Antara menu yang menjadi kegemaran masa kini antaranya ialah ayam penyet kan. Di mana-mana pun ada jual set makan ayam penyet.Menu ini di fahamkan berasal dari negara seberang Indonesia. Kalau dahulu menu yang ala-ala ayam penyet ni adalah nasi ayam lah kan. Bezanya nasi ayam , nasinya di masak dengan stok sup rebusan ayam manakala ayam penyet pula hanya nasi putih biasa sahaja. Istimewanya adalah pada perapan ayam dan juga sambalnya.





Ayam Penyet Best


Baru-baru ini, ana sekeluarga makan tengahari di restoran Ayam Penyet Best di Selayang Mall. Ini kali kedua kami makan di sini kerana Adik Ika suka makan ayam goreng dari menu ayam penyet ni. Perapan ayamnya memang terasa sangat kesedapannya. Ia juga lembut pada isinya dan garing di bahagian luar. Juga terdapat bumbum di taburkan pada ayam goreng set menu ayam penyet di sini.




Set ini turut di sertakan gorengan tempe dan juga tauhu. Bersamanya juga adalah ulam kobis, kacang panjang dan timun dan paling istimewa juga sambal belacan tumisnya yang sedap dan tak terlalu pedas. Memang sedap dan kena dengan selera kami sekeluarga.




Hari tu, ana tak makan nasi ayam penyet dan mencuba menu soto mereka. Tak kurang sedapnya juga dan isi ayam agak banyak serta kuah soto yang pekat di makan bersama sambal kicap. Jadi kalau korang nak cuba ayam penyet yang sedap carilah mana-mana cawangan Ayam Penyet Best. Harga pun masih mampu makan kata orang. 😊😊

4 Comments

  1. alahaii..terliurnya soto..dh la memg kegemaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam penyet ni sedap pada perapannya kan Sha ,ada yang goreng biasa je tapi kata ayam penyet :)

      Delete