Lepat pisang, lepat labu antara nama-nama kuih Melayu tradisional warisan ibunda yang kalau tidak terus diketengahkan kian lama kian dilupai oleh generasi muda masa kini. Gen Y la kan, tak ramai yang menggemari kuih-kuih tradisi lama ni, ramai yang lebih menggemari kuih-kuih moden yang pelbagai dan mudah di dapati. Bentuk dan rupa paras kuih moden kini kebanyakannya cantik dan nampak menyelerakan. Namun sebagai penyambung warisan tradisi lama, ana tetap akan mencoretkan di sini,pelbagai warisan Melayu masa silam yang tak kurang sedap nya. Kali ini ana nak kongsikan dengan pembaca www.anajingga.com ,kuih lepat pisang yang sedap di makan dengan kopi O di waktu petang gitu.



Walaupun sebenarnya mudah sangat nak buat lepat pisang ni, tapi bukan semua orang pernah buat kan. Ada yang tak tahu juga bagaimana cara nak buat atau masak lepat pisang. Lepat pisang ke lepat labu ke sama sahaja kaedahnya. Jom ana kongsikan buat anak-anak muda yang tak pernah buat lepat. Alaa, ana tahu lah kan, korang nak tanya korang malu kan, hihi. Jadi kalau ada yang mencari dari carian Google dan SE lain dan terjumpa entri ana ni, meh, ana tunjukkan cara nak masak lepat pisang.

Cara nak buat lepat pisang :


Bahan-bahannya :

Tentulah pisang, kalau nak buat lepat labu kena lah ada labu.
Tepung gandum
Kelapa parut putih
Garam
Gula
Daun pisang (daun pisang ni perlu dilayurkan di atas api seketika supaya lembut dan tidak mudah koyak bila dilipat nanti )

Caranya :

Ana gunakan sesikat pisang awak yang telah masak ranum. Lenyetkannya dengan sempurna dan campurkan dengan tepung gandum. Jumlah tepung gandum ni bergantung kepada pisang juga jangan terlalu banyak nanti keras hasil lepatnya. Agak-agaklah dalam beberapa sudu besar sambil menggaulkannya dengan pisang lenyet tadi. Campurkan sesudu gula dalam bancuhan kerana pisang awak ni agak tawar rasanya.


Untuk intinya, ana gunakan kelapa parut putih menggantikan kelapa muda.Sebab di kedai runcit memang susah nak dapatkan kelapa muda. Kelapa muda lagi sedap sebagai inti. Kelapa parut putih bermaksud tanpa kerak hitam tu. Gaulkan dengan secubit garam. 


Cara nak bungkus lepat pisang pula, korang sudu kan dahulu adunan pisang tadi ke atas daun pisang yang dipotong empat segi. Kemudian sudukan pula intinya di bahagian tengah adunan pisang. Lipat daun pisang dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri dalam masa yang sama kemaskannya. Lipat bahagian hujung kedua-duannya ke bawah. Gunting untuk kemaskannya. 



Dah siap semua, didihkan air dalam kukusan. Susun lepat dalam kukusan dan kukus lebih kurang setengah jam. Siap untuk hidangan petang yang enak resepi tradisi warisan ibunda.

14 Comments

  1. sedapnye kak..lama xmkn..sha duk perak jumpa laa nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Sha, Perak memang antara menu feveret lepat pisang atau labu ni :)

      Delete
  2. SA pun suka lepat pisang macam ni kak ana....suka letak inti kelapa putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SA, bila lepat kita buat sendiri puas hati inti sedap sebab kadang-kadang yang dijual tu ada juga yang menggunakan hampas kelapa sebagai intinya, mungkin nak untung lebih agaknya :(

      Delete
  3. Sedapnya, dah lama tak makan lepat pisang ;)

    ReplyDelete
  4. Rasa teringin pulak...macam kena cuba aje resepu ni tau

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. sesekali menikmati sajian tradisional kan Mimi :)

      Delete
  6. seapnyer lepat pisang...time petang makan enak!

    ReplyDelete