Cara Menambah Admin Pada FB Page
Ana pasti ramai antara pengguna media social yang menjalankan perniagaan online mahupun kami blogger memerlukan Fan Page atau Page untuk mendapatkan engagement pada post atau untuk boost kan posting agar dicapai lebih ramai pengunjung melalui akaun Facebook. Page sangat penting dan tak hairanlah banyak tumbuhnya page-page yang pelbagai untuk mendapatkan jumlah Like atau Follower yang ramai. Pelbagai cara di lakukan untuk mendapat engagement dan meraih Like dari pengunjung FB, perlu kreativiti dan trend sekarang ni, yang kontroversi, sensasi lah yang paling diminati. Kadang-kadang naik takut sehingga adanya posting yang mengaibkan, fitnah, aurat yang tak terjaga, berita palsu dan sebagainya mendapat share dan like berpuluh ribu. Nauzubillahi min zalik..
Untuk page ana sendiri tak banyak mana pun Likers kerana ana menggunakan page untuk link ke blog post dan juga advertorial ping ke beberapa FB Group mengikut sasaran sesuatu entri. Dan sebagai selang-seli kepada post entri dan advertorial, ana lebih banyak posting resepi, idea dekorasi, kisah-kisah throwback, berita semasa dan lain-lain lagi yang mungkin bermanfaat pada followers. Nak berkongsi hukum agama, takut tersalah info dan banyaknya hadis-hadis palsu lagipun ana bukanlah ahlinya. Kalau korang nak singgah boleh lah ke link FB ana di www.facebook.com/anajinggadotcom .
Cara Menambah Admin Pada FB Page
Dan untuk mengaktifkan sesebuah Page ni, agak memerlukan masa dan kreativiti juga kan. Oleh itu sesebuah page yang super dupper aktif ni biasanya memiliki ramai admin yang membuat posting. Page picisan @anajinggadotcom juga ana adminkan beberapa akaun FB. Pertamanya untuk keselamatan la, sama seperti blog, sekiranya berlaku apa-apa gangguan, block atau hack dari luar, kita masih boleh masuk melalui akaun admin-admin yang berlainan. Selain itu, untuk mengaktifkan posting juga dari beberapa orang admin yang di lantik.
Dan baru-baru ini, ana melantik salah seorang rakan FB dan kakak angkat ana sendiri yang rajin sangat upload resepi di akaun FB nya. Ana ajak di join admin di Page ana kerana lagi boleh banyak engagement bila ana ping di group-group resepi nanti, dan In Shaa Allah perkongsian yang baik ada pahala menanti. Sambil ana adminkan beliau, terfikir untuk ana kongsikan disini tutorial ringkas dan mudah bagi mereka yang tercari-cari, bagaimana cara untuk menambah admin ke fanpage FB ? Jom ikuti beberapa langkah mudah ini, semoga boleh dijadikan panduan.
1. Login ke akaun Facebook korang.Masuk ke Fan Page.
2. Di Page, klik pada Setting di bahagian atas kanan page korang.
3. Klik pada Page Roles seperti gambar di atas .
4. Cari ruang Assign a New Page Role seperti gambar di atas. Taipkan nama akaun FB rakan atau email yang ingin kita admin kan .
5. Di sebelahnya klik pada pilihan sama ada korang nak lantik nya sebagai admin atau editor atau advertiser dan sebagainya. Dan klik ADD .
6. Dah siap kita dikehendaki masukkan semula password akaun untuk tujuan keselamatan. Dan Submit .
7. Dah siap bertambahlah Admin pada page korang dengan jayanya. Yeay !!
Jangan terlalu mengejar Likes dan Follower kay, pastikan jari kita tidak terjebak dengan dosa-dosa di media sosial yang mudah sangat menyumbang saham akhirat. Berhati-hati dalam setiap perkongsian kerana setiap satunya tak lari dari dosa pahala dengan hanya satu klik di smartphone masing-masing. Waallahu a'lam.
8 Comments
Assalamualaikum wrmbth sis Ana Jingga
ReplyDeleteSalam jumaat
semoga kita semua di berkati
jadi admin page kalau rajin ramai follower
waalaikumsalam Mazni, in shaa Allah :)
DeleteNice sharing kak ana..
ReplyDeletesemoga bermanfaat kan Sha :)
Deletesalam kak ana..
ReplyDeleteterima kasih share tntg ni sebab nya sy newbie dlm buat page fb untuk madrasah suami,, semoga akak sekeluarga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki..aminnn
waalaikumsalam , alhamdulillah semoga bermanfaat dan membantu puan dengan solusinya :)
Deletekalau add org tu as editor ,,org tu leh buat live kat fbpage tu jugak kan ?
ReplyDeleteboleh rasanya atau cuba pilih yang live contributor tu , saya tak berapa pasti
Delete