Memang satu masalah pada kita ibu bapa ni bila nak lepaskan anak-anak bermain di luar rumah ketika waktu petang. Sebenarnya sangat bagus untuk kanak-kanak aktif bermain di taman atau persekitaran luar rumah selain dari hanya tinggal di dalam ruang rumah sahaja. Apabila anak-anak berada di luar, mereka akan lebih berinteraksi dengan kawan-kawan, bermain dengan aktif dan sihat berpeluh untuk kecerdasan fizikal dan bagus juga untuk daya fikir mereka.Walau bagaimanapun, perlulah di bawah pengawasan kita ibu bapa, jangan terlepas pandang kerana banyak bahaya yang akan mengundang.



Selain dari faktor keselamatan, salah satu faktor yang kita bimbangi sangat ialah kehadiran serangga khasnya nyamuk. Gigitan nyamuk ni, amat merisaukan kita untuk melepaskan anak-anak bermain di luar rumah. Apa tidaknya, penyakit yang berbahaya kesan daripada gigitan nyamuk seperti Demam Denggi dan baru-baru ini, timbul pula virus Zika benar-benar menakutkan dan menterbataskan pergerakan kanak-kanak untuk aktif di luar rumah. Tapi kini, ibu bapa boleh menarik nafas lega kerana adanya CARRIE MOZZIBUSTER losyen yang dirumus khas untuk menghalau nyamuk dari mengganggu keselesaan anak-anak kita.

CARRIE MOZZIBUSTER - Losyen Penghalau Nyamuk Untuk Kanak-kanak

Kes denggi bukanlah suatu perkara yang asing di Malaysia dengan kadar peningkatan yang tinggi di kawasan bandar dan pinggir bandar. Tahun lepas sahaja terdapat lebih daripada 75,000 kes denggi yang melibatkan 166 kematian. Kebangkitan virus Zika kini menjadi satu lagi kebimbangan pada masyarakat. Menurut fakta dari WHO1, perlindungan terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegah penyakit yang berpunca darinya. Langkah-langkah pencegahan harus diteliti terutamanya pada waktu siang dan penglibatan pencegahan yang aktif terhadap kanak-kanak.


CARRIE, sebuah jenama yang dipercayai ibu bapa mengeluarkan produk penjagaan diri kanak-kanak seperti mandian dan rambut, syampu, dan bedak talcum yang menyeronokkan dan penuh imaginasi. Carrie amat memahami kebimbangan ibu bapa. Bagi membantu minda kanak-kanak terus bekembang dengan cara bermain dan berimaginasi di dalam dan di luar rumah. Carrie telah mengambil masa 2 tahun bagi membangunkan produk ini secara teliti dan ia didaftarkan di bawah badan berkanun iaitu Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

CARRIE berbangga  memperkenalkan 2 produk baharu untuk menghalau nyamuk. CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dan CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dengan UV (dengan Perlindungan UV). Kedua-dua losyen ini telah diuji untuk menghalau nyamuk sehingga 8 jam.

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion



CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi pelindungan di dalam rumah.Contohnya, sapukan losyen CARRIE MOZZIBUSTER  pek hijau ni pada kanak-kanak di waktu senja untuk menggelakkan mereka dari gigitan nyamuk yang mungkin ada di dalam rumah diwaktu malam.

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV 


CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV dilengkapi dengan perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah. Sesuai dengan perlindungan UV ia sesuai untuk disapu pada kanak-kanak yang aktif bermain di luar rumah. 

Cara penggunaan CARRIE MOZZIBUSTER Losyen Penghalau Nyamuk : 

Sapukan losyen CARRIE MOZZIBUSTER pada bahagian kulit yang terdedah. Penggunaan semula disyorkan pada setiap 6-8 jam atau lebih awal jika keberkesanan perlindungan berkurang disebabkan berpeluh atau pendedahan pada air. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL.

BACA LABEL SEBELUM GUNA!!



Review dari ana setelah menggunakan CARRIE MOZZIBUSTER Losyen Penghalau Nyamuk ini beberapa malam di dalam rumah, ana buka pintu rumah dan Alhamdulillah tiada gigitan nyamuk pada badan. Bauannya lembut, sedap dan agak wangi juga tanpa ada bauan racun serangga atau aerosol. Ia melembabkan kulit juga dan sangat sesuai untuk digunakan pada kulit kanak-kanak.

Kedua-dua CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati dalam pek mudah dibawa bersaiz 50ml dan 100ml. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia. 

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM 9.90(Semenanjung)*/ RM 10.40 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 50ml.
RM 14.90 (Semenanjung)*/ RM 15.60 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 100ml

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV pula dijual pada harga RM 10.50 (Semenanjung)*/ RM 11.00 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 50ml.
RM 15.50 (Semenanjung)*/ RM 16.30 (Sabah & Sarawak)* for 100ml
*Harga termasuk GST. 

15 Comments

  1. wow losyen halau nyamuk.. something new..

    btw.. blogwalking and follow here..

    ReplyDelete
  2. Bagus produk ni... bimbang rasanya ddk kawasan berisiko denggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Bonde, satu langkah pencegahan yang bagus untuk anak-anak :)

      Delete
  3. terimakasih atas informasinya.. dan jangan lupa kunjungi link kami
    di https://goo.gl/8fRVgX

    ReplyDelete
  4. WAHH ADA LOSYEN PULAK YE.. BESTNYA... TQ TAU KAK ANA SHARING..


    YANEIYUSUF.COM

    ReplyDelete
  5. comel packaging dia..mak2 budak pun suka ni, haha

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Bgauskan Sha untuk perlindungan kanak-kanak :)

      Delete
  7. Berapa umur baby boleh pakai nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti tentang baby, tapi rasanya boleh sahaja kerana ia memang di formulasikan untuk kanak-kanak dan kegunaan luaran sahaja kan :)

      Delete