sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 23 November 2013

Lempeng Pisang Bakar @ Tepek Pisang

Tepek Pisang
 Pernah lihat....??pernah rasa...??anak-anak remaja mungkin tak ramai yang mengenali kuih tradisional orang Perak ni... kalau kat kampung mak ana panggil tepek pisang bila kat Selangor ni lebih dikenali sebagai lempeng pisang bakar....

Nak membuatnya agak mudah kita perlukan pisang masak...tak kiralah pisang apapun, ana guna pisang emas,sedikit tepung gandum, sedikit kelapa parut sebagai inti dan campurkan sedikit garam...

Gaul dan lenyek pisang bersama tepung gandum seperti adunan lepat pisang.... tuang adunan ke atas daun pisang, isi kan inti kelapa parut yang dicampur secubit garam dan tutup semula dengan adunan pisang...tangkupkan daun pisang tadi kemudian bakar atas kuali leper sambil membalik-balikkannya sehingga masak...sedap di makan panas-panas...

Tak sempat nak ambil foto dalam lempeng ni sebab bila masak saja anak-anak dan suami dah tunggu.....
Inshaa Allah lain kali ana updatekan..

6 ulasan:

  1. saya suke..kalo makan time hujan lagi sedapppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Putri: sedap makan panas-panaskan satu resepi tradisional...

      Padam
  2. sedapnye....pernah makan..memang sedap. budak budak muda susah nak kenal makanan tradisi dah. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq Ija Rased: memang betul ramai yg tak kenalpun kuih2 tradisional ni...kalau kita tak ketengahkan makin pupuslah nampaknya..

      Padam
  3. mak mentua selalu buat.. tepek tepek dia pnggil.. mmg sedap... adoi rindu kat mak mentua lak hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedapkan eny :) jom balik Perak minggu ni .

      Padam