Kek Milo Kukus Mudah





Subhanallah..senang dan mudah sangat nak masak kek Milo kukus ni. Bahannya pun semua yang ada di rumah sahaja. Bolehlah simpan resepi ni sekiranya last minute ada tetamu yang bakal berkunjung ke rumah kita kan. Hidangkan panas-panas denga kopi O atau teh O. Pasti enak di makan begitu sahaja. Okaylaaa tak payah membebel panjang-panjang, orang bukan nak baca pun, orang datang www.anajingga.com sebab nak dapatkan resepi dan cara nak masak kek Milo kukus ni hokay 😊😊
Resepi kek Milo kukus ni ana dapati dari facebook. Tak pasti siapa yang empunya resepi asal,namun ingin ana rakamkan ribuan terima kasih kerana berkongsi resepi di alam maya ni. Resepi di dalam facebook tu menggunakan acuan bulat berlubang tengah, namun ana tak ada acuan tu, acuan bulat ni pun jadi dengan sempurna, Alhamdulillah..so ana kongsikannya semula disini supaya dapat dipanjang-panjangkan perkongsian yang bermanfaat ini, In Shaa Allah.




Resepi Kek Milo Kukus


Bahan A:

1 cawan Milo
1 cawan susu pekat
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

~ Masak dalam periuk sambil mengacaunya sehingga larut dan sebati ,ketepikan.

Bahan B:

3 biji telur

~ dipukul hingga kembang, masukkan di dalam aduanan A, teruskan mengacaunya supaya tidak berketul~

Bahan C:

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk soda bikarbonat

*ana mneggunakan 2 cawan tepung kek, jadi tak perlukan serbuk penaik dan soda.

~ Ayakkan semua bahan tepung, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan A dan B.~
~ Masukkan dalam acuan dan kukus 45 minit atau sehingga masak~
~Pastikan tutup acuan dengan aluminium foil untuk mengelakkan titisan kukus menitis ke adunan~

Selamat mencuba 😊😊

2 Comments

  1. SA nak cari pengukus..senang buat kek kukus je..adoi..teringin dah ni...

    ReplyDelete