Beberapa hari lepas, ana ada kongsikan kisah jalan-jalan cari makan hingga ke Temerloh,Pahang dalam misi menjejak patin tempoyak. Dah alang-alang sampai ke bandar Temerloh tu,kami sempat lah explore di sekitar bandar ikan patin ni. Seperti yang ana nyatakan dalam entri ikan patin di Selera Patin Bangau (entrinya di SINI ) , kami ke sini dengan bantuan kawan Man jiran ana yang memang orang tempatan. Mereka juga sempat membawa kami melancung , cewahhh kan main... disekitar tempat-tempat menarik ditepian Sungai Temerloh ni. 





Tempat menarik di Temerloh


Lazimnya orang berkunjung ke Temerloh pasti nak mencari ikan patin kan. Sinonim sangat dengan gelarannya Bandar Ikan Patin. Masuk sahaja ke bandar Temerloh dah nampak papan tanda Bandar Ikan Patin, tak kurang juga terdapat banyak kedai makan menyajikan menu ikan patin malahan dekorasi di sekitar bandar turut dihiasi imej ikan patinnya. 




Selepas makan tengahari di Selera Patin Bangau yang heaven sangat tu, kami di bawa kawan Man ke sekitar bandar Temerloh. Di tepian sungai ni, port paling femes dan wajib bergambar di sebuah dataran dengan jeti bertingkat di mana disini, korang bolehlah bergambar dengan latar belakang tulisan Temerloh di seberang sungai sana. Baru lah rasmi sampai ke Temerloh ni kan, sebagai bukti gitu 😉😉



Pemandangan disini menarik juga berkisar di tepian sungai. Airnya tenang ketika itu dan mendamaikan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau tak silap ana, sungai ini sebahagian dari aliran Sungai Pahang dan beberapa hari lepas dikhabarkan sungai ini melimpah dan terjadinya banjir sehingga menenggelamkan sebahagian tulisan Temerloh yang sebelum ini kelihatan. Mujurlah ketika kunjungan kami ianya masih boleh dimudiki dengan menaiki bot.




Inilah antara aktiviti menarik bagi pengunjung ke bandar Temerloh. Menaiki bot panjang menyusuri sungai Temerloh. Jauh juga perjalanannya sekitar setengah jam lebih kurang. Ana tak naik bot ni sebab menemankan Kak Long di jeti kerana Kak Long memang takut nak naik bot. Adik Ika bersama ayahnya, Man, Ida dan kawan mereka yang berpeluang menaiki bot panjang ni. Satu pengalaman baru buat Adik Ika dan suami ana.




Tuu diaa harga menaiki bot panjang bersiar-siar di sungai Temerloh ni. Ada dua pekej yang ditawarkan. Bot yang Adik Ika dan suami ana naik tu cuma berharga RM5 seorang. Cuma yang agak merisaukan pelanggan tidak memakai life jacket. Tetapi memang ada disediakan di dalam bot, cuma tak diberi memakainya ketika menyusuri sungai. 




Dan tak jauh dari jeti sungai ni, terdapat sebuah jambatan gantung yang menyeberangi sebahagian sungai. Menarik juga untuk mereka yang sukakan cabaran dan berani. 




Kami juga singgah solat di masjid yang berada di tengah-tengah bandar Temerloh dan sempat berjalan-jalan di sekitar kedai-kedai yang menjual kebanyakannya pakaian dan tudung. Harga jualan disini tak banyak bezapun dengan di Kuala Lumpur atau mana-mana tempat. Ia satu pengalaman menarik juga buat ana sekeluarga berkunjung ke bandar Temerloh sambil menikmati keenakkan ikan patin tempoyak dan pengalaman menyusuri sungai dengan bot panjang. Alhamdulillah.



9 Comments

  1. Dah setahun lebih rasanya kakcik tak ke Temerloh...dulu pergi sebab suami ada aktiviti di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak cik pernah baca entri kak cik dulu kat temerloh makan patin ke kat FB ke :)

      Delete
  2. Nani selalu jugak ke Temerloh ni jumpa kawan kawan sekolah dulu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jauh sangat kan Nani Temerloh ke Jerantut ni :)

      Delete
  3. tulisan Temerloh tu dulu dah rusak baru tukar baru kann., ;p

    ReplyDelete