Mencari Kelainan Rasa Nasi Lemak Sambal Tuna Dari Ayam Brand
Nasi lemak,menu Malaysia yang paling tersohor di seantero pelusuk tanahair. Selalu kita makan nasi lemak mesti nak ada sambal kan. Dan keenakan nasi lemak ni bergantung kepada sambal nya lah. Paling biasa di Malaysia ni, nasi lemak dimakan bersama sambal ikan bilis, sambal udang, sambal sotong dan juga kerang. Kali ini, ana mencipta kelainan rasa pula dengan menikmati nasi lemak dengan sambal Tuna pedas dari Ayam Brand™ Cili Tuna. Eh...jangan terkejut tau, sedap gak kombinasi begini. Ada keunikan dalam paduan rasanya. Ini tuna tau, bukan sambal sardin pasti lebih enak dan sedap dimakan sebagai sambal bersama nasi lemak tradisional kita.
Amacam, meriah tak nasi lemak dari meja sarapan ana baru-baru ni. Bukan main dengan nasi secawan nya ye.. Hihi.. nak masuk blog kan, kena lah nampak cantik barulah membuka selera pembaca setia www.anajingga.com ni kan 😉😉 . Resepi ni, walau se simple mana pun pada kita, pasti ada insan di luar sana yang akan mencarinya sebagai rujukan. Jadi jangan perlekeh kalau blogger masakan akan kongsi resepi mudah macam nasi lemak ni, tetapi ada sahaja carian yang akan masuk dan semoga bermanfaat buat semua.
Jadi, hari ini, ana nak kongsi kan dengan cik puan semua gabungan menu dari selera nasi lemak di nikmati bersama sambal Tuna dari Ayam Brand™ Cili Tuna terbaharu. Resepinya sangat mudah bila korang menggunakan Ayam Brand™ Cili Tuna kerana ia telahpun mempunyai kepedasan di dalam setiap tin dan jangan tak tahu, korang boleh memilih tahap kepedasan mengikut selera korang masing-masing. Itu nanti ana ceritakan dengan lebih terperinci sebentar lagi. Laa nii , mai kita tengok dahulu resepi sambal cili Tuna yang ana makan bersama nasi lemak sebagai sarapan.
Resepi Sambal Cili Tuna
Bahan-bahan yang ana guna kan cuma :
1 Tin Ayam Brand™ Cili Tuna (ana pilih tahap Light sahaja sebab ana kurang makan pedas)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu serbuk cili ( untuk mendapatkan warna yang cantik pada sambal )
Beberapa biji tomato ceri
Minyak untuk menumis
Garam
Cara memasak Sambal Cili Tuna :
- Hiriskan bawang besar dan penyetkan sahaja bawang putih.
- Tumiskan di dalam sedikit minyak.
- Masukkan serbuk cili dan gaul sebati.
- Masukkan Ayam Brand™ Cili Tuna
- Masukkan tomato cerri dan rasakan dengan garam.
- Masak sehingga mendidih dan siaplah menu mudah sambal cili Tuna yang sedap.
Ayam Brand™ Cili Tuna ni dah siap-siap ada cili dan tumisan di dalam tin. Jadi kita cuma perlu tambahkan sedikit sahaja kesegaran pada rasanya sahaja. Sambal Cili Tuna ni , ana makan bersama nasi lemak, telur rebus, sambal tumis ikan bilis dan kacang buncis tumis sebagai sayurannya, sebab nak bagi kelainan sikit .
Ana nak ceritakan dengan korang keisitimewaan Ayam Brand™ Cili Tuna terbaharu ni. Apa yang membuatkannya berbeza dengan Ayam Brand™ Cili Tuna sebelum ini. Jom baca sampai habis tau !!
Rangkaian Cili Tuna Ayam Brand™ Kini Lebih ‘Hangat’ Dengan Tiga Tahap Kepedasan Padan Dengan Setiap Citarasa
Rakyat Malaysia amat gemarkan cili dan tuna. Ayam Brand™ kini menggabungkan dua bahan ini di dalam rangkaian Cili Tuna terlarisnya, untuk memberikan para pelanggan hidangan tuna yang hangat. Cili Tuna Ayam Brand™ ini didatangkan dalam tiga tahap kepedasan iaitu Light, Original dan yang paling terkini, Fire-Hot
Ayam Brand™ merupakan jenama terkenal di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia Tenggra sejak 125 tahun dahulu. Jenama ini dikenali dengan barisan makanan bertin yang berkualiti tinggi, lebih sihat dan mudah, tanpa bahan pengawet dan tiada MSG tambahan.
Kempen ‘We Care, We Are Family’ Ayam Brand™, mendorong jenama sukaramai ini menghasilkan produk Cili Tunanya yang paling pedas setakat ini untuk rakyat Malaysia yang menggemari cili dan tuna.
Tuna kaya dengan Omega 3, yang merupakan asid lemak yang diperlukan untuk badan agar berfungsi dengan lancar, namun demikian asid lemak ini tidak dihasilkan dalam tubuh kita. Ia memainkan peranan penting dalam membantu otak berfungsi serta mengurangkan risiko penyakit jantung .
Isi ikan tuna seperti dalam Cili Tuna Ayam Brand™ mengandungi protein rendah lemak, menjadikannya amat sesuai bagi mereka yang menjaga berat badan. Ayam Brand™ juga memastikan kualiti tuna yang disediakan mematuhi peraturan keselamatan makanan antara yang terketat di dunia.
Ayam Brand™ Cili Tuna Fire Hot mempunyai tahap kepedasan lima cili yang mampu membuat penggemar cili yang paling tegar menitiskan air mata kegembiraan! Hati-hati, Fire Hot memang teramat pedas dan amaran ini juga telah dicetak pada tin tuna ini!
Tiga Tahap Kepedasan Ayam Brand™ Cili Tuna
1. Ayam Brand™ Cili Tuna Fire Hot
( Dengan Tahap Kepedasan Lima Cili )Cuba korang tengok pada setiap tin Ayam Brand™ Cili Tuna terbaharu ini, di mana ia mempunyai tahap kepedasan mengikut level bilangan cili pada tin. Seperti gambar di atas, Ayam Brand™ Cili Tuna Fire Hot mempunyai tahap kepedasan lima cili yang mampu membuat penggemar cili yang paling tegar menitiskan air mata kegembiraan! Hati-hati, Fire Hot memang teramat pedas dan amaran ini juga telah dicetak pada tin tuna ini! Sehingga kan di beri amaran awal-awal lagi, korang boleh menangis kepedasan lah jika memilih nya. Sesuai sangat untuk kaki makan pedas-pedas ni, berapi weii .
2. Ayam Brand™ Cili Tuna Original
( Dengan tahap kepedasan tiga cili )Untuk kepedasan tahap tiga cili, Cili Tuna Original sememangnya pilihan yang tepat. Sesuai lah dengan citarasa ana, yang agak kurang makan pedas melampau ni. Ana ni bukan lah takut pedas tapi di sebabkan mengalami gastrik kuat kebelakangan ni membuat kan ana kurangkan kepdasan dalam masakan.
3.Ayam Brand™ Cili Tuna Light
( Dengan Tahap Kepedasan Dua Cili )Untuk sedikit kepedasan, anda boleh mencuba Ayam Brand™ Cili Tuna Light yang mempunyai tahap kepedasan dua cili. Cili Tuna Light juga merupakan pilihan paling sesuai bagi mereka yang menjaga berat badan kerana tahap lemaknya yang rendah, 33 peratus kurang berbanding rangkaian Cili Tuna Ayam Brand™ yang lain.
Ketiga-tiga produk ini dihidangkan kepada anda menggunakan tuna yang ditangkap secara mampan. Nikmatinya pada tahap kepedasan yang padan dengan citarasa Malaysia. Barisan Cili Tuna Ayam Brand™ disahkan Halal oleh JAKIM.
Ayam Brand™ Cili Tuna boleh dinikmati dalam pelbagai cara, paling mudah ialah dengan menikmatinya terus dari tin bersama sepinggan nasi panas atau dengan menyapukannya ke atas sekeping roti.
Untuk snek yang lebih menyeronokkan, cubalah Bergedil Tuna yang seakan-akan sebiji burger mini yang comel. Ia amat sesuai untuk dijadikan hidangan yang akan menarik perhatian keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung ke rumah anda. Kek Ubi Keledek Tuna pula amat enak dinikmati dengan kopi untuk jamuan minum petang. Cubalah barisan Cili Tuna Ayam Brand™ dan terokai kepedasannya mengikut kesesuaian anda.
Untuk lebih banyak resipi menggunakan tuna, klik pautan http://www.ayambrand.com.my/recipe.html atau tonton video-video enak di pautan https://www.youtube.com/ayambrandmalaysia .Ayam Brand™ Cili Tuna Light, Original dan Fire-Hot kini boleh didapati di seluruh negara dengan harga cadangan jualan RM5.90 (tidak termasuk 6% GST) bagi tin 160g.
Untuk keterangan lanjut dan update terkini tentang Ayam Brand™ Cili Tuna boleh sahaja ke mana-mana link yang di berikan :
Laman web :
atau
Facebook :
atau
Instagram : https://www.instagram.com/ayambrandmy/
Dan sekarang sehingga 30hb Oktober 2017 sedang berlangsungnya contest Selfie Ayam Brand Tuna Fire dengan penyertaan di Instagram dan Facebook dengan #ayamonfire .
~ Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di Asia Tenggara sejak 125 tahun yang lalu
yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin yang berkualiti tinggi; tiada bahan pengawet;
tiada MSG serta amat mudah digunakan.
Produk-produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang mendapat piawaian tertinggi dunia
(HACCP, ISO 9001) serta disahkan ‘Halal’.
Selama empat tahun berturut-turut bermula 2013 hingga 2016, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima jenama makanan terbaik dan paling digemari serta
antara 10 jenama FMCG paling diminati oleh rakyat Malaysia
seperti yang tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study. ~
0 Comments