Khasiat Dan Menu Buah Markisa

by - Monday, May 18, 2015

Khasiat Buah Markisa

Buah markisa dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan.Ia mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga sebagai sumber antioksidan.Rasanya masam-masam manis dan buahnya mempunyai biji-bijian halus yang berselaput.


khasiat buah markisa



Selain itu, buah markisa juga dapat menyelesaikan masalah pencernaan sistem badan, khususnya yang mengalami masalah sembelit.Kandungan beta karoten dalam buah markisa  dapat mendorong perkembangan tulang dan gigi, perbaikan jaringan tubuh, mengurangi risiko arthritis, penyakit Parkinson dan depresi. 

 Buah markisa dapat membantu dalam menurunkan berat badan kerana mengandung  rendah kalori, sodium dan lemak. Walaupun rendah kalori dan juga lemak buah markisa juga kaya akan karbohidrat dan gula alami yang dapat secara cepat meningkatkan stamina setelah melakukan aktiviti riadah. Selain itu buah markisa juga dikatakan mujarab untuk mereka yang mengidap penyakit asma.

Walaubagaimana pun perlu mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang khasiat buah markisa ini dari mereka yang pakar dalam bidang pemakanan dan perubatan.Apa yang ana kongsikan disini adalah secara pembacaan di laman-laman web yang dibimbangi kesahihah sumber rujukannya.


Jus Buah Markisa 

 

cara buat jus buah markisa

 

Jiran ana yang baru pulang dari bercuti ke Cameron Highland telah memberikan beberapa biji buah markisa.Sebiji kami potong dan makan begitu sahaja, namun rasanya agak masam-masam manis.Untuk menghabiskan beberapa biji lagi baki yang ada, ana dan anak telah menjadikannya sebagai jus minuman ringkas.

Buah markisa dipotong dua dan dikeluarkan biji dan isinya.Kemudian dicampurkan dengan air sejuk dan dikisar lumat.Campurkan air gula secukup rasa dan ditambah ketulan ais.Rasanya sedap dan buah markisa berbau harum.Sekiranya memiliki buah markisa dirumah, boleh mencuba resepi mudah jus buah markisa.



~ berkongsi resepi jus buah markisa disini~

You May Also Like

12 comments

  1. Replies
    1. most welcome zulhilmitempoyak :)

      Delete
  2. Blend isi buah sekali dengan biji dia ye kak? Tak keluar ke rasa pahit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Sha, tak hancurpun jadi macam selasih tu, sebab dia kan tak ada isi hanya bijian berselaput sahaja Sha .

      Delete
  3. sedap...ada yang buat cam puding..apa ntah namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke Mar, lain kali kak ana cuba kalau ada lagi buah markisa ni.Tq for the info.

      Delete
  4. kwn sy suka betul buah markisa ni kak ana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana kurang pula anamizu, sesekali bolehlah nak merasa :)

      Delete
  5. macam rupa isi durian belanda pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal.. lamanya tak makan buah durian belanda..payah nak jumpa laa ni :)

      Delete
  6. CT tak pernah makan yang raw mcm ni.. air pernah gak rasa
    tu pun yang kordial hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru-baru ni kak ana pun dapat rasa yang jus markisa dalam botol ni, sedap gak lah.

      Delete