Bila AJ Balik Kampung
Tiap kali ana balik kampung, aktivitinya tak lain masak, makan berborak sakan bersama keluarga tersayang. Kami ni kalau balik pakat semua nak balik sekali dari adik ana sampai lah ke sepupu yang rapat-rapat ni. Apa lagi mak-mak sedar pun macam-macam idea nak masak makan ramai-ramai. Memang meriah..Alhamdulillah, walaupun keluarga kami tak mewah harta dunia namun kaya kasih sayang dan silaturrahim.
Dan setiap kali balik kampung juga lah..dah selesai semua kerja masak makan ni, ana akan bawa hp keliling kawasan rumah pusaka peninggalan arwah tok. Buat apa ? Cari bahan untuk penulisan di blog picisan ni lah 😉😉 Sampai mak sedara ana pun dah perasan, tu ada laa nak nangkap gambo tu katanya dalam loghat Perak , hihi... jom korang ana belanja apa yang sempat ana rakam kan untuk tatapan kali ini di www.anajingga.com.
Kali ini ana belanja korang gambar ayam kampung haha :) , sebenarnya ayam kampung ni sedang bergaduh. Tak tahu lah apa masalah depa berdua ni, lama tau duk berpatukan antara satu sama lain. Ana ada rakamkan dalam bentuk video juga tapi dah terdelete, ada ana shared di facebook sahaja yang sempat. Mak saudara ana ada memelihara ayam kampung. Telur ayam kampung agak mahal bila di jual harganya dari ayam biasa ni. Kalauu balik selalu juga ana ambil telur ayam kampung kerana di katakan lebih bagus dari telur ayam biasa tu.
Walaupun ada membela ayam kampung, tapi jarang sekali kami menyembelihnya untuk di makan. Kalau nak masak pun kami beli sahaja ayam kampung dari orang lain. Bukan apa, mak saudara ana kata dah sayang dengan ayam-ayamnya, tak sampai hati pula nak di makan haha :) Hati orang tua-tua ni agak sensetif sikit dengan haiwan belaan mereka. Jadi makan sahaja lah telur ayam kampungnya ye...
Sambil lepak-lepak petang tu sempat juga wancu kami, siapkan menu ibunda, tepek pisang bakar. Ada setengah orang panggil, lempeng pisang. Menu lama ni, ketika kami kanak-kanak lagi dah kenal makanan tepek pisang ni. Sedap di makan dengan kopi o panas. Mudah je pun nak di sediakan. Pernah juga ana terbitkannya di SINI .
Dan sambil tu ronda-ronda terpandanglah beberapa kuntuman desa yang sedang mekar. Tak banyak dah pokok-pokok bunga wancu yang hidup subur seperti dulu-dulu. Pernah ana ceritakan bila ada saudara sendiri juga yang membela kambing tanpa di jaga elok yang memakan dan merosakkan tanaman kami. Sampai hari ini, masalah ini berterusan, dah di tegur namun tak ada sebarang tindakan yang di lakukan, bertabah lah...
2 Comments
Seronoknya kak ana balik kampung..macam tu jugak la SA kalau balik kampung..memang cari bahan utk blogging
ReplyDeletebegitulah kita ye SA, apa sahaja yang baik nak dikongsikan kepada pembaca :)
Delete