Sabtu lepas, kami memang awal-awal dah decided tak nak masuk KL sepanjang hari memandangkan ada satu perhimpunan warna warni di sekitar bandar.Puas lah memikirkan nak ke mana hujung minggu ni. Adik Ika dah bising ajak keluar, stress duk rumah study untuk SPM katanya. Bagus juga bawa dia keluar seketika untuk mengambil udara segar. Mulanya kami bercadang nak ke Pantai Remis, tapi bimbang pula musim hujan petang-petang disini, naya lak kalau ke pantai. Last-last kami terus ke Setia Alam, kat sana boleh lepak kat taman dan kalau hujan pun boleh masuk sahaja ke kompleks shopping mall tu. Nak solat pun senang.Dan hari ini, ana share semula disini, aktiviti petang yang santai di taman hadapan Setia City Mall di Setia Alam ni, memang sempoi...😃😃





Lepak Santai di Taman Setia City Mall


Salah satu tempat tarikan umum untuk beriadah bersama keluarga dan anak-anak di hujung minggu dan hari kelepasan cuti ialah di taman di hadapan Setia City Mall, Setia Alam, Shah Alam. Taman yang di hiasi seni lanskap yang cantik untuk bergambar, di samping pelbagai aktiviti riadah yang boleh di lakukan seisi keluarga disini. Berhadapan Setia Alam Convention Centre kita akan dapat melihat ramai bersantai petang sambil bergambar sakan.




Seperti di kebanyakan taman rekreasi yang lain, antara aktiviti santai yang ada disini seperti permainan 'giant bubble' , sewa basikal, cuma basikal di sini menggunakan kuasa bateri kalau tak salah ana sebab ia tidak perlu di kayuh, ketika kunjungan ana petang tu ada bertanya kepada penyewanya setengah jam sewa berharga RM25. Giant bubble pula RM5 dua bekas. 



Betul betul berhampiran Mall terdapat sebuah tasik buatan. Di sekitar jambatan yang menghubungkan Mall dengan taman ni terdapat ramai kanak-kanak dan juga orang dewasa memberi makan kepada ikan-ikan. Jangan risau sebab ada di jual makanan ikan di atas jambatan ni. Terngiang-ngiang lagi di telinga ana , suara budak perempuan menjual makanan ikan berharga satu peket RM2 , 3 peket RM5.





Lihat sahaja ribuan ikan di dalam tasik yang berebut menikmati makanan yang menjadi rezeki mereka di setiap petang dan hujung minggu. Kenyang laa ikan-ikan ni kan duk dalam tasik ni. 😁😁




Okay laa, malas nak membebel panjang-panjang, apa kata korang enjoy dulu pemandangan di sekitar taman Setia City Mall ni. Mana tahu kalau kebetulan korang berada di sekitarnya boleh lah singgah lepak santai di sini sambil posing-posing kan.
















10 Comments

  1. Kena luangkan masa juga untuk riadah ni...release stress

    ReplyDelete
  2. 😉 Kami sekeluarga pun selalu lepas taman setia siti mall hujung minggu. Meriah. Belon ada. 😍😍 Basikal ada. Anak anak pun suke. Bhdak budak lari sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Mazniza, salah satu tempat yang sesuai untuk aktiviti keluarga di hujung minggu :)

      Delete
  3. Replies
    1. ada masa free nanti boleh je Azwar mai sini :)

      Delete
  4. seronok kalau hujung minggu habiskan masa dengan aktiviti macam ni kan. daripada duk rumah tak buat apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan leyla.. tenangkan fikiran sambil beriadah :)

      Delete
  5. kak ana orang sini ke..lorr..nad asal klang..bulan 12ni nak balik klang..

    ReplyDelete