Jalan Pintas Teluk Intan ke Sungkai Melalui Kampung Baru Kuala Bikam
Balik Teluk Intan kali ni, sebab nak ambil Kak Long yang sedang bercuti di rumah Tok Opahnya, sambil nak jumpa baby Adik Anom yang baru lahir bulan Disember lepas. Dah berusia dua minggu lebih dah anak maa long ni. Sempena cuti panjang sambutan Tahun Baru 2017 ana, suami dan Adik Ika balik hari Sabtu 31hb Disember 2016. Macam biasa lah balik Teluk Intan ni,macam-macam acara kami nak buat dengan saudara mara dan sahabat tersayang.
Puas dah tiga hari dua malam di kampung halaman tercinta, hari Isnin 2hb Januari 2017 tu, kami balik semula ke habitat asal. Sekarang ni, suami ana memang jarang nak menggunakan lebuhraya kalau balik kampung. Kami lebih seronok ikut jalan lama. Kali ini, ana nak kongsikan dengan pembaca www.anajingga.com satu laluan alternatif atau lebih kurang 'short-cut' atau jalan pintas terkini yang menghubungkan Teluk Intan terus ke Sungkai.
Kiranya tak perlu lagi masuk ke Bidor atau melalui jalan pintas Bidor- Sungkai. Laluan ini membawa kita terus dari Kampung Baru Kuala Bikam, selepas Jeram Mengkuang tu ke simpang Sungkai.Memang banyak gak 'short-cut'nya. Jimat masa perjalanan tau...👍👍
kredit foto : Google |
Jalan Pintas Teluk Intan ke Sungkai
Apa yang bakal ana kongsikan disini, ialah jalan pintas atau 'short-cut' dari Teluk Intan ke Sungkai melalui Kampung Baru Kuala Bikam. Bermakna jika dari Kuala Lumpur atau Tanjung Malim, korang boleh masuk ikut Simpang Sungkai berhadapan Masjid tu. Nama masjid memang ana tak ingat. Ana dari Teluk Intan ni, melalui Jalan Changkat Jong sehingga ke simpang tiga Kampung Baru Kuala Bikam, berhampiran Jeram Mengkuang. Ada replika buah-buahan di tepi jalan simpang masuk ni seperti dalam gambar sebagai landmarknya.
Kami masuk simpang ni sehingga ke kawasan kampung dan kemudian ada laluan baru yang menghubungkan terus ke simpang trafik light (lampu isyarat) bandar Sungkai. Ada stesen minyak kecil disebelah kiri lampu isyarat ni dan berhadapan tu ada sebuah masjid. Memang cepat dan menjimatkan masa kan.
Sepanjang laluan ni, seronok melihat pemandangan pokok buah-buahan di kiri kanan jalan. Berapa kilometer laluan ni, tidaklah ana ketahui, maklumlah pertama kali melaluinya. Cuma pada pendapat peribadi ana, jika melaluinya di waktu malam agak berbahaya juga kerana tiada lampu jalan disepanjang laluan. Mungkin belum dipasang barangkali kan. Ketika ana melaluinya, kenderaan agak banyak juga di kedua-dua belah hala. Pasti ramai dah mengetahui kewujudan jalan pintas ini.
Ermm, nampak gayanya lepas ini, kami dah boleh sampai ke Teluk Intan atau Sungkai dengan lebih cepat lah setiap kali nak balik kampung. Jimat masa dan jimat minyak, yeay !!!
14 Comments
agak2 waze ke maps ke tunjuk x jaln ni k.ana...ehhehe...Sha xde benda tu..kemana hala laa
ReplyDeletetak pasti Sha, rasanya belum update kut jalan ni di G Maps atau waze sebab laluan baru kan :)
DeleteSy guna waze masa lalu ikut sini
DeleteDah boleh guna waze ye Lailah, terima kasih atas info nya :)
Deletehahaha... kalau bab jalan2 nie kena bagi en husband baca la... idah fail sikit.. selalu pakai waze jer... tekan2 jalan... hikhikhik... btw happy new year sis... :D
ReplyDeleteSamalah AJ pun, duk sebelah je tau nya.. :)
DeleteBoleh waze jalan ni..dah lalu mmg jimat masa
ReplyDeleteBetul tu menjimatkan masa, terima kasih atas info aidit :)
DeleteKalau dari tanjung malim, slim river, ade tak gmbar simpang masuk ke teluk intan tu???
ReplyDeletekalau dari Behrang boleh masuk ikut Jalan ke Felda Besout tu, kalau dari Sungkai ada simpang depan masjid sebelah masuk ke kiri, juga menghala ke Felda Besout tu :)
DeleteVery nice info....tqvm
Deletemost welcome :)
Deletesaya pun antara yang pertama kali dah lalu jalan ni, 1 Jan 2022 dari teluk intan ke kuala bikam hingga jumpa tol sungkai..... Lalu waktu malam tu.... memang agak horror jugak le.... mujur keta pun Alhamdulillah ok. minyak keta mau isi penuh ar.... hahha... okkeh tu ja nak infom....
ReplyDeletekann.. kalau malam gelap gelita tapi kalau hujung minggu banyak kenderaan lalu, betul semoga sepanjang laluan tu kereta cukup minyak dan berkeadaan baik, cuak juga kan, thanks for sharing ..
Delete