Last ana layan drama siri di Astro Maya HD slot Tiara ialah drama siri Lara Aisyah. Pergh!! Memang best sangat siri tu, tak pernah nak miss tonton lakonan Fasha Sandha dan Nazim Othman tu kan. Lepas tu ada dua tiga drama siri ambil alih tak berapa nak kena dengan selera ana pula. Dan baru-baru ni sekali lagi terpanggil nak follow semula sebab tertengok promonya di Astro drama Dendam Aurora ni, dengan pelakon hebat Nabila Huda. Ermm..penerbit pun sama dengan Lara Asyah malahan barisan pelakon pun tak banyak berubah, masih menampilkan beberapa pelakon hebat dalam Lara Aisyah seperti Dian P.Ramlee, Dato Eizlan Yusof, Dato Shah Reza dan lain-lain tu. Apa kata kita try layan mana tahu best mantap juga kan. Jadi ana pun melekatlah depan tv setiap Isnin hingga Jumaat menonton drama siri terbaharu di Astro Maya HD berjudul Dendam Aurora.

,

Pelakon Drama Dendam Aurora :


Dibarisi pelakon-pelakon hebat tanahair antaranya :
Nabila Huda ( Aurora Abdullah) 
Ungku Ismail Aziz (Harris)
Anzalna Nasir (Putri Adrina) 
Shah Iskandar (Haikal Hamzah) 
Dian P Ramlee (Octavia Milner)
Dato’ Eizlan Yusof (Engku Azhar)
Tony Eusoff (Dato Hamzah) 
Fezrul Khan (Ustaz Halim Hamzah)
Dibantu oleh  Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim dan ramai lagi. 

Sinopsis Drama Dendam Aurora: 



Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff). Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia. Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. 


Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim Hamzah(Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya. Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa. Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora. Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut. (kredit sumber : mulan-sahbanu.blogspot.my)

Drama Dendam Aurora ini mempunyai 100 episod dan merupakan adaptasi daripada telenovela Itali yang bertajuk Tuscan Passion. Selain itu drama ini diarahkan Feroz Kader dan Mohd Riza Baharudin serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Mula bersiaran 25 Julai 2017, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Maya HD dan Astro Prima. Jom kita layan hingga ke episod akhir Dendam Aurora ini nanti :) 

Kredit foto-foto : Astro 

6 Comments

  1. banyak drama adaptasi sekarang, tapi ini jalan ceritanya berbeza dari adaptasi novel yang biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari sinopsis Dendam Aurora ni nampak berlainan sedikit jalan ceritanya kan Aryan

      Delete