Baru-baru viral di group tempatan Teluk Intan mengenai keselamatan di jambatan Batu 5 yang menghubungkan Teluk Intan dengan Manjung ke Lumut, Perak. Dengan beberapa posting dari anak-anak tempatan Teluk Intan, akhirnya mendapat maklum balas segera dari beberapa pihak berwajib yang dengan pantas mengambil tindakan sewajarnya. Semoga tindakan sewajar di ambil oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing supaya keselamatan pengguna jalan raya terjamin, In Shaa Allah. 
Image result for jambatan sultan yusuf teluk intan
Kredit foto :HMetro
Jambatan Sultan Yusof atau lebih dikenali dikalangan anak tempatan sebagai Jambatan Batu 5, ni memang sibuk dan seringkali berlaku kesesakan lalu lintas pada hujung minggu atau musim perayaan.Lama dah jambatan ini terbina, menurut wikipedia ia mula digunakan pada tahun 1988 dan secara rasminya pada tahun 1990.Ia dibina sepanjang 1,300 meter. Mungkin laluannya yang dua hala itu tidak mampu lagi menampung jumlah trafik yang lalu lalang disini saban hari. Apapun semoga segala masalah teknikal yang dihadapi dapat di selesaikan dengan sebaik mungkin oleh mereka yang pakar dalam bidangnya. 

Image may contain: 1 person, smiling, text
Sumber :JKR Hilir Perak

Satu notis hebahan dari JKR Hilir Perak, memaklumkan bahawa Jambatan Sultan Yusof bakal di tutup kepada laluan kenderaan selama 1 hari  iaitu bermula dari 12 Ogos 2017, Sabtu ini (jam 5:00 pagi ), sehingga 13 Ogos 2017, Ahad (jam 5:00 pagi) untuk kerja pembaikan.Pakar jambatan JKR Malaysia telah menjalankan kerja siasatan terperinci.

Dan sehari selepas pemeriksaan di jalankan sekali lagi dimaklumkan melalui page JKR Hilir Perak PENUTUPAN JAMBATAN SULTAN YUSOF BATU 5, TELUK INTAN DILANJUTKAN SEHINGGA 28hb OGOS 2017.

UPDATE TERKINI!
PENUTUPAN JAMBATAN DIJANGKA SELAMA 4 BULAN & LALUAN-LALUAN ALTERNATIF LAIN  , ENTRI PENUH DI SINI

Kredit sumber : JKR Hilir Perak


Jalan Alternatif Teluk Intan ke Manjung, Lumut 

kredit Sumber :JKR Hilir Perak


Sehubungan dengan itu, di sarankan kepada pengguna untuk menggunakan laluan alternatif untuk kedua hala dengan menggunakan laluan  (Jalan Teluk Intan - Bidor FT058, Jalan Teluk Intan FT109, dan Jalan Pintas Kg. Gajah - Ulu Dedap A18) sepanjang tempoh kerja. Boleh hubungi JKR Hilir Perak (05-6221166) untuk pertanyaan. 


Sumber: JKR Hilir Perak

Laluan tu pernah ana lalui ketika Hari Raya yang lalu dan memang agak jauh juga perbezaan jaraknya, namun itulah salah satu alternatif yang ada untuk digunakan. Pengguna perlu melalui laluan ke Kampung Bahagia menuju ke Kampung Gajah sehingga ke Bota Kanan untuk sampai ke Manjung atau Sitiawan. Harap pengguna jalan raya dapat bersabar kerana segala usaha yang dijalankan oleh pihak berwajib adalah untuk mempastikan keselamatan dan keselesaan kita di masa hadapan. 

3 Comments

  1. Alamak.. Makin seboklah jalan-jalan lain bila tutup jambatan ini.. Moga kerja baik pulih berjalan lancar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Sha, kesannya jambatan Kg Bahagia sehingga ke Kampung Gajah agak seksa di waktu puncak, tapi ialah ia bukan satu proses yang mudah untuk dibaik pulih demi keselamatan pengguna di masa depan kan. Bertabahlah buat sementara.

      Delete
  2. InsyaAllah bila siap nanti sama2 dpt manfaatnya :)

    ReplyDelete