SAFI SHAYLA PEK FLEKSI - Pasti Jimat Pasti Menawan Hati
Sebut sahaja SAFI Shayla, amat sinonimlah dengan wanita bertudung. Ini memang telah lama terbukti sejak mula diperkenalkan lagi, wanita berhijab pastinya cenderung meyakini syampu yang dirumus khas untuk wanita bertudung. Umum tahu kami wanita yang menjaga aurat, memakai tudung hampir separuh hari ketika keluar bekerja dan sebagainya. Apabila di rumah, pastinya memerlukan rawatan rambut dan kulit kepala yang boleh memberi kesegaran dan keselesaan sepanjang waktu. Jawapan pasti hanya memilih syampu yang dirumus khas untuk kami, iaitu SAFI Shayla. Wajib ada di setiap rumah.
Ana dan anak-anak ana sendiri hanya meyakini syampu SAFI Shayla. Dan kini, di waktu dan ketika yang sangat mencabar dalam konsep berjimat cermat, SAFI Shayla bijak menawarkan ruang untuk kita terus menggunakannya tanpa perlu risau tentang bajet. Berbelit pula ana ni kan, macam ni lah secara jelasnya, dalam kegawatan ekonomi masa kini, SAFI Shayla memperkenalkan SAFI Shayla Pek Fleksi yang lebih menjimatkan untuk wanita di luar sana.Mana tak jimat, dengan sepeket SAFI Shayla Pek Fleksi ni, kita boleh gunakan sebagai isian semula, boleh juga digunakan sebagai travel pek malahan lebih ringan dan fleksible.
Selepas mencuci rambut dengan SAFI Shayla rasa lebih selesa dan yakin untuk keluar bekerja, ke kolej atau apa sahaja urusan.Bergayalah dengan pelbagai fesyen tudung terkini. Ana memilih untuk memakai instant shawl berwarna pink dari SUGARSCARF kali ini :)
SAFI SHAYLA PEK FLEKSI
Rambut adalah mahkota wanita, namun kita wanita muslimah yang sangat mementingkan penjagaan aurat, pastinya sebaik mungkin memelihara batas-batas aurat selaras mentaati perintah Allah swt. Walau semoden mana pun kita seorang wanita, adalah wajib untuk berhijab menutup aurat dengan sempurna. Namun usah bimbang, kecantikan mahkota wanita yang berhijab tetap terpelihara dengan adanya penjagaan yang sesuai untuk kita. SAFI Shayla adalah kuncinya.
Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkansatu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.“SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. DenganSAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupunsebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.
Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shaylamelengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”
Variasi SAFI Shayla Pek Fleksi Baharu
Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.
Segar Bermaya |
Anti Kelemumur |
Itch Kontrol |
Kawalan Minyak |
Kawalan Rambut Gugur |
Kawalan Rambut Rosak |
Licin Terurus |
Untuk keterangan lebih lanjut sila layari :
Facebook : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram : SAFI@safimalaysia
Youtube : www.youtube.com/safimalaysia
12 Comments
best syampu ni..tak sia2 dpt free hehehe kbai
ReplyDeletepas ni kena beli kan el:)
Deletemacam2 kaler ada
ReplyDeletekan banyak pilihan yang sesuai :)
Deletesalam kak ana!. singgahb.
ReplyDeletetak pernah guna
waalaikumsalam Yana, jom try sekali pasti jatuh hati :)
DeleteSA pun dah jatuh cinta dengan Safi Shayla...wangi jer rambut
ReplyDeleteKan SA sesuai sangat :)
DeleteWahhh ... Rase wangi jer baca entry nih ... Memang best lah ... Kaler pun menarik ...
ReplyDeleteKann Hani, segar je terasa bila ber SAFI Shayla ni :)
Deleteekin pun guna safi shayla ni... comel model pakai tudung pink tu hihihihihi
ReplyDeletebest kan Ekin, haha model pencen dah tuu :)
Delete