Coretan Luka Hati Seorang Perempuan
Perempuan, ciptaan Tuhan yang diberikannya kekuatan dalam hati untuk tabah menempuh setiap ujian yang mendatang. DijadikanNya sebagai penyeri suri hati seorang lelaki. DianugerahkanNya sesuatu yang tidak ternilai sebagai ibu yang melahirkan zuriat penyambung umat. Perempuan hatinya mudah simpati, mudah mencintai, mudah menyayangi, jiwanya lembut namun nalurinya kuat. Nampak lemah tapi disebaliknya mempunyai kekuatan dalaman yang lebih kental dari tubuh sasa seorang kaum Adam. Inilah perempuan yang diciptakan dari sebagai insan yang cukup istimewa.
Tapi, perempuan juga boleh menjadi racun dalam kehidupan insan. Perempuan juga yang bisa menghancur luluhkan hati seorang wanita lain. Aneh! Ketika engkau bergelar isteri, engkau cukup benci dengan kecurangan dalam perkahwinan yang dibina atas dasar saling mencintai. Engkau benci pada perempuan yang merampas kebahagiaan rumahtangga mu, engkau murka pada si pengkhianat, perosok mahligai impian bersama.
Namun, bila engkau wahai perempuan yang mengambil tahta seorang wanita lain yang bergelar isteri, yang merampas kebahagiaan wanita lain, yang menjadi orang kedua dalam rumahtangga wanita lain, bertukar seratus peratus prinsip hidup kamu. Hilang rasa marah atas kecurangan, lantas menjadikan takdir sebagai penyelamat atas alasan percaya pada jodoh.
Berbahagialah engkau wahai perempuan atas penderitaan wanita lain. Ya dah jodoh kan..terima lah hakikatnya, namun jangan lupa pada kifarah. Kebahagiaan yang engkau miliki hari ini, atas airmata seorang isteri yang taat pada suaminya, yang telah melahirkan zuriat-zuriat suaminya, yang waktu sukarnya permulaan hidup rumahtangga mereka ditempuhi bersama, kini kau atas takdir jodoh, mengambil alih segalanya dengan sekelip mata. Bahagialah sementara kifarahNya belum tiba.
Kehidupan bagaikan putaran roda, sehari kau di atas, sehari kau dibawah. Hari ini kamu bangga dengan kebahagiaan mu yang kau canangkan atas airmata insan lain, boleh jadi tak lama lagi kamu pula bakal menangisi suratan yang bakal ditakdirNya. Bersedia lah wahai perempuan. Andai takdir sebegitu bakal menjelma dalam hidupmu tak lama lagi, bersedialah..pada karma yang sedang menanti.
Dan engkau wahai lelaki, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Andainya kau memilih dia kerana nafsu, menggantikan isterimu yang setia, yang taat dan tak pernah berhenti menyintaimu, Tuhan itu amat pengasih dan penyayang sifatNya. Tak akan sia-sia pengorbanan dan kesetiaan seorang isteri disisi Sang Pencipta. Sekalipun dia redha dengan ketentuan takdir, ingat!! Doa insan yang teraniaya sentiasa ada ruang disisiNya. Berbahagialah kamu atas airmata seorang insan yang setia menyintai kamu.
Alangkah ruginya, bila kau mengecewakan, melukakan hati insan-insan yang menyayangi mu ketika permulaan hidupmua, anak-anak yang membesar melihat perilakumu melukai hati ibu mereka yang penuh mengasihi, rugi..rugi sangat zuriat sendiri kau abaikan, yang bakal mengkafankan jenazahmu, menjadi imam solat jenazah mu satu hari nanti.Berbahagia lah kamu atas airmata insan lain selagi bahagia itu milik kamu.. semakin tinggi kau menggapai langit, andai jatuh nanti, pasti parah lukanya.
Aku sebagai pemerhati rentak kehidupan masa kini, banyak kepincangan yang ku amati. Banyak yang tewas dipertengahan jalan,namun atas alasan takdir aku melihat ramai wanita yang terluka sengsara atas angkara seorang yang bernama wanita juga. Kelukaan yang amat payah untuk disembuhkan.
Biarpun masih mampu tersenyum, namun hati mereka hanya Allah swt yang mengetahuinya. Teruslah bangun wahai wanita yang terluka, sujud terus memohon kekuatan dalam menempuhi ujian yang amat berat dalam perlayaran kehidupanmu. Aku pasti kekuatanmu kian kukuh dan kental setiap kali memandang sepasang mata bundar yang menagih kasih sayangmu. Mereka yang kian lama kian dewasa akan dengan sendirinya kenal siapa yang menyayangi mereka sepenuh hati.
Teruslah kuat wahai hati wanita-wanita terluka, biar waktu merawat parutnya, jiwamu yang kuat akan sentiasa menjadi penawar buat anak-anakmu. Tadahkan kedua tanganmu memohon di segenap ruang nafas agar Dia sentiasa memberikamu kekuatan menempuhi liku-liku hidup yang amat berat ini. Yakin dan bersangka baik sentiasa denganNya, perancanganNya adalah yang terbaik buatmu. Dia tak pernah meninggalkanmu walau sedetik waktu....
6 Comments
semuanya pilihan Kak Ana.. nak jadi siapa nak jadi orang yang macam mana.. baik atau jahat.. menyenangkan atau menyusahkan.. semuanya pilihan dan kitalah yang memilih.. semoga kita semua baik2 saja dan dipermudahkan segala urusan..
ReplyDeletewanita harus kuat..!!
betul sangat CT, In Shaa Allah, wanita yang terpilih untuk melalui ujian hebat segini dibekalkanNya dengan kekuatan yang tebal, In Shaa Allah
DeleteSA ingin jadi seorang wanita yang kuat...sbb tu SA x peduli cakap2 org...
ReplyDeleteSA memang wanita yang kuat dan tabah, In Shaa Allah
DeleteNak suh kawan baca entry ni, dia lemah bab perasaan ni 😂 Nak suh dia jadi sorang yang berhati sado 😏💪
ReplyDeleteAamiin, In Shaa Allah semoga bermanfaat buat kawan Nour hendaknya
Delete