Dah lama dah ana nak berkongsi pengalaman menjalani sessi fisioterapi ketika mendapatkan rawatan di Hospital KPJ Sentosa.Alhamdulillah selesai 12 sessi rawatan ana jalani di sini. Memang terasa sangat lega setiap kali selesainya sessi rawatan. Namun bohonglah jika ana katakan tak sakit semasa menjalani sessi fisioterapi ni. Ada rawatan yang sangat sakit dan ada pula yang tidak. Namun kesannya amat positif. Meredakan kesakitan di bahagian belakang yang kita alami. In shaa Allah.



Pernah ana kongsikan pengalaman ketika menjalani pemeriksaan MRI untuk pengesahan bahagian tulang belakang mana yang mengalami slipped disc di KPJ Sentosa di SINI . Setelah mendapat kepastian bahagian tulang belakang yang mengalamni slipped disc, Dr Jamal mencadangkan ana mendapatkan rawatan pertama iaitu fisioterapi.Inilah kali pertama ana akan menjalani rawatan fisioterapi kerana sebelum ini cuma pernah mendengar atau membacanya di internet sahaja. Cuak juga lah bila dengar kena lalui rawatan-rawatan sebegini.Enam sessi pertama perlu ana lengkapkan sebelum berjumpa semula doktor pakar untuk perkembangan seterusnya.Perlu diingatkan juga rawatan fisioterapi di hospital swasta memerlukan kos yang agak mahal juga. Mujurlah majikan suami masih cover untuk ana menjalani rawatan ini dengan membawa GL ke hospital.

Pengalaman Menjalani Rawatan Fisioterapi Slipped Disc



kredit:Google Image

Bilik rawatan Fisioterapi Hospital KPJ Sentosa, Kuala Lumpur ini terletak di tingkat 6. Beginilah gambaran lebih kurang yang ana pinjam dari Google Image situasi di bilik rawatan fisioterapi. Ada dua bahagian satu bilik rawatan bertutup seperti di atas dan satu lagi bilik rawatan peralatan senaman yang terbuka di bahagian hadapan. Alhamdulillah kesemua pakar terapi yang memberikan rawatan disini baik-baik dan menjaga aurat kita sebaik mungkin. Perlu di ingatkan agar memakai seluar longgar ketika mendapatkan rawatan fisioterapi kerana akan ada teknik senaman ringan yang akan di ajar disamping rawatan peralatan yang memerlukan kita melonggarkan pakaian.

Selama hampir dua bulan lebih ana berulang alik ke KPJ Sentosa untuk sessi temujanji rawatan. Kita boleh memilih tarikh dan waktu yang dikehendaki untuk sessi rawatan disini. Dan setiap sessi rawatan mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja.Akan ana kongsikan disini beberapa pengalaman yang ana lalui sepanjang 12 sessi rawatan fisioterapi untuk slipped disc. Ianya hanyalah sebagai catatan pengalaman dan bukanlah boleh digunakan sebagai rujukan perubatan kerana ana bukan lah orang yang sesuai untuk bercerita tentang perubatan dan klinikal, sekadar memberi gambaran secara umum sahaja.

Rawatan fisioterapi Tens




Inilah rawatan pertama yang ana terima disini. Ana berbaring dan bahagian tulang belakang di dedahkan kemudian di pasang pada peralatan seperti di atas. Pad-pad kecil di letakkan di sepanjang bahagian tulang belakang yang terlebih dahulu diuji oleh pakar fisioterapi dengan bertanya kepada kita sama ada terdapat rasa sakit bila disentuh mereka.Pad-pad kecil ini dilekatkan pada bahagian belakang dan sedikit demi sedikit aliran elektrik di sambungkan. Jika kita masih boleh bertahan ia akan ditambah dan sekiranya itu tahap maksima yang mampu kita tahan, ia akan dikekalkan pada kadar tersebut.Ana kurang pasti unit sukatan yang digunakan tetapi apabila kian lama tahap maksima kesakitan renjatan yang mampu ana tahan ialah setakad 90 unit. 




Sepanjang sessi ini, kita akan berasa renjatan elektrik pada tubuh, agak perit juga pada mulanya namun lama kelamaan beransur lega dan bahagian belakang yang tegang tu mulai beransur selesa, In Shaa Allah. Sessi ini berlarutan selama lebih kurang lima belas ke dua puluh minit.

Rawatan Fisioterapi Short Wave




Rawatan secara short wave atau  Diatermi Gelombang Pendek ( Short Wave Diathermy) ini paling menyakitkan. Tidak seperti rawatan secara Tens, apabila dipasangkan pad pada badan, kita ditinggalkan bersama mesin dalam keadaan yang sangat rileks, namun rawatan secara short wave pula, pakar terapi sendiri akan melakukan proses rawatan. Alatan seperti gambar di atas yang bersambung dengan mesin akan di letakkan pada bahagian belakang yang sakit. Sepanjang rawatan ini, Tuhan sahaja yang tahu kesakitan yang kita alami.Terasa seperti seluruh bahagian yang disentuh dicucuk-cucuk dengan jarum-jarum halus.Perit sangat dan pernah satu ketika meninggalkan kesan lebam pada badan ana selama seminggu. Namun itu satu prosedur biasa yang perlu dijalani untuk rawatan fisioterapi short wave, tahan je la sehingga menitiskan air mata. Tempoh rawatan ini juga sekitar 15 minit yang amat panjang bagi ana :(

Rawatan fisioterapi laser


Selalunya rawatan short wave ini diselang seli dengan rawatan secara laser. Maksudnya jika hari itu ana menjalani rawatan short wave, laser tidak digunakan dan sebaliknya. Rawatan secara laser ini sangat tidak sakit malahan tidak berasa apa-apa sekali pun. Satu alatan lampu kecil berwarna merah di kenakan pada bahagian belakang dan ditinggalkan selama lebih kurang 15-20 minit. Pesakit tidak berasa apa-apa ketika proses ini berlangsung.Tak jumpa pula gambar yang sesuai untuk menerangkan rupa mesin rawatan laser ini.

Rawatan fisioterapi Hot Pack




Setiap kali sessi rawatan akan di akhiri dengan meletakkan balutan Hot Pack didalam tuala tebal di bahagian belakang kita. Memang terasa lega sangat dan meredakan kesakitan sepanjang sessi rawatan di dalam bilik fisioterapi ni. Kita akan di tinggalkan berbaring di katil dalam masa 15-20. Ada ketikanya ana sempat terlelap ketika rawatan Hot Pack ini dijalankan, mahu tak...berbaring di dalam bilik berhawa dingin, dengan alunan muzik yang perlahan dan bahagian belakang sedang berasa panas kesan dari pemanasan Hot Pack, lena seketika dan tersedar bila alarm 15 minit berbunyi memanggil pakar terapi masuk. :)Macam-macam ko ana kan !!

Rawatan fisioterapi senaman ringan




Di setiap akhir sessi rawatan fisioterapi slipped disc yang ana jalani, pakar terapi akan mengajar beberapa jenis senaman ringan yang boleh kita lakukan setiap hari di rumah.Ada beberapa teknik yang ana amalkan sehingga hari ini. Selain itu, kita juga di ajar cara-cara atau kaedah yang betul untuk melakukan aktiviti seharian di rumah seperti cara mengangkat objek berat, cara yang betul bangun dari katil, cara duduk yang sesuai dan sebagainya. Alhamdulillah banyak yang dapat kita pelajari dan praktikkan di rumah untuk mengelakkan terjadinya semula sakit belakang atau slipped disc di masa akan datang.

Di kesempatan ini juga ana ingin melakarkan ucapan terima kasih kepada semua pakar fisioterapi di tingkat enam Hospital KPJ Sentosa, Kuala Lumpur antara yang ana ingati nama mereka seperti Shira, Amalina dan beberapa orang lagi. Mereka sangat profesional dan baik melayan ana dan pesakit lain sepanjang tempoh menjalani rawatan disini. 

Ana turut membeli sebuah Hot Pack sebagai bekalan untuk rawatan di rumah dengan harga RM18 jika tak salah. Alhamdulillah kesakitan belakang yang ana alami kian sembuh. Sehingga entri ini diterbitkan, ana masih makan ubat supplement yang diberikan oleh doktor dan masih mendapat pengawasan Dr Jamal Talahah.

Sekali lagi ana maklumkan bahawa entri yang ana kongsikan disini hanya catatan pengalaman yang ana tempohi semasa menjalani rawatan fisioterapi dan bukan lah boleh digunakan sebagai rujukan klinikal dan perubatan. Rujuklah mana-mana laman web perubatan rasmi untuk mendapatkan infomasi yang lebih tepat. Ana sekadar berkongsi pengalaman dan gambaran sahaja disini.
Waallahu a'lam.

Ana juga pernah melakukan rawatan alternatif untuk menghilanglan sakit belakang atau slipped disc dan perkongsiannnya ada di http://www.anajingga.com/2016/09/rawatan-alternatif-pesakit-slip-disc-di.html . Semoga bermanfaat, In Shaa Allah.

kredit foto :Google Image

11 Comments

  1. selamat pagi isnin
    teringin nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih NH, aiipp tak sakit tak perlu laa NH hihi :)

      Delete
  2. info yang sangat bermanfaat...adeh..tapi sakitnya..Allah je yang tau kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Siti, ada treatment yang sakit ada yang tidak :)

      Delete
  3. inilah yang dapat kak ana kongsikan MB, semoga bermanfaat buat semua , in shaa allah

    ReplyDelete
  4. complicated jugak nak faham. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini semua jenis-jenis rawatan yang kak ana jalani GL :)

      Delete
  5. Assalamualaikum kak ana.. sory baru follow blog hihihihi.. sebab sebelum ni guna email lain kan... info yang sangat berguna ni untuk yang sakit pinggang... suami ekin kerap gak sakit.. pujuk g hospital xmau hihihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsaalam Ekin, terima kasih follow kak ana, baik bawa suami dapatkan pemeriksaan Ekin, kita dapatkan kepastian.

      Delete
  6. Saya baru je sebulan kena slip disc.. Masa tidur dia mai kejang tu Allah saja yang tahu peritnya😥😖😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapatkan rawatan dan semoga di berikanNya kesembuhan aamiin

      Delete