Siapa lah ana untuk memberi tips dalam dunia blogging ini. Ana sekadar blogger picisan yang tak punya apa-apa kelebihan pun dalam dunia blog yang luas. Bukannya insan yang dikenali pun, menghadiri event-event pun baru sekali dua bersua muka dengan rakan-rakan blogger. Namun ana terpanggil juga untuk menulis sesuatu yang mungkin boleh di jadikan garis panduan bagi yang ingin menjadi seorang penulis di blog. Untuk tips-tips blogging dan teknik seo sebagainya, rujuk lah ke mana-mana blog sifu-sifu blogger seperti blog saudara Hasrul Hassan, Denaihati dan ramai lagi. 

Related image


Mengapa anda ingin menjadi seorang blogger ? Tanya kan soalan ini pada diri anda, dan untuk ana, di awal pembabitan dalam menulis blog ialah ana tertarik sangat dengan perkongsian dari blogger-blogger yang lebih awal berkongsi info yang ana cari dari carian enjin. Bermula dengan ana mencari info penginapan percutian, di mana segala info ini diberikan dalam bentuk penceritaan oleh blogger dalam entri-entri mereka. Dari situ lah ana belajar untuk turut serta berkongsi dari catatan pengalaman ana sendiri. 

Paling seronok bila entri kita boleh dicapai di laman pertama carian enjin khasnya Google. Semua ilmu seo asas ini ana pelajari sendiri dari blog sifu Hasrulhassan.com . Rajinlah selongkar blog beliau dan banyak teknik yang dikongsikannya dalam entri-entri beliau. Terima kasih HH. Nak cari ilmu,kena lah belajar kan, kalau tidak jadi lah blogging sekadar syok sendiri. 

Image result for follower

Bila kita menulis ni,kita hendak sampaikan kepada pembaca. Follower merupakan pembaca setia blog kita. Follower ini umumnya adalah dari kalangan blogger itu sendiri. Tak dinafikan mereka juga adalah penyumbang kepada trafik ke blog kita. Kerana itu bilangan follower yang ramai juga dapat membantu menaikkan trafik blog. Bagaimana untuk mendapatkan ramai follower di blog ? Tips dari ana, rajin-rajin follow blog blogger lain. 

Image result for blogwalking

Caranya, selalu blogwalking ke mana-mana blog kenalan follow dari ruang komen mereka kerana dengan itu kita akan dapat tahu mereka merupakan blogger yang masih aktif untuk di follow. Dan bila dah following tu, kena lah tinggalkan jejak kay, kalau tak tuan blog tak sedar pun kewujudan kita. 

Selain itu juga, rajin-rajin singgah dan komen di blog insan-insan popular dalam dunia blog, komen di setiap entri yang kita baca, ini kerana di sanalah lubuk blogger berkumpul. Dari sana kehadiran kita sesama blogger akan di sedari kewujudannya. Bukan setakad blog, rajin-rajin juga munculkan diri di media sosial top-top blogger ni dan lama-kelamaan nama kita akan dikenali sedikit sebanyak.


Selain itu, untuk kita dikenali dalam dunia blog dan media sosial inilah ciptakan satu penjenamaan. Ana menggunakan anajingga sebagai satu jenama agar mudah dikenali. Bayangkan, blog menggunakan nama lain, Facebook pula nama lain, Instagram , email, twitter pun berlainan nama, pasti kita payah untuk di kenali dan diingati. Nama yang dipilih pula biarlah tidak terlalu panjang dan mudah diingati. Jadi bila terpandang sahaja satu jenama, inilah sebagai satu label untuk orang mengenali kita , mudah kan. Wujudkan satu warna tema untuk jenama kita,logo contohnya yang mana bila orang sebut anajingga terus teringat warna jingga atau oren sebagai contoh.



Dalam tips penulisan di blog ana pecahkan kepada beberapa slot. Mungkin ramai di kalangan sahabat blogger perasan yang ana banyak menulis advertorial dan review di blog. Advertorial dan review merupakan salah satu cabang rezeki buat seorang blogger. Ada advertorial berbayar sehingga ratusan ringgit untuk sesebuah entri dan ada juga gift review. Apapun penerimaan nya kenalah ada win-win situation diantara pengiklan dan blogger itu sendiri. Bijaklah menerima tawaran, jangan terlalu ghairah, In Shaa Allah di entri akan datang, ana akan kongsikan tips peluang menjada income dari blog dari advertorial.

Dan bila kita terlalu banyak menulis review dan advertorial ni,lazimnya pembaca akan jemu dan lama kelamaan mereka akan meninggalkan blog kita. Oleh itu perlu bijak menarik minat pembaca setia kita dengan membahagikan beberapa slot dalam seminggu contohnya. Untuk ana, selalunya ana akan hadkan advertorial maksima tiga slot sahaja seminggu dan perlu di selang selikan dengan entri personal lifestyle, entri untuk trafik dan entri untuk trafic organic dari carian enjin.

Image result for keywords

Untuk entri personal lifestyle ni juga pastikan ada keywords dan teknik seo yang membolehkan ia dicari di carian enjin dan bakal mengundang trafik ke blog. Entri personal ni, boleh sahaja tentang gaya hidup kita seharian, contohnya apa yang kita masak - entri resepi yang paling banyak menyumbang trafik, di mana kita makan yang best-best, kisah percutian, tips keibu-bapaan dan sebagainya. Semua ini jika kena dengan keywordsnya mudah sahaja di capai di carian. Bijaklah bermain dengan keywords, contohnya apa yang orang akan cari di SE daripada entri kita tu.

Jujurnya trafik ana bukanlah puluhan ribu setiap hari, namun ana pernah bertanyakan kepada seorang sifu dunia blog dan menurut beliau, tak perlu kejar ratusan ribu trafik yang penting ia adalah organik dan memberi manfaat buat insan di luar sana.Kita perlu peka pada search keywords yang masuk ke blog kerana semua itu ada saham akhiratnya juga. Entri yang sensasi, viral,kontroversi, semasa, gossip antara yang mudah mendapat carian di SE, tapi banyak yang harus kita jaga dalam entri sebegini kerana bimbang adanya aib, aurat, fitnah dan sebagainya yang mana disitu ada dosa dan pahalanya, Waallahu alam.Kerana itu ana lebih suka menulis dalam niche Lifestyle ni. Bukan kisah orang lain tetapi kisah kita sendiri yang mana mungkin ada manfaat buat orang lain.

Related image

Selalulah check search keywords yang masuk, ia bagaikan tapisan untuk kita tahu apa yang orang cari dari blog kita.Ana juga tidak berani menulis tentang hukum-hakam kerana ana bukanlah ahlinya.Untuk menulis sesuatu fakta pastikan sertakan sumber dari mana info tersebut diperolehi agar jelas. Rujuk lah pakar-pakar dalam bidang penulisan mereka untuk mendapatkan ilmu yang lebih luas dalam dunia penulisan blog. Berhati-hati kerana setiap apa yang kita terbitkan di blog kita harus bertanggung-jawab di atas penulisan kita dari dunia hingga akhirat.

Image result for bloglist

Selain dari apa yang ana coretkan di atas, blog list juga salah satu penyumbang trafik ke blog. Kadang-kadang mungkin ianya sesuatu yang kecil sahaja sumbangannya, namun percayalah apabila kita berada di bloglist ramai blogger, dengan tajuk dan entri yang menarik, dapat juga menarik pembaca untuk singgah ke artikel kita.Nak-nak lagi berada di bloglist blogger-blogger yang hebat trafiknya, tumpang tuah kata orang kan..dan disini, tajuk entri memainkan peranan untuk pembaca masuk. In Shaa Allah.

Okaylah, setakad ini sahaja yang dapat ana kongsikan sebagai panduan kita bersama dari seorang blogger picisan yang kian meniti usia. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi cetusan idea dan ilham untuk menulis. Rajin-rajin update entri agar blog anda tidak dilupakan. Jangan terlalu banyak advertorial dalam seminggu, ambil masa blog walking dan kembangkan networking dalam dunia media sosial. Dan yang paling penting sentiasa ingat setiap sesuatu yang kita terbikan itu ada dosa pahalanya. In Shaa Allah, yang baik semuanya dari Allah swt dan yang tidak dan khilaf adalah dari kekerdilan ana sebagai hambaNya yang tidak sempurna.

*credit photos to owner 

25 Comments

  1. YUp betoi tu ana. Pakcu pown masih terkial-kial lagi, huhu, thanks untuk tips ni, Pakcu baca dengan tekun taw.

    ReplyDelete
  2. semua tips yang berguna..thanks sharing kak ana..SA blogger picisan..

    ReplyDelete
  3. Yup... sangat setuju tu Ana Jingga.. LeYa pun memang belajar dari sifu blogger HH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rajin mencari ilmu blogger ni kan LeYa. terima kasih pada HH yang banyak berkongsi ilmu

      Delete
  4. Thanks kak ana banyak yang miza dapat dari sharing ne

    ReplyDelete
  5. Thanks sharing kak ana...jmput singgah www.hakimramli.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Lokman, all the best ya :)

      Delete
  6. betul apa yang k.ana kongsi tu..k.ana pun antara blogger inspirasi sha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Sha, antara sahabat blogger yang kak ana ikuti dari awal pembabitan kak ana dalam dunia blog.

      Delete
  7. Boleh blaja lagi ni... Jauh sangat lahi paah ni...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/29/pengalaman-puan-hanisah-kecutkan-cyst-semasa-mengandung/

    ReplyDelete
  8. Tq kak ana.. tips yang cukup berguna utk blogger termasuk lya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Lya, semuanya kita dah kongsikan di group dulu kan:)

      Delete
  9. Terima kasih atas perkongsian. Betul, nak tulis kena hati-hati dan berfakta.. tapi saya memang suka baca blof anajingga sebab santai dan seolah2 bersembang dengan pembaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih Nur Sabrina, semoga bermanfaat :)

      Delete
  10. alolo suwitnya Ain, lama tak baca bebelan kak ana kat group ye :)

    ReplyDelete