SAPS - IBU BAPA PERLU TAHU UNTUK MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK
Zaman dah berubah, pelbagai penambahbaikan dari kemajuan teknologi di guna pakai oleh pihak Kementerian Pendidikan khasnya untuk mempastikan ketelusan dan keberkesanannya dalam menyampaikan maklumat secara telus kepada ibubapa. Bukan nya kurang kepercayaan kepada penyampaian dari anak-anak, namun ia di lakukan untuk mengelakkan ibubapa khasnya yang kian sibuk dengan pelbagai urusan namun masih boleh mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Dan si anak pun tak ada peluang dan ruang untuk menyembunyikan lagi keputusan mereka.
Berbeza dengan zaman persekolahan tahun 1990-an dahulu, di mana ramai murid tidak menyampaikan keputusan peperiksaan atau dahulunya di panggil 'report card' kepada ibubapa apabila keputusan yang tidak memberangsangkan. Takut dimarahi jadi akhirnya , anak-anak memilih untuk mendiamkan jemputan guru untuk ibubapa ke sekolah dan pandai-pandai tandatangan sendiri kad laporan. Itu dahulu, namun kini anak-anak tidak boleh lagi melakukan perkara yang sebegitu sejak adanya satu Sistem Semakan Online untuk ibu bapa mengetahui setiap keputusan peperiksaan anak-anak. Ini lah yang di namakan SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang di bangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) .
Apakah fungsi SAPS (Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah )
Pasti semua ibubapa mahukan anak-anak mereka mendapatkan keputusan yang terbaik untuk masa hadapan anak-anak . Tetapi harus dijelaskan bahawa dalam mempastikan kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan, semua pihak harus memberikan komitmen penuh dan bukan hanya melepaskan tanggung-jawab kepada golongan pendidik sahaja. Sebagai ibu bapa, peranan kita adalah tunjang utama kepada corak pendidikan awal anak-anak. Amatlah benar, pendidikan bermula di rumah. Jangan sekali-kali menjadikan alasan bekerja sepanjang hari sehinggakan kita langsung tidak mengendahkan tahap pencapaian anak-anak di sekolah.
Ibu bapa perlu peka dan prihatin akan setiap penambahbaikan yang di lakukan oleh Kementerian Pendidikan supaya semua maklumat penting yang ingin di sampaikan, terus sampai ke pengetahuan kita ibubapa. Sekali lagi, jadilah ibubapa yang peka dengan perkembangan prestasi anak-anak kita atau dalam kata lain, ambil berat supaya kita sama-sama dapat memperbaiki setiap kekurangan yang ada dalam pendidikan anak-anak, In Shaa Allah.
Jika sebelum ini, kakitangan kerajaan seperti guru-guru terpaksa menghantar email untuk pertanyaan dan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan jawapan dari pelbagai pihak berkaitan, kini dengan tertubuhnya satu sistem secara forum yang di namakan Sistemkpm.com dapat membekalkan informasi berkenaan sistem-sistem KPM secara online, tepat dan cepat. Dengan adanya ruang forum ini, soalan yang sering di tanya dapat disampaikan kepada pegawai dengan cepat secara atas talian sahaja. Forum ini boleh di akses dengan melayari sistemkpm.com .
Salah satu sistem yang perlu di ambil tahu oleh para ibubapa dalam mempastikan ketelusan pendidikan anak-anak ialah SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Ya, pastikan kita sebagai ibubapa tahu akan kewujudan SAPS ini dengan jelas.
Apa itu SAPS ?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN, PPD.
Semakan keputusan peperiksaan online hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Segala keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM. Peperiksaan sekolah termasuk Ujian 1 dan 2, Peperiksaan pertengahan tahun, Peperiksaan akhir tahun dan Peperiksaan percubaan. Untuk keterangan yang lebih lanjut lagi, ibu bapa boleh sahaja ke pautan https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ .
Bagaimana cara untuk menyemak keputusan peperiksaan melalui SAPS ?
Langkah-langkah membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar.
1. Melayari ke laman SAPS: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
2. Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No IC/Sijil lahir, Negeri, Nama sekolah dan tahun.
3. Tekan semak.
4. Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan.
5. Sistem seterusnya akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan perinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif.
Bagaimana sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak?
Sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa harus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas pelajar berkenaan. Kejadian ini biasanya berlaku disebabkan kesalahan pengisian nombor IC di APDM.
Rasanya jelas paparan yang di kongsikan disini mengenai SAPS yang mana ia amatlah penting untuk para ibubapa memahami dan turut memainkan peranan bersama dalam mempastikan pencapaian kemajuan pelajaran anak-anak kita dapat di akses dengan mudah di hujung jari pada bila-bila masa sahaja setiap kali selesainya musim peperiksaan di sekolah. Keperihatianan kita sebagai ibubapa di harapkan dapat membantu menambah baik pencapaian anak-anak dalam pelajaran. Didikan awal bermula di rumah dan jadilah ibu bapa yang tahu dan peka pada setiap yang terjadi di segenap perjalanan pendidikan anak-anak kita.
14 Comments
:) wow
ReplyDeletemudahkan NH :)
DeleteWahh bagus skrg ada sistem camni.. senang nak pantau perkembangan anak..
ReplyDeletebetul tu CIK PUAN ENA, memudahkan kita ibubapa memantau perkembangan pelajaran anak-anak :)
Deletecanggih loni
ReplyDeletegitu la Ekin :)
DeleteAssalamualaikum Wrmbth dan selamat pagi sis Ana
ReplyDeleteTApi kan secangggih mana sistem
Kalau abaikan sentuhan mmanusia dan kasih sayang
tak menjadi juga
Waaalaikumsalam Ibu Zaid, memang benar tapi sistem di cipta untuk memudahkan pencapaian ibu bapa membuat pemantauan bukan sistem yang memberi didikan :)
DeleteApa pun, mak ayah janganlah terlampau menekan anak..
ReplyDeletekak ana lebih suka menggunakan kata memantau pelajaran anak-anak ni Sal, bantu bila mereka memerlukan bantuan kan :)
DeleteSama2 kita gunakan sebaik mungkin sistem yg ada utk kemudahan bersama
ReplyDeleteYa Lya, sekurang-kurangnya mak pak kena peka pada sebarang perubahan dalam sistem pendidikan anak-anak kan :) ambil tahu kata orang
Deletemudah betul zaman sekarang semuanya di hujung jari
ReplyDeleteGunakan sebaik mungkin sistem yang di kemas kini ni kan arz, jangan lupa check saps cik puteri nanti naa hihi :)
Delete