pilah dan Seri Menanti cantik2 sangat :)
Deleteseronok tengok reka bentuk rumah traditional..cantik sangat...bagus entri ni..
ReplyDeleteterima kasih Nadia Nurul :)
DeleteSeronok tgk rmh2 mcm ni. Rasa tenang je.
ReplyDeletekann sal ya :)
Delete