Lirik Lagu Segala Perasaan - Dato Siti Nurhaliza
Alhamdulillah dan Tahniah buat penyanyi nombor satu tanahair kita, Dato Siti Nurhaliza atas berita kehamilan beliau yang ketika entri ini diterbitkan di beritakan telah mencapai usia kandungan lima bulan. Atas segala usaha dan doa, akhirnya impian DCT untuk bergelar ibu bakal terlaksana tidak lama lagi, In shaa Allah. Ermm...kebetulan pula sedang terngiang-ngiang bernyanyi di fikiran lagu terbaharu Dato Siti Nurhaliza, Segala Perasaan sekarang ni. Lagu-lagu hit Tok Ti kita ni memang semuanya best-best kan. Alunan melodi, lirik dan suara DCT yang tak pernah tak sedap di dengari. Dan ana kongsikan disini lirik lagu kesukaan ana buat masa ini Segala Perasaan - Dato Siti Nurhaliza. Video klip lagu ni pun menarik, lain dari yang lain. Nak tengok sila lah ke channel youtube kay.
credit foto : Google Image |
Lirik lagu Segala Perasaan - Dato Siti Nurhaliza
Ketika cinta telah bersarang
Taklukan dua manusia untuk hanyut dalam rasa
Dan rindu datang setiap saat
Seolah tak mengizinkan sedetik untuk berpisah
Dan kini aku di sini
Merasakan segala keindahan dirimu
Menutup mata atas kelemahanmu
Ku melihatmu sempurna
Tak terungkap kata
Hilanglah kenangan luka
Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia
Untuk selamanya
Tak sanggup aku melawan rasa
Segala perasaan memang ku jatuh cinta
Dan kini hanyalah untuk dirimu
Persembahan untukmu
Dirimu kekasihku
Merasakan segala perasaan cintaku
Di dalam pengabdian seumur hidupku
Saling menjaga dan setia
Saling menjaga dan setia
Selamanya
Ketika cinta telah bersarang
Taklukan dua manusia untuk hanyut dalam rasa
0 Comments