Jelly Kelapa Muda Dari Manjung
Jelly Kelapa Muda
Bayang kan korang scoop jelly kelapa muda tu sekali dengan isi kelapa muda yang lembut tu, dengan nikmatnya yang sejuk dari peti ais, wallaaa!! Heaven sangat kan... Haha kejam ko ana..tapi itu lah yang ana nikmati ketika balik kampung minggu lepas. Adik ana yang tinggal di Manjung bawa balik dan simpan dalam peti sejuk beberapa biji kelapa muda mini yang dalamnya ada jelly. Sedap kata ko!!
Jelly kelapa ni pun dia dibuat dari isi dan air kelapa muda bersama gula dan agar-agar. Memang lembut sangat bila kita makan. Bila nak sudu tu, kaut sekali isi kelapa muda pada tempurung kelapa nya. Memang pure dan original lah rasa kelapa mudanya. Memang tak leh cerita sedapnya, kena cuba sendiri baru boleh tahu bagaimana nikmatnya.
Menurut adik ana, harga untuk sebiji jelly kelapa muda ni cuma RM3.80 dan ada juga sepupu ana yang pernah tinggal di TLDM Lumut, bagitau harganya 3 biji RM 10. Tapi dulu lah kata Ija, semasa dia tinggal di sana dulu, sekarang ni mungkin harga yang adik ana baru beli minggu lepas tu RM 3.80 sebiji. Memang berbaloi makan sengsorang puas sungguh.
Menurut adik ipar ana, Julia Alisya, terdapat kedai berhampiran pejabatnya di Sitiawan dan tempat yang mereka beli ni di kedai lama berdekatan dengan Maybank Manjung. Kalau orang Manjung tahu lah kat mana lokasi Maybank Manjung ni kan.
Jadi kalau kebetulan bercuti ke Pulau Pangkor atau Teluk Batik, Lumut dan sekitarnya,jika berada di Manjung, jangan lupa cari-cari la jelly kelapa muda ni atau Mr Cendol. Ana pernah kongsikan kisah Mr Cendol, Lumut ni di SINI .
14 Comments
tengok gambar pun dah terliur
ReplyDeletesedap arz lembut je bila kita makan ni ")
Deleteterliur tengok ni... -.-'
ReplyDeletesedap faizah :)
Deletesedap juga ni
ReplyDeletebetul raihanah memang sedap :)
Deletecik en pernah makan.. mmg sedapp!
ReplyDeletekan cik EN sedap kan :)
DeleteUish sedapnya
ReplyDeletebetul mummy memang sedap ni :)
Deletebestnye jelly kelapa!
ReplyDeletememang best NKNA :)
DeleteWaaa... Sedapnya...
ReplyDeletehaha cik La dalam pantang lagi kan , boleh tengok jelah :)
Delete