Sandwich Tuna Untuk Sarapan
Menu sandwich ni paling senang nak di sediakan sebagai sarapan pagi. Tak pun kalau dulu ketika anak-anak bersekolah pun, ana rajin buatkan sandwich untuk bekalan mereka. Kadang-kadang anak-anak ni komplen jemu makan makanan di kantin sekolah, jadi bila rajin ana buatkanlah juga bekalan untuk mereka. Senang, sandwich ni buat siap-siap malam tu simpan dalam tupperware dan letak dalam peti sejuk. Esok pagi anak-anak terus bawa bekalan depa ke sekolah.
Sandwich Tuna
Kalau tak sandwich telur, ana suka buat sandwich Tuna. Kalau dulu masa kat kampung, sandwich sardin tin je la. Sekarang ni dah tambah sedap bila kita menggunakan tuna dalam tin. Nak-nak lagi dari Ayam Brand kan..sedap dan segar sangat rasanya. Bukan apa sebab Tuna ni sejenis ikan yang kita makan mentah bila di buat sandwich,jadi perlu elok sngat olahan nya agar tak hanyir dan memikat selera anak-anak.
Bahan-bahan untuk sandwich Tuna :
1 tin Tuna
Roti
Bawang besar
Cili api (kalau tak letak pun okay untuk kanak-kanak)
Tomato ceri
Asam limau kasturi
Mentega
Mayo
Lada sulah
Garam
Salad
Cara-cara untuk membuat sandwich Tuna :
- Sapu roti dengan mentega.
- Hiris halus bawang besar , tomato ceri dan cili api.
- Satukan bahan seperti Tuna, bawang, cili dan tomato ke dalam mangkuk.Gaul rata.
- Masukkan mayo, serbuk lada sulah dan garam.
- Perahkan sedikit jus limau kasturi.
- Alaskan roti yang telah disapu mentega dengan salad.
- Letakkan adunan tuna dan tutupkan semula dengan sekeping roti lagi di atasnya.
- Tekan kemas dan boleh di potong kepada dua bahagian untuk mudah di makan.
- Jika nak, boleh sahaja buangkan bahagian kerak roti.
8 Comments
Sedapnya sandwich dah lama tak makan sebab anak2 n somi kurang gemar. Klu buat miza sendiri yang makan x best nak rasa air tangan kak ana boleh?
ReplyDeleteO ye ke Miza, haah selera lain-lain kan..meh datang kak ana lanjer sandwich kat Miza nnt hihi :)
Deleteerrmm...sedapnyee..suka tuna tuu
ReplyDeletesedap kan Sha ";)
DeleteNI SARAPAN PALING SIMPLE SEBELUM PEGI KEJA
ReplyDeletebetul tu CCL cepat dan mudah dan kenyang :)
DeleteMmg sedap sandwich ni dah cukup kenyang pda waktu pagi..
ReplyDeletehaah kan Cik Puan Ena, lazat dan yang penting kenyang :)
Delete