Bila kali terakhir korang cetak gambar di kedai? Kalau dahulu kami panggil 'cuci gambar' 😊😊Ana baru sahaja cetak sekeping gambar di kedai bersaiz 6R dengan harga RM4 sekeping..Inilah yang terkini ana cetak gambar selepas beberapa tahun yang lepas tak ingat dah bila. Maklumlah sekarang semua gambar ada dalam smart phone sahaja. Tapi sebab sayang sangat saat-saat manis Reunion MGS yang lalu, ana cetak dan frame kan sekeping gambar dari kiriman Whatsapp ni  dan pamerkannya di ruang tamu rumah sebagai kenang-kenangan. Best sangat bila dah selamat di cetak.Korang?? Bila last korang cetak gambar??