Menu sandwich ni paling senang nak di sediakan sebagai sarapan pagi. Tak pun kalau dulu ketika anak-anak bersekolah pun, ana rajin buatkan sandwich untuk bekalan mereka. Kadang-kadang anak-anak ni komplen jemu makan makanan di kantin sekolah, jadi bila rajin ana buatkanlah juga bekalan untuk mereka. Senang, sandwich ni buat siap-siap malam tu simpan dalam tupperware dan letak dalam peti sejuk. Esok pagi anak-anak terus bawa bekalan depa ke sekolah.


Sandwich Tuna

Kalau tak sandwich telur, ana suka buat sandwich Tuna. Kalau dulu masa kat kampung, sandwich sardin tin je la. Sekarang ni dah tambah sedap bila kita menggunakan tuna dalam tin. Nak-nak lagi dari Ayam Brand kan..sedap dan segar sangat rasanya. Bukan apa sebab Tuna ni sejenis ikan yang kita makan mentah bila di buat sandwich,jadi perlu elok sngat olahan nya agar tak hanyir dan memikat selera anak-anak. 


Bahan-bahan untuk sandwich Tuna :

1 tin Tuna
Roti 
Bawang besar
Cili api (kalau tak letak pun okay untuk kanak-kanak)
Tomato ceri
Asam limau kasturi
Mentega
Mayo
Lada sulah
Garam
Salad


Cara-cara untuk membuat sandwich Tuna :

- Sapu roti dengan mentega.
- Hiris halus bawang besar , tomato ceri dan cili api. 
- Satukan bahan seperti Tuna, bawang, cili dan tomato ke dalam mangkuk.Gaul rata.
- Masukkan mayo, serbuk lada sulah dan garam.
- Perahkan sedikit jus limau kasturi.
- Alaskan roti yang telah disapu mentega dengan salad.
- Letakkan adunan tuna dan tutupkan semula dengan sekeping roti lagi di atasnya.
- Tekan kemas dan boleh di potong kepada dua bahagian untuk mudah di makan.
- Jika nak, boleh sahaja buangkan bahagian kerak roti.

8 Comments

  1. Sedapnya sandwich dah lama tak makan sebab anak2 n somi kurang gemar. Klu buat miza sendiri yang makan x best nak rasa air tangan kak ana boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. O ye ke Miza, haah selera lain-lain kan..meh datang kak ana lanjer sandwich kat Miza nnt hihi :)

      Delete
  2. Replies
    1. betul tu CCL cepat dan mudah dan kenyang :)

      Delete
  3. Mmg sedap sandwich ni dah cukup kenyang pda waktu pagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan Cik Puan Ena, lazat dan yang penting kenyang :)

      Delete