Nachos Wrap Simple Yang Lazat
Disebabkan menu untuk makan malam kami di rumah ni mahukan yang simple-simple sahaja, macam-macam ana cuba untuk pastikan perut tak berlapar sepanjang malam. Bukan apa, sekarang ni kerap sangat ana terkena gastrik. Nak-nak ketika bangun pagi, Allahu... pedih ulu hati bukan main. Jadi nak pastikan kami tak makan nasi di waktu malam, perlu menggantikannya dengan diet yang seimbang namun dalam jumlah yang sedikit. Kata orang tua-tua, sebagai alas perut sahaja lah kan.
Diet , diet juga kalau dah tak sihat lagi memudaratkan. Sebab itu kena rujuk mereka yang pakar dalam bidang diet dan pemakanan, jangan ikut suka hati je kan. Sakit kita dan keluarga yang susah nanti. Masyaa Allah... Dan sebagai satu ciptaan resepi makan malam simple dari ana baru-baru ni, terhasillah nachos wrap yang mudah untuk disediakan.
Bahan-bahan :
Kepingan Tortilla Wrap
Daging Cincang atau mince meat
Bawang besar di dadu
Bawang putih di dadu
Tomato cerry potong kecil ( tomato biasa pun okay jer )
Cili sos
Tomato puri ( jika suka,tomato sos pun boleh juga )
Salad
Mayo
Lada sulah
Garam
Cara membuat nachos wrap :
- Pertamanya kita perlu masakkan isi atau inti nya terlebih dahulu. Kali ini ana menggunakan mince meat.
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
- Masukkan daging dan masakkan seketika sehingga daging empuk.
- Masukkan sos cili dan tomato puri. Boleh sahaja gantikan dengan tomato sos sahaja, sedap gak kan.
- Bila sebati, masukkan tomato cerry dan rasakan dengan garam dan lada sulah.
- Siap, sejukkan seketika.
- Panaskan non-stick pan dan letakkan kepingan tortilla wrap di atasnya tanpa minyak. Masakkan kedua-dua bahagian seketika.
- Dibahagian satu sudut sahaja, alaskan dengan daun salad, letakkan isi atau inti daging tadi dan letakkan mayo di atasanya. Lipat kepada dua bahagian kemudian sekali lagi dan dapatlah bentuk tiga segi pada lipatan wrap kita nanti.
Siap dah nachos wrap versi www.anajingga.com yang mudah dan sedap..huhu..cuba kay kalau nak try rasanya macam mana. Alahh..korang olah je ikut bahan-bahan yang ada di kabinet dapur dan fridge tu, tak payah nak ikut sangat resepi. Jadikannya sebagai sumber idea je kan.
Kita panggil nachos sebab lipatannya yang berbentuk segitiga, kalau di gulung atau lipat dua dah jadi tortilla wrap dah kan. Jadi kaedahnya sama, cuma berbenza nama mengikut lipatan. Menu wrap seperti tortilla, nachos dan sebagainya ini merupakan menu dari negara Latin khasnya Mexico.
6 Comments
Wah..sedap ni kak...kak sebelum makan apa2 cuba akak makan buah yang tak masam...in sya Allah gastrik akk lama2 pulih...
ReplyDeletein shaa Allah, terima kasih PC berkongsi petua gastrik dengan kak ana :)
DeleteWah sedap ni. Saya kan gastrik juga jenisnya. Tapi saya buat setahun dengan detox. Masa tu buat detox sebab muka ni jerawat nanah satu muka. Tapi tak sangka pula masa buat detox tu gastrik setahun tak datang. Bersyukur sangat. Kalau tidak macam nenek tua terbongkok-bongkok dan tidur macam udang menahan sakit. Heheh. Lagipun masa tu jaga makan. Bila saya test dekat diri saya Soya ESP tu tak boleh tinggal kalau makan terlewat mesti ambil ESP sebagai atasi. Lepas tu kalau macam kene serangan gastrik cepat2 telan Ostematrix, Alfafa dan Peppermint. InsyaAllah dalam 10 hingga 15 minit ok dah perut. Cuma Ana kenelah jaga makan betul-betul. Harap dapatlah membantu ana dari pengalaman saya ni :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih Cik kyra berkongsi pengalaman dengan kak ana, In Shaa Allah kak ana cuba praktik kan :)
DeleteTerima kasih kak ana
ReplyDeleteMaznee pun dah letak dalam BL
Salam jumaat ya
Sama-sama Mazni :) all the best ya
Delete