Sekarang ni di Perak sedang musim durian. Sana sini viral di facebook kisah durian di Perak. Di kampung ana, dah dua tahun tak merasa makan durian dari pokok keliling rumah arwah tok. Baru berbunga dan putik dah di jatuhkan monyet atau lotong. Memang ramai sungguh lotong berkeliaran di kampung tu. Tak salah kan monyet la kan, dah itu sifatnya, depa pun nak makan juga untuk meneruskan kesinambungan hidup. Anggap je bukan rezeki . 

Antara yang viral di perkatakan di Perak baru-baru ni ialah durian di Kampung Gajah. Tak jauh la dari Teluk Intan. Kalau tengok dalam Facebook bukan main bersusun bakul orang jual di sepanjang tepi jalan. Tapi kebanyakkannya masih jual dalam timbang kilo. Ermmm...memang dah tak merasa lah nak makan durian puas-puas macam dulu-dulu. Kalau dulu di kampung-kampung orang jual durian berbakul-bakul je tak pun ikut biji atau longgok. Tapi sekarang timbang kilo okayy :)




Durian Kampung Gajah 


Untuk ana yang bukan kaki makan durian ni tak jadi hal langsung. Bagi peminat durian tu kena bertabah la ye dengan harga yang agak mahal la pada ana. Baru-baru ni pak cik ana, datang rumah bawakan dua biji buah durian. Acik beli di Kampung Gajah katanya, sekilo RM12 tu, Acik beli empat biji dalam RM70 lebih. Dua biji depa makan di rumah dan dua biji bawa kan ke rumah ana. Kecewa sangat dua dari empat biji yang Acik beli tu isinya mangko. Durian mangko ni maksudnya kata orang Perak, isi keras tak cukup masak. Memang tak leh makan la.. 




Itulah durian kampung, kita memang tak boleh nak jangka isi di dalamnya. Ada yang elok ada yang mangko dan ada yang busuk. Nasib je laa. Sebab tu kalau durian kampung di jual timbang kilo agak keberatan lah kalau nak beli, bukan apa dah lah berat kulit je dah separuh kilo, isi belum tentu elok. Tapi nak buat macam mana, kalau dah teringin tu orang beli juga la kan. Alangkah baik kalau hat timbang kilo tu di buka dahulu isinya ,kalau tak elok mungkin peniaga boleh gantikan dengan buah lain. Tak lah kecewa orang beli mahal, bawa balik nak makan dengan keluarga hampa je...Allahu..

Bukan setakad durian, tempoyak pun dah mahal, berbelas ringgit sebekas. Agaknya dunia kian ke penghujungnya, telah di sebut di dalam Al-Quran,ketika turunnya hujung zaman makanan kian sukar , ketika itulah tipu daya berleluasa untuk menyesatkan manusia. Wallahu alam... di tambah pula dengan harga bahan makanan kian hari kian mahal, harga minyak turun naik dikatakan menjadi puncanya, semuanya di luar kawalan. Semoga kita semua sentiasa di jadikannya hamba Allah swt yang sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang ada dan bersederhana di dalam apa juga situasinya. Dahulukan apa yang perlu dari kehendak... 

16 Comments

  1. Sukanya durian...kak ana SA memang mengidam durian kampung..tapi macam kak ana cakap..timbang kilo...mahal kak...nak- nak durian di bawa dari negeri lain masuk ke NS..lagi la mahal kak oiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la masalahnya SA, durian kampung belum tentu elok isinya kan :) Harga satu hallagi lah :)

      Delete
  2. Assalamualaikum & salam jumaat kepada Ana

    Semoga sihat & di kurniakan rahmat Allah swt

    Sedapnya makan durian ana

    Ibu dah lama teringin

    tak dapat dapat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, alahai ibu, cuba lah cari di mana ada jual, sekarang ni tengah musim durian..semoga dipermudahkaNNya ibu mendapat durian ye ,aamiin

      Delete
  3. cik timm alhamdulillah masih boleh merasa durian kpg sbb pkok durian tepi rumah je..itu pun dh xbyk dah, hehe..

    ReplyDelete
  4. ya ampun..terliur kak ana tengok.. kite teringin sangat.. tp kt kl ni mahal sgt.. diorg import dari perak..tapi sekilo je dah rm20++ tgah tunggu durian segamat.. harap menjadi laa..nanti balik kampung nak makan puas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai sian Yoorin, ajak abang cari naa.. memang tengah mahal sekarang ni Yoorin, kalau isi elok tak pe juga kan :(

      Delete
  5. Sedapnya tengok durian. Durian kampung memang salah satu favorite saya. Kadang ada lagi sedap dari D24

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat yang betul-betul sedap Alhamdulillah Khadeejah kan :)

      Delete
  6. Sekarang tengah musim durian.
    kat sini durian kampung dalam RM8 - RM10.00 sekg.

    ReplyDelete
  7. teringin nak makan durian, suami tak izin lagi..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar Nad :)Suh Fariza makan kan untuk Nad :)

      Delete