Buah markisa atau passion fruit ni tak ramai yang mengenalinya. Dari segi rupa mahupun sebagai sajian minuman tak ramai juga yang menggemarinya. Mungkin kerana rasanya yang tak berapa nak sedap seperti buah anggur, epal,jambu dan lain-lain lagi. Untuk di makan begitu sahaja pun tak lah sedap juga kerana rasanya masam dan kurang manis. Tambahan pula buah markisa ni cuma berbiji-biji kecil dan kalau nak makan pun kena telah dengan bijinya sekali. Lebih kurang macam buah delima cuma buah delima ni manis dan sedap. Namun dari pembacaan ana menerusi perkongsian blogger lain, buah markisa ni mengandungi banyak khasiat dari khazanah alam. Benarlah, tiada satupun yang dijadikanNya itu sebagai sesuatu yang sia-sia belaka. 




Buah Markisa 


Inilah dia rupa sebiji buah markisa yang masak. Kenapa tiba-iba ana nak bercerita tentang buah markisa pula ni? Sebenarnya, ana geram sungguh melihat pokok markisa di hadapan rumah sepupu ana di Batu 7, Teluk Intan ketika kami singgah beraya baru-baru ni. Subhanallah merimbun dan buahnya lebat sangat. Nampak cantik dan teduh sekali. Menurut sepupu yang ana panggil Kak Midah, bagaimana nak tahu buah markisa tu dah cukup masak atau tidak ialah cuba pegang ia, kalau ringan tu maknanya dah masak ranum isinya. 




Cuba korang tengok tu, geramkan..bergayutan buah markisa di halaman rumah Kak Midah ni. Tambah cantik bila ia dipara kan menjadi sebagai teduhan di hadapan rumahnya. Buah markisa ni dikatakan banyak mengandungi khasiat untuk kesihatan. Ia seringkali dijadikan jus minuman atau di makan mentah begitu sahaja. Dari pembacaan ana, buah markisa di katakan mengandungi vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.Buah markisa juga mempunyai pelbagai jenis spisis yang berlainan. Bermakna terdapat pelbagai bentuk dan rupa luarannya barangkali kan.


cara buat jus buah markisa

Sebelum ini, pernah ana kongsikan di SINI bagaimana rasanya jus buah markisa yang pernah ana buat dan minum. Masa tu tak begitu explore sangat sekadar jus markisa dengan air gula sahaja. Namun ana rasa kita boleh pelbagaikan lagi rasa jus markisa ni dengan mungkin tambah sedap jika kita masukkan asam boi dan sebagainya sebagai minuman detox untuk kesihatan kan.

Khasiat buah markisa



Disini ana kongsikan kembali beberapa khasiat dari buah markisa yang ana perolehi dari beberapa sumber di laman blog. Mungkin ianya berkesan kepada sesetangah kita mana lah tahu kan. Tak salah mencuba kerana tubuh kita yang berbeza dijadikanNya mungkin ada yang serasi, Waallahu a'lam. 

1. Sebagai Sumber Serat


Buah markisa mengandung serat yang cukup tinggi sehingga boleh melancarkan pencernaan dan buang air besar kerana bijinya yang kaya akan serat.

2. Sebagai Sumber Antioksidan


Markisa mengandung fitokimia betakaroten atau karotenoid yang berperanan sebagai antioksidan yang dapat melawan dan mencegah berkembangnya sel kanser. Antioksidan tersebut dapat larut dalam air, dan dapat menjaga kesehatan tubuh dengan baik.

3. Menjaga Imunisasi Tubuh


Sistem imunisasi dapat menjaga tubuh dari serangan penyakit. Dengan imunisasi tubuh yang kuat kekebalan tubuh akan meningkat dan kesihatan dapat terjaga setiap hari. Ini kerana markisa mengandung vitamin C yang dapat menstabilkan kondisi tubuh.

4. Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi.

Dikatakan juga dengan memakan buah markisa secara rutin atau setiap hari, tekanan darah tinggi dapat distabilkan ke posisi normal.


5. Mengawal Kadar Kolesterol dalam Darah


Juga dikatakan kandungan di dalam buah markisa dapat mengawal paras kolesterol dalam darah.

6. Menjaga Kesihatan Jantung

Telah diketahui bahawa markisa mengandung kalium, mineral yang diperlukan dalam jumlah sedikit namun tetap memberikan manfaat. Salah satunya adalah menjaga jantung agar tetap dalam keadaan sihat dan berfungsi dengan baik.


7. Meningkatkan Ketajaman Penglihatan


Buah markisa mengandung vitamin A dan beta-karoten yang dapat berfungsi meningkatkan kesihatan mata. Dengan pengambilan  buah markisa secara rutin maka penglihatan dan akan menjadi tajam dan terhindar dari rabun.

8. Mencegah Dehidrasi

Kandungan air dari buah markisa cukup tinggi, terbukti dari buahnya yang basah. Selain itu mineral yang terdapat pada buah markisa dapat mencukupi keperluan harian kita dan dapat mencegah dari dehidrasi.

9. Bagus untuk Diet

Menjadi keperluan untuk setiap orang mendapatkan berat badan ideal, bagi yang sedang menjalani program diet, buah markisa bisa dijadikan salah satu menu harian untuk membantu mengurangi berat badan. Kandungan seratnya yang tinggi dapat melancarkan pencernaan sehingga dapat mengurangkan lemak. Selain itu kandungan zatnya dapat memenuhi keperluan tubuh dan dapat mengurangkan rasa lapar.


10. Menghaluskan dan Melembutkan Kulit

Buah markisa mengandung vitamin B yang sangat penting bagi kesihatan kulit. Kulit memerlukan nutrisi akan lebih terasa halus dan lembut. 

Kesemua dan banyak lagi sebenarnya yang pernah ana terbaca dari laman-laman blog dikongsikan pelbagai khasiat dari buah markisa. Mungkin ada yang sesuai dengan tubuh badan kita dan mungkin juga tidak. Walaubagaimana pun setiap yang di jadikanNya pasti akan membawa manfaat buat makhluk di atas muka bumi ini. Wallahu a'lam. Sekadar perkongsian. 

6 Comments

  1. Ingatan buah markisa ni adik beradik buah oren 😂 ehhh, yeke?

    ReplyDelete
  2. ooo tau2 masa kecik2 dah pernah tgk

    ReplyDelete
  3. Mrs. A suka makan macam itu aje.
    Tak sangka macam-macam khasiatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masam juga kan MRS A, tak berkenan lak kak ana :)

      Delete